Tuesday, April 7, 2009

siri bercakap dengan siapa~

sampai di taiping pada jam 1230 tengah malam. sepanjang perjalanan aku cuma tidur. apalagi yang kau boleh nampak sepanjang jalan yang gelap tu?
jadi, sepanjang empat jam dalam bas, aku cuma tidur.

ketika sampai di stesen bas kamunting, aku lihat pemandu pemandu teksi berusaha menarik pelanggan. seorang bertanya pada aku. aku tak mahu. kata aku, aku sedang tunggu kawan. lalu, pakcik tu tak tanya lagi. kemudian, datang lagi seorang. aku beri jawapan yang sama.
sebenarnya, aku tak datang pun tunggu siapa pun. tak ada orang yang akan ambil aku. esok pagi pagi baru aku telefon kawan aku (perempuan) untuk ke tempat temuduga.

aku berlegar legar di sekitar stesen bas tu. bila penat aku duduk di kerusi kayu. kemudian ada seorang lelaki datang. bercakap entah dengan siapa entah. aku buat tak tahu. dia marah marah. oo~ rupanya cakap dengan aku. aku pula bukannya faham sangat pun dengan bahasa utara ni.
jadi aku menyampuk sikit sikit saja.
tiba tiba dia halau aku.
"hang pi dok sana la,tidoq kat krusi sana!"
"tak apa pakcik. duduk kerusi ni pun boleh,"
"pi la sana. aku nak tidoq sini. hang pi tidoq sana!"
"oo...ok~" masa ni aku dah risau. tiba tiba naik angin. gila ke apa? aku cepat cepat beralih ke kerusi lain.

yang shilakenya, dia bukan nak tidur pun. entah apa mengomel seorang diri. aku jengah juga ke tempat yang dia pandang. tak ada orang pun. berdiri sekejap bulu roma.
kemudian pandang aku semula.
"hang dah menyoghok ka blom? tu ada orang juai kacang. pi beli sana!" dia jerit dari jauh.

aku pandang tempat tu. tipu. mana ada orang jual kacang pukul dua pagi!
ya. baru pukul dua pagi. nak menyoghok apanya!

*******

aku cerita pada abang fahmi. kata dia, "kau duduk jauh jauh. kau dah kena badi orang gila!"
celupar betul!

7 comments:

sharamli said...

gila2 0rg tu p0n..
baik gk kn...
amek berat dh bekfes ke bl0m..
hu3

julie^beth said...

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monkey D Luffy said...

menyoghok tu makan ler

addyaholix said...

menyoghok tu sarapan.

kau tak dengar aku cakap kedah lagi. haha!

notaAddy : kau dah mandi bunga? takut badinya melekat pada badan. susah nak tanggal. haha!

@t00neY r00neY® said...

huish..
aku bace entry ni pon kene badi gak ke?
choi!!!

Rozita said...

salam ziarah
tu bukan gila 100%
masih ada rasa prihatin

mugiwara said...

sharamli - tp aku rasa terganggu~ huhuhu~

julie - nanges? hehehe~

luffy - tau. makan pagi. tp pukul 2pg patutnya supper la ye tak?

addy - tau. tp ptut bukan supper keh?

cbe ckp. hihi...

kalau kne badi mmg perlu mandi bunga ek? haha.

@tooney - haha...trime je la...
kau pun kne mandi bunge gak! hahha~

rozita - salam kenal. mungkin juga. tp ketakstabilan emosi dia tu buat risau org juge...