Friday, April 3, 2009

jalan kengkang~

pernah.
sebelum ini, aku cerita tentang ikan keli berjalan. kan?

ini ada penemuan terbaru.
bukan aku sudah jumpa ikan tersebut berjalan. belum lagi.
tapi, nanti. nanti nanti lah, bukan dalam masa terdekat ni. sibuk.

nanti. mungkin boleh buat eksperimen di rumah tanpa perlu pergi melancong ke tioman.

sebab.
aku terjumpa ini.

ketika aku belek belek buku ini.


sangat hebat. tapi.
agak pelik. sebab ikan keli yang mak selalu beli di pasar tak nampak macam boleh berjalan pun. ah! kalau macam ni, memang kena buat eksperimen untuk buktikan kebenarannya.

dan. yang lebih ajaib, menurut buku tersebut, ikan keli jenis afrika boleh keluarkan tenaga elektrik!
kalau aku tahu lebih awal, ikan keli yang abah pancing dulu tu aku dah cucuk dengan diod!


perhatian :
1. agak kelakar kalau dia kata ikan tu berjalan kerana sirip yang kembang kuncup tu menggerakkan ikan tu. tapi kalau itu yang mereka maksudkan, lebih kelakar. sebab, ikan tu macam jalan kengkang saja. [ketawa guling guling]


2. yay! enchek bos bercuti dua hari dari hari ini.

9 comments:

arfahadnan said...

ikan tu jalan guna sirip ker? biar betul..


*bos aku pun cuti straight sampai ari rabu.. enjoy!!!

vidadarisakura said...

patutpun ko seronok arini.
bos teda.
hee

Fyza d.Hana said...

betul ke ikan keli? ke ikan belacak ni?? (tgh pikir dgn muka berkerut2)

p/s: amboi.. cucuk langit ar time bos bercuti..

@t00neY r00neY® said...

gua pegi pasar pg nih...
ade orang tuh nk beli ikan keli jantan sahaja...

gua tgk jenuh penjual pilih jantan betina..
tere tol orang tuh

Mak Su said...

kih kih kih.... kengkang pun ok gaks - kata ikan keli afrika itu.

tasikmerah said...

aku syak itu belacak. ha ha.

nnti kita set time. bulih jumpa di pesta buku ok.

:)

mugiwara said...

arfah - susah nk percaya. ko pn cbe wat xperimen kt umah. g beli ikan keli sekor~

vid - ha'ah. tukar lampu jd kelip2 warna warni!!!

fyza - ya! cucuk langit~ haha..

@toon - hebat. sekilas ikan dalam tong, boleh knl jantan betina...pesal nk jantan je plak?

maksu - kasi bedung sket! hehehe~

tasik - kak, belacak ada 'misai' keh?

nanti kena kompemkn ngan cik kapitalis dulu. sy g ngan die...

addyaholix said...

keli feveret aku. aku suka kalau goreng.

bila pesta buku?
dimana?

mugiwara said...

addy - aku pun suka. lagi sedap kalau bakar dan kemudian buat masak lemak!

pesta buku di pwtc pada 17-26 April 2009.