Wednesday, June 30, 2010

tak diingini~

sekarang ni remaja remaja sudah tak perlu takut mengandung luar nikah. dan tak perlu takut dosa bunuh bayi yang tak berdosa. cuma perlu sorok perut selama beberapa bulan. kemudian hantar ke orphancare. mudah.



tapi.
betulkah cara ini? matlamat menghalalkan cara kah?
mungkin mereka fikir boleh membendung gejala buang bayi. tapi aku tak fikir boleh membendung gejala zina.
tak fikirkah apa perasaan budak tu bila besar nanti?
pusat jagaan bayi yang tidak diingini. pada fikiran pesimis aku, budak budak tu akan membesar dalam keadaan psikologi dan emosi yang tertekan sambil berusaha meyakinkan diri bahawa masih ada yang mahukan dia. dia bukan seorang yang tidak diingini.
aduh! susahnya hidup dengan fikiran macam tu....


satu hari nanti, kalau kauorang dah tua [mak bapa kepada bayi yang dibuang tu] dan dibuang, tak diingini oleh anak anak sah taraf kauorang, tak payah lah susah susah tadah tangan mohon tuhan bagi balasan buruk pada anak anak tu. muhasabah diri. tu sebenarnya balasan untuk apa yang pernah dibuat masa muda.

perhatian : peringatan untuk diri sendiri juga....

Monday, June 21, 2010

sesungguhnya, aku mula merasakan perasaan yang berlainan~

pertama kali.

dalam seumur hidup aku. baru pertama kali aku dengar orang kata aku nampak matang dengan umur yang yang lagi tua dari umur sebenar.

tahniah mugi!

anda bukan lagi kanak kanak.
selamat datang ke alam dewasa.

[peter pan! wendy! bawa saya jugaaaaa~]

perhatian : mengulang dengar lagu muda dengdangan kumpulan hujan

Friday, June 18, 2010

aku mahu jalan yang lengang seperti ketika cuti sekolah~

ah~

hari hari yang bebas kesesakan lalu lintas.
hari hari yang bebas daripada menghidu asap asap hitam.
hari hari yang begitu. akan berakhir tak lama lagi.

hidung akan kembali berjelaga dengan karbon monoksida.
pagi akan meriah dengan sumpah seranah.
side mirror akan kembali bertegur sapa, bergesel gesel mesra.

erk!
apakah ini?
dah macam sajak alam sekitar pula!

Thursday, June 10, 2010

menyanyi bonamona~

aku tegur bona. aku panggil dia bonamona. sengaja nak menyakat.
tapi nama dia macam lagu kumpulan suju pula. maka dia jadi bangga.

aku kata sikit masa lagi nama aku pula jadi lagu kat jepun. aku kata, aku mahu ayumi yang nyanyi lagu yang tajuknya tu nama aku.

bona kata nama aku biasa saja.
lepas tu aku kata, bila orang dah nyanyi nyanyi nanti, dah tak macam biasa dah....
bona kata, kenot. tak sesuai.
kata bona lagi, susah. nama orang laki orang tak buat lagu. perempuan ja.

tapi bila fikir fikir balik, aku rasa tak mahulah nama aku orang buat lagu. nanti pergi mana mana ja, orang nyanyi nama aku pula. [perasan]. pelik ja nanti.

dan jijik pula nanti aku rasa.
bona ketawa. bona kata, malas ja nak cakap tadi. takut kecil hati...

dan sampai sudah, terbayang bayang orang nyanyi nama aku bagai nak rak.
aduh! jijiknya!!!

Wednesday, June 9, 2010

aku ada penyakit takut mati~

aku risau aku tak mampu nak tunaikan hajat kawan aku ni.
dia kata, dia nak semua kawan kawan dia ada masa hari perkahwinan dia. dalam gambar masa kahwin dia nanti.
aku adalah antara orang yang perlu ada katanya. dia telefon aku tak lama dulu untuk beritahu tentang itu.
aku risau aku tak dapat nak tunaikan janji.

bila ada orang anggap aku antara yang penting untuk majlis besar dalam hidup dia, aku fikir aku patut hargai.
cuma, aku harap dia tak bermusuh dengan aku jika aku tak dapat hadirkan diri.

tapi aku mahu dia tahu, aku bangga dan hargai dia anggap aku antara kawan yang penting. [yakah?]
dan juga aku mahu semua orang yang aku kenal tahu, mereka adalah orang yang penting juga dalam hidup aku.

macam wasiat pula. [nauzubillah.]
aku nak hidup lama lagi!!!
[astaghfirullah al-'azim.]
hahaha...