Wednesday, April 29, 2009

jangan menangis lolly~

Joni was the girl who lived next door
I've known her I guess 10 years or more
Joni wrote me a note one day
And this is what she had to say

Jimmy please say you'll wait for me
I'll grow up someday you'll see
Saving all my kisses just for you
Signed with love
forever true

*****
pagi pagi. perasaan sedang gundah gulana.
aku mainkan winamp.
terus, lagu dari twitty conway berkumandang.

abang nazmi berlagu sekejap. sebelum bertanya.
"mana dapat lagu ni? lama dah tak dengar. lagu ni masa aku kecil lagi ni. sekolah dah masa tu. tadika rasanya,"
aku senyum saja lah.

che' moon juga terdengar lagu ni. lalu datang menerpa terkocoh kocoh dari mejanya.
"ni lagu akak ni! lagu akak ni!"
aku kerut dahi. aku ingat aku saja yang emosional pagi tu~

dengan hairan aku bertanya, "mana tahu pasal lagu ni?"

"eh~ ini lagu zaman akak ni...akak yang patut tanya kau soalan tu. kau ni memang lahir salah zaman lah!"

hu...aku balik yang kena~

aku senyap sambil layan semula "joni don't cry". teringat pada lolly.
dan.
aku biarkan che' moon yang merengek minta lagu ni dimasukkan ke komputernya juga.


*****

Joni, Joni please don't cry
You'll forget me by and by
You're just fifteen
I'm twenty two
And Joni I just cant wait for you

Tuesday, April 28, 2009

bila perut lapar di tengah malam~

sudah lama tak ikut kawan kawan 'fly'.
biasanya kami ke benteng saja. makan makan. aku paling suka roti mayonis. bila buat sendiri di rumah rasa lain. tak sama dengan beli masa 'fly'.
aku bukan selalu 'fly' pun. adalah dalam dua kali.
serius!
aku lah pelajar paling baik dan naif dalam dorm mahu pun seluruh aspura.
ok lah. buanglah perkataan 'paling' tu....

tapi isu nya di sini bukan aku baik atau naif.
isunya adalah makanan.
roti mayonis.
roti yang di bakar macam buat roti burger cuma rotinya adalah roti buku. kemudian pecahkan telur di atas nya macam buat roti telur.
ok lah. memang macam buat roti telur.
cuma rasanya berbeza bila sudah siap masak. makan dengan mayonis yang extra banyak dan sos. memang terjelir lidah.

kalau tak mahu 'fly' tapi mengidam nak makan, aku pesan saja pada kawan kawan sebilik. mereka dengan rela hati belikan untuk aku.

agak agak benteng dekat ampangan tu ada lagi tak? sudah lama tak turun ampangan. seremban apatah lagi.
entah sama entah tidak rasa roti mayonis di situ. entah ada entah tidak benteng di situ.

perhatian :
1. waktu paling sesuai untuk 'fly' adalah waktu sepertiga malam. warden pasti tengah khusyuk ber'tahajud'.
2. now everyone can 'fly' maaa~

Monday, April 27, 2009

tanpa tajuk~

kali ni cik kapitalis berani berani saja nak tag aku.
untuk kurangkan jumlah tag terkumpul, aku buat satu satu.
agak malas untuk terjemah semula soalan soalannya. jadi aku italic kan saja lah.

Where is your cell phone – dalam poket seluar
Your hair – sudah trim nipis sisi dan belakang
Your favorite thing - buku
Your dream last night – perang
Your favorite drink – teh
Your dream/goal – tiada yang khusus
The room you are in – tiada orang lain
Your fear – adalah~
Where do you want to be in 6 years - rumah agam atas bukit seperti di sarangan
Muffins – perasa coklat lebih sedap
One of your wish list items – taman buku
Where you grew up – rumah mak abah
The last thing you did – muat turun lagu
What are you wearing- t shirt dan jeans
Your TV – belum di beli lagi
Your life – masih belum stabil
Your mood – berubah ubah
Missing someone – lolly
Your car - masih di showroom. tunggu aku berduit. haha...
Favorite store - popular, mph, borders
Your summer – temankan aku sepanjang lolly tiada
Your favorite color – untuk waktu sekarang, hijau
When is the last time you laughed – semalam
Last time you cried – erm...aku cuba tak mahu ingat
Last person who email me - cik kapitalis
One my favorite foods – burger
One place you would rather be right now – tempat yang gelap-sunyi-sendirian
One person you think will respondnas

Sunday, April 26, 2009

yuran perlindungan~

loceng rehat dah berbunyi. aku yang masa itu masih berseluar biru tua untuk ke sekolah, keluar dari kelas.
tapi biasanya waktu rehat aku tak rehat. aku duduk duduk lepak dengan kawan kawan.
tapi hari itu, kawan aku yang pengawas itu perlu bertugas di kawasan lain. dua lagi kawan belum habis makan. hari itu lambat pula mereka makan. kantin memang penuh. selagi loceng tamat rehat tak berbunyi, selagi itulah duit poket nak dibelanja.

aku. waktu rehat biasanya aku tak rehat. duit poket kadang kadang aku masuk tabung. kadang kadang kena bayar yuran perlindungan. tak selalu. cuma bila perlu sahaja.
kalau aku tak pergi kelas dia, dia akan cari aku. aku tak banyak bunyi. bagi sahajalah duit yang ada.

balik ke rumah mak marah marah bila tahu aku tak belanja di kantin, sebaliknya bagi pada cik kapitalis. selalunya yang kena marah teruk cik kapitalis lah. duit poket diberi sama banyak tapi masih nak 'paw' aku.
aku diam. cik kapitalis pun tadah telinga.

aku tak kisah sangat bayar yuran perlindungan asalkan dia jadi bodyguard yang baik.
selalunya dia berjaya jalankan tugas dengan baik.
hahaha~

Saturday, April 25, 2009

hadiah untuk top 10~

dari kak rozita. erm...cuba untuk kurangkan jumlah tag terkumpul. satu satu dulu... marah enchek bos yang bagi kerja banyak sampai tak cukup masa siapkan tag~ hahaha~

1) anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah guna sekarang jangan tipu tipu.



2) beritahu kenapa anda suka wallpaper anda itu.

lepas baca dan tonton the kite runner, cerita itu begitu terkesan sampai sekarang. cuba bayangkan mesia...rasa tak sanggup~
dan. selalu terasa ingin sangat main layang layang. kadang kala perasaan ingin itu muncul tiba tiba tapi kesempatan untuk main tak tahu bila.

3) tag 10 orang.

anda cuma pergi ke side bar....
kira 1 sampai 10 dalam senarai blogger, nama anda ada dalam sepuluh senarai teratas?
anda di tag~


tak ada?
jangan tipu!

Thursday, April 23, 2009

kuku kaki ku~

kuku kaki aku keras. macam kematu. rendam dalam air dahulu baru senang nak potong.
selalunya lepas mandi baru potong. waktu malam.
tapi kata orang tak elok potong kuku waktu malam. aku potong juga.
tiap tiap minggu kena potong kuku. kuku jari tangan lebih cepat panjang berbanding kaki. ini aku. orang lain aku tak tahu pula.
maka, kuku kaki aku tak selalu potong. cuma cungkil daki daki hitam saja. ala kadar. kalau masuk tapak pakai but kerja, hitam semula. sental masa mandi pun susah nak tanggal. hihi...

kalau potong kuku, aku kadang kadang teringat pada cik artis-karpet-merah.
sebab. lepas aku potong kuku kaki, aku akan sengaja tengok kuku kaki dia.
kemudian sengaja menyakat, " weh~ kuku tu dah macam kuku beruang! macam ni ke nak jadi artis? baik pergi potong kuku tu,"
kemudian dia tarik muka.
[ketawa]

Tuesday, April 21, 2009

makan kuaci~

semalamnya hujan lebat. tanah lembap. hari esoknya panas tapi tanah masih tak kering.
oleh sebab supervisor lain ada kawasan lain perlu dijaga, ada yang bercuti, jadi tak cukup orang di tapak. aku lah yang perlu jaga nampaknya.
sepatutnya masih tak boleh lagi premix jalan. tapi kontraktor sudah tempah satu lori, terpaksa jalankan kerja jugalah.

abang fahmi datang kemudiannya. untuk tolong aku tengok tengok orang buat kerja. lori premix datang lambat. kena tunggu. jadi, tengah hari pun belum siap lagi. walhal cuma satu lori saja.

aku suruh abang fahmi pergi belikan air tin. aku kata, aku tak larat. nak bawa motor pun tak boleh. dia mengalah.

kemudian dia kembali dengan dua tin air dan sepeket kuaci. kami makan kuaci saja tengah hari tu. sambil perhatikan mat mat bangla habiskan kerja premix jalan.

"oit! kau tak reti makan kuaci ke?" sergah abang fahmi bila lihat aku gigit dan kupil kuaci tu.

"apa masalahnya ni. apa salah saya?" aku buat muka hairan.

"orang makan kuaci, kopek pakai gigi, terus masuk mulut. tak payah kopek kopek pakai tangan," sambil buat demo.

"apa salahnya. boleh juga makan macam ni,"

"kau makan macam monyet," lalu dia ketawa.

aku. kalau dengan dia memang kena tabahkan hati dan kuatkan kesabaran.
nyaris nyaris aku makan dia. belum makan tengah hari lagi tu!

Monday, April 20, 2009

snippet : sekitar pesta buku antarabangsa di pwtc~


1. modus operandi untuk ke pesta buku telah dirancang oleh aku dan cik kapitalis sejak minggu lepas. kami pergi pada ahad 19-04-2009.

2. aku dah cakap pada mak. bajet adalah rm 100. itu minumum.

3. sepatutnya dua orang kawan cik kapitalis akan ikut kami. tapi yang seorang tu ditugaskan di booth pula. kemudian terjumpa (macam hilang pula) lagi seorang kawan cik kapitalis. dan dia pula ikut kami.

4. orang ramai berasak asak di pts semasa kami sampai. tapi, untuk keseluruhan, kata cik kapitalis tak ramai seperti tahun tahun dulu. tengah bulan barangkali.

5. jumpa kak su (noor suraya), ambil gambar. jumpa abang ramli (ramli awang murshid), ambil gambar. jumpa abang faisal (faisal tehrani), ambil gambar. jumpa maskot lebah, tak sempat ambil gambar. haih~

6. statistik : dua kali pergi mesin atm. dua kali minta tandatangan abang ramli. sepuluh keping borang peraduan oleh institut terjemahan negara telah diisi. fuh~ harap harap menang...

7. cubaan kali kedua untuk berjumpa abang faisal di boothnya gagal. frad of the silent soul tak dapat ditandatangani.

8. ayat paling tak boleh lupa. "buku sekolah menengah ada di bahagian atas ya," kata seorang promoter. kata cik kapitalis, itu ialah pelajar unitar. nampak sangat kami awet muda! hahaha~

9. abang faisal kata kami patut bawa beg sorong. kami kata, takut langgar kaki orang pula nanti.

10. kawan cik kapitalis, mukanya dah nampak penat tapi kami masih bersemangat. hihihi....lain kali jangan serik ikut kami lagi ya~

11. aku sudah ada the kite runner tetapi beli sekali lagi. terjemahan bahasa indonesia. erm...kena cari kamus indon pula...[garu kepala]

12. ally iskandar lalu di booth pts. aku suruh cik kapitalis bandingkan tinggi aku dan dia. dari penjelasan cik kapitalis, aku boleh rumuskan bahawa kepalanya dan bahu aku tak sama paras. ceh~ aku pun pendek juga rupanya! hahaha!

13. secara keseluruhan, modus operandi telah berjaya!

14. aku dan cik kapitalis pulang dengan gembira sambil berdendang lagu dangdut. bersama beg dan tangan penuh buku. juga poket yang 'rabak' bulan ni! yay~

Saturday, April 18, 2009

dasar binatang~

memang dasar binatang!

kes 1

pagi pagi mahu pergi kerja. di tengah tengah jalan, simpang untuk keluar aku nampak dengan jelas. tiga makhluk itu bermukah!
amboi~ meriah sungguh. yang satu tu tertoleh toleh kiri dan kanan. mungkin nak cover line sementara tunggu giliran. yang betina tu buat muka seronok lah tu. aku tahan geram dalam hati.
aku jadi tak menentu. nak lalu atau tunggu mereka habiskan aktiviti bermukah mereka tu.
tapi bila mereka sedar kehadiran aku, mereka terus bersurai. cari port lain agaknya.

dasar tak tahu malu betul anjing tu!



kes 2

pagi pagi mahu pergi kerja. di tengah tengah jalan, aku gembira menunggang motorsikal. tiba tiba terjadi satu kejadian busuk.
satu makhluk ni buang najis merata rata. tak bermoral punya perangai. tak tahu nak singgah dulu di kawasan rawat dan rehat!
habis ciritnya kena pada visor helmet aku!
mungkin ini lebih baik. yalah, daripada tepek atas kepala aku, tak pasal pasal pula kena syampu rambut di opis.

dasar tak tahu malu betul burung tu!

Thursday, April 16, 2009

sila diet~

cik kapitalis. tempoh hari ajak pergi shah alam. nak belanja makan katanya. setelah beri dua pilihan - chicken chop atau donut - dan aku tak beri jawapan, kami menuju ke big apple.
aku fikir cik kapitalis mesti rasa lega kerana aku tak membuat pilihan.

selepas pusing pusing sepanjang kaunter donut untuk memilih donut yang berkenan di hati, kami ke kaunter dan bayar.
cik kapitalis yang bayar. dia dah janji nak belanja. aku pula jenis yang tak tolak rezeki.

kami keluar dari big apple. masuk mall. nak dijadikan cerita, cik kapitalis ternampak mesin penimbang berat. mungkin lampu lampu yang berkelip kelip sekeliling mesin tu yang menarik matanya.
kemudian cik kapitalis beri cadangan untuk cuba timbang beratnya di situ.
"agak agak, ada bunyi bunyi tak?"
"entah. tak ada agaknya," aku tebak saja. lalu aku suruh dia naik.

kemudian, mesin tu bersuara. sudah tak ingat apa yang dikata mesin tu. kemudian, cik kapitalis terus tak jadi nak timbang berat di situ.
kalau aku pun, aku tak mahu. suara mesin tu bukannya perlahan.
malulah nanti dia kata "anda kurus walaupun makan banyak~"

ngehehehehe~


perhatian : dulu. kata mak, mak pernah timbang menggunakan mesin penimbang sebegini. lalu mesin tu bersuara, "anda gemuk!". lebih kurang begitu lah. kata mak, buat malu saja. orang pula ramai di pasaraya tersebut.

Wednesday, April 15, 2009

jual obat~

"tahu tak santanchi tu apa?" tanya che mon tiba tiba pada satu pagi itu.

"entah. tak pernah dengar pun..." kata aku selamba. tak mahu menyampuk che mon dan enchek leong bersembang. walaupun sebenarnya malas nak layan.
tapi memang tak elok. orang tua bersembang, tak boleh kita menyampuk. mak pantang kalau kami adik beradik menyampuk. dengar saja boleh. walaupun kita lebih tahu cerita sebenar.


"tapi. saya nak cakap apa kat cina kedai ubat tu nanti? tu bahasa hokkien. kalau orang kedai tu tahu mandarin saja, macam mana?" kata enchek leong.

"ah! kau cakap saja nak ubat bisul~"

******

lepas makan tengah hari enchek leong balik bawa santanchi itu. dalam peket kecil orang jual rempah. erm...kecil macam biji sawi, cuma biji sawi tu bulat bulat dan hitam legam. ini tidak. lebih runcing dan hitamnya agak pudar. bukan kelabu asap.

"kalau mandarin, dia orang sebut tienshinchi," enchek leong beritahu.

dan. tiba tiba aku teringat atashinchi!


perhatian : kalau bisul dan bengkak, boleh cari ubat ni di kedai sensei jual ubat. rendam dalam air. tak perlu panas. kemudian tepek saja ubat ni diatas bisul tersebut. insyaallah susut~
aku tak ada bisul. aku pun tak pasti berkesan ke tidak.

Monday, April 13, 2009

snippet : sekitar pf fair

1. kami sampai awal. dah ada di bawah tangga untuk sedia masuk kira kira sepuluh minit awal.

2. memang ramai orang. sesak penuh di tangga. aku syak, ada orang kena penyek penyek mukanya di pintu masuk bercermin tu.

3. aku nampak; orang ramai lebih kejar untuk masuk awal. mungkin akan lebih bangga dan beritahu kawan kawan "weh~aku orang pertama jejak kaki ke pc fair tu~" padahal, orang yang buka pintu tu dah pun jejak kaki dulu.

4. perempuan mengandung, bayi bayi berusia kurang dua tahun, mak cik pakcik atau datuk nenek juga tak mahu ketinggalan zaman dan buta it. cuma mereka perlu lebih bekerja keras untuk masuk kerana orang orang muda lebih rakus.

5. hall pertama kami masuk adalah pc guru. ambil free gift yang cuma sebatang pen, kemudian cepat cepat keluar. kami tak mahu orang lain rasa sesak saja.

6. aku cuma mahu cari portable hard disk. juga mencari pendrive 8g untuk cik kapitalis. dia pesan untuk tengokkan headphone. kalau ada murah beli. tapi aku tengok sajalah.

7. aku ada tiga pilihan di tiga booth berlainan untuk beli portable hard disk. susah betul nak buat pilihan. ada tiga tiga ah moi comel comel~ aku tak sampai hati nak kecewakan ketiga tiga nya. kalaulah aku kaya...

8. aku terpaksa keluar semula untuk withdraw duit dari atm. mengigil gigil tangan...sambil berkata. duit gaji....duit gaji~

9. aku dah overbudget. terpaksa ikat perut untuk membeli belah lagi minggu depan di pesta buku. huhuhu...

10. kami cuma habiskan lebih kurang satu jam setengah saja. cukup. booth yang tak perlu pergi, kami tak singgah.

Sunday, April 12, 2009

aku dan skandal~

sempat juga aku copy-paste tag dari tasik merah.
dan. malas pula aku nak terjemahkan semula.

Here's a chance to see how well you know about your husband/wife/girlfriend/boyfriend/lover/scandalous. The real challenge is to show the answers to him/her.

1.He's sitting in front of the tv, what is on the screen?
mtv, axn, animax dan saluran saluran lagha yang lain.

2.You're out to eat, what kind of dressing he gets on his salad?
kami kalau keluar, pergi mamak saja. tak ada salad.

3.What's one food he doesnt like?
makanan mentah.

4.You go out to eat and drink. What does he order?
mee goreng mamak. nescafe tarik.

5.Where did he go to highschool?
tak tahu la pula.

6.What size of his shoes?
saiz yang sedang sedang. kalau beli, saiznya mesti lain lain. tengok jenis kasut agaknya.

7.If he was to collect anything, what would it be?
buku dan komik.

8.What is his favourite type of sandwich?
sapu kaya pun dia makan. bagus betul kalau jenis yang tak memilih ni.

9.What would he eat everyday if he could?
nasi dan air. tak ada nasi tak asialah. katanya.

10.What is his favourite cereal?
jagung. buat bubur saja~

11.What would he never wear?
pewarna kuku.

12.What is his favourite sports team?
dengar dengar, sekarang ni dia suka pasukan barca. aku pun tak tau itu pasukan apa.

13.Who did he vote for?
dia sokong hafiz dalam af tu. agaknya.

14.Who is his bestfriend?
aku.

15.What is something you do that he wishes you wouldnt do?
mungkin tiada apa.

16.What is his heritage?
melayu

17.What is his favourite colour?
ungu

18.What is his habit?
gigit kuku.

19.What is he proud of?
bangga sebagai anak mesia. pasal mesia sentiasa boleh. atau sebenarnya dia cuma sarkastik?

20.Lastly, do you think he will read this?
pasti tidak. pasal dia tak wujud pun.


perhatian: ini adalah entri auto publish. sengaja suruh mrs.tm tunggu lama lama. dan hari ini ada orang nak belanja makan lepas jalan jalan di klcc tengok tengok pc fair
entri ni banyak unsur imaginasi. pandai pandai lah bawa diri dan sesuaikan diri. ya~

Friday, April 10, 2009

sepatutnya~

suatu hari.
pagi pagi.
enchek bos moody. marah marah
enchek bos marah aku. ada kerja yang aku buat silap.
tak apa. sudah biasa macam tu.
lepas marah marah aku, enchek bos keluar.

che' mon datang. macam askar menghendap musuh. bisik pada aku. "awak memang hebat. bos marah awak, bos yang keluar opis," kemudian gelak kecil macam takut kedudukan diketahui musuh.

enchek bos ambil angin dulu agaknya. sambil mengeluarkan asap. diluar opis.
menenangkan diri. selalunya begitu.

perhatian : adakah sepatutnya orang yang kena marah perlu keluar?

Wednesday, April 8, 2009

itu pun tak tahu~

agaknya dia lapar. aku tengok berselera betul dia makan. tin tu pun tak lepas dari atas peha dia.

kemudian che ayien tu kata,"erm...sedap pula makan masa hujan macam ni. sedaplah keropok ni,"

aku pandang enchek leong, enchek leong pandang aku.

kata aku pada enchek leong,"setahu saya, kalau orang utara panggil biskut tu 'roti' kan?"
kata enchek leong pada aku,"ha'ah. dia orang panggil 'roti empat segi'."
kata aku pada enchek leong,"agaknya orang pahang (maaf pada yang lain) panggil 'keropok' kot~"

"diam! jangan cakap apa apa," che ayien dah marah marah.

kami ketawa.

Tuesday, April 7, 2009

siri bercakap dengan siapa~

sampai di taiping pada jam 1230 tengah malam. sepanjang perjalanan aku cuma tidur. apalagi yang kau boleh nampak sepanjang jalan yang gelap tu?
jadi, sepanjang empat jam dalam bas, aku cuma tidur.

ketika sampai di stesen bas kamunting, aku lihat pemandu pemandu teksi berusaha menarik pelanggan. seorang bertanya pada aku. aku tak mahu. kata aku, aku sedang tunggu kawan. lalu, pakcik tu tak tanya lagi. kemudian, datang lagi seorang. aku beri jawapan yang sama.
sebenarnya, aku tak datang pun tunggu siapa pun. tak ada orang yang akan ambil aku. esok pagi pagi baru aku telefon kawan aku (perempuan) untuk ke tempat temuduga.

aku berlegar legar di sekitar stesen bas tu. bila penat aku duduk di kerusi kayu. kemudian ada seorang lelaki datang. bercakap entah dengan siapa entah. aku buat tak tahu. dia marah marah. oo~ rupanya cakap dengan aku. aku pula bukannya faham sangat pun dengan bahasa utara ni.
jadi aku menyampuk sikit sikit saja.
tiba tiba dia halau aku.
"hang pi dok sana la,tidoq kat krusi sana!"
"tak apa pakcik. duduk kerusi ni pun boleh,"
"pi la sana. aku nak tidoq sini. hang pi tidoq sana!"
"oo...ok~" masa ni aku dah risau. tiba tiba naik angin. gila ke apa? aku cepat cepat beralih ke kerusi lain.

yang shilakenya, dia bukan nak tidur pun. entah apa mengomel seorang diri. aku jengah juga ke tempat yang dia pandang. tak ada orang pun. berdiri sekejap bulu roma.
kemudian pandang aku semula.
"hang dah menyoghok ka blom? tu ada orang juai kacang. pi beli sana!" dia jerit dari jauh.

aku pandang tempat tu. tipu. mana ada orang jual kacang pukul dua pagi!
ya. baru pukul dua pagi. nak menyoghok apanya!

*******

aku cerita pada abang fahmi. kata dia, "kau duduk jauh jauh. kau dah kena badi orang gila!"
celupar betul!

Saturday, April 4, 2009

lembaga misteri~

abang hassan ajak keluar dengan dia. katanya nak jumpa kawan di bangi. lagi katanya, nanti bolehlah paksa kawan dia belanja makan. dengar saja dia kata macam tu, aku terus setuju.
dia suruh tunggu depan pondok pengawal, malam itu.

aku bersiap cepat.

terus turun dari rumah dan menuju ke pondok pengawal. dan.
aku fikir, rasanya lebih baik aku tunggu diluar terus.

tiba tiba, berderau darah. rasa macam nak berhenti jantung aku. dalam gelap malam. cuma ada cahaya yang malap. dari tempat aku berdiri, aku ternampak lembaga putih melayang layang atas pokok!

benci betul!
sangat marah dengan orang yang buat benda benda mengarut macam ni.


nampak macam ada orang bunuh diri tahu!



perhatian : kamera telefon tangan tak dapat ambil gambar dengan cahaya malap. jadi aku ambil siang hari saja. lagipun, tengah cuak macam tu, nak ambil gambar apanya. meremang bulu roma~

Friday, April 3, 2009

jalan kengkang~

pernah.
sebelum ini, aku cerita tentang ikan keli berjalan. kan?

ini ada penemuan terbaru.
bukan aku sudah jumpa ikan tersebut berjalan. belum lagi.
tapi, nanti. nanti nanti lah, bukan dalam masa terdekat ni. sibuk.

nanti. mungkin boleh buat eksperimen di rumah tanpa perlu pergi melancong ke tioman.

sebab.
aku terjumpa ini.

ketika aku belek belek buku ini.


sangat hebat. tapi.
agak pelik. sebab ikan keli yang mak selalu beli di pasar tak nampak macam boleh berjalan pun. ah! kalau macam ni, memang kena buat eksperimen untuk buktikan kebenarannya.

dan. yang lebih ajaib, menurut buku tersebut, ikan keli jenis afrika boleh keluarkan tenaga elektrik!
kalau aku tahu lebih awal, ikan keli yang abah pancing dulu tu aku dah cucuk dengan diod!


perhatian :
1. agak kelakar kalau dia kata ikan tu berjalan kerana sirip yang kembang kuncup tu menggerakkan ikan tu. tapi kalau itu yang mereka maksudkan, lebih kelakar. sebab, ikan tu macam jalan kengkang saja. [ketawa guling guling]


2. yay! enchek bos bercuti dua hari dari hari ini.

Wednesday, April 1, 2009

topi kait~

aku di kedai makan. tunggu makanan yang aku pesan.

ada beberapa orang, sekumpulan di belakang aku. agaknya umur mereka dalam lingkungan umur pelajar menengah rendah.
juga tunggu makanan mereka sambil merokok. berkepul kepul asap dalam kedai tu jadinya. baru satu kumpulan. kalau lebih ramai, lebih meriah asapnya. mungkin.
rimas betul.
itu cerita lain.

tak lama selepas itu, ada satu motor sampai di kedai itu. budak tu tak pakai topi keledar. cuma pakai topi ala ala ming ming. topi kait yang tutup telinga. terus menuju ke meja kumpulan tadi.
lalu dengan bersemangat, kawan kawan budak tu nyanyi. kuat kuat.
"wonderpet wonderpet. kami tak besar dan kami tak kuat~[sambung]"
tapi budak tu bagus. muka selamba.
kalau aku, mungkin aku pun buat muka tebal. [ketawa]
sambil pipi merah merah.
mungkin juga merah jambu...[ketawa]