Tuesday, April 21, 2009

makan kuaci~

semalamnya hujan lebat. tanah lembap. hari esoknya panas tapi tanah masih tak kering.
oleh sebab supervisor lain ada kawasan lain perlu dijaga, ada yang bercuti, jadi tak cukup orang di tapak. aku lah yang perlu jaga nampaknya.
sepatutnya masih tak boleh lagi premix jalan. tapi kontraktor sudah tempah satu lori, terpaksa jalankan kerja jugalah.

abang fahmi datang kemudiannya. untuk tolong aku tengok tengok orang buat kerja. lori premix datang lambat. kena tunggu. jadi, tengah hari pun belum siap lagi. walhal cuma satu lori saja.

aku suruh abang fahmi pergi belikan air tin. aku kata, aku tak larat. nak bawa motor pun tak boleh. dia mengalah.

kemudian dia kembali dengan dua tin air dan sepeket kuaci. kami makan kuaci saja tengah hari tu. sambil perhatikan mat mat bangla habiskan kerja premix jalan.

"oit! kau tak reti makan kuaci ke?" sergah abang fahmi bila lihat aku gigit dan kupil kuaci tu.

"apa masalahnya ni. apa salah saya?" aku buat muka hairan.

"orang makan kuaci, kopek pakai gigi, terus masuk mulut. tak payah kopek kopek pakai tangan," sambil buat demo.

"apa salahnya. boleh juga makan macam ni,"

"kau makan macam monyet," lalu dia ketawa.

aku. kalau dengan dia memang kena tabahkan hati dan kuatkan kesabaran.
nyaris nyaris aku makan dia. belum makan tengah hari lagi tu!

17 comments:

sharamli said...

bdk dajah 1 p0n mkn xyh pakai tgn la..
hu3...trus mas0k mulut....hua3...
xyg k0pek2...telan ngn kulit...

oranglidi said...

selama ni wa telan terus je.. o, kena buang kulit ke? wa biasa buang plastik bungkus je..

http://cakapwa.blogspot.com/

jomm...

Monkey D Luffy said...

aku pun dapat bayangkan

hehehe

Umie said...

ehh, bukan makan kuaci tu kena tumbuk guna lesung batu dulu..pehtu kuarkan isi dia ke?? bukan erk???

paiseh said...

telan la kulit2 skali. khasiat tu!

hahahaha..!!

Nas said...

aku terbayang ko mkn kuaci sampai juling2..hahahahahaa!!!

tasikmerah said...

aku ingat ko telan dgn kulit2 tadi. hehehehehe...




.

julietchun said...

tak sakit ko kopek ngan tangan? monyet pun terharu kalo tgk cara ko kopek gitu,kekekeke.

julie^beth said...

aku bleh bayangkan camne ko terkial2 nak kopek pakai tangan.. kalo abg fahmi tu tak makan 10 kuaci, ko tu 1 kuaci pon blum tentu dapat kunyah.. haha

Mak Su said...

oops! maksu pun mkn kuaci kopek guna tangan :) ahaks

arfahadnan said...

aku tak reti makan kuaci..
aku pun makan cam cara ko makan..
kiter geng..

mugiwara said...

sharamli - tercekik la pulak nanti~ kau biar btol~

oranglidi - kau biar btol we~

luffy - aku dapat rasa kau bayangkan perkara lain....hihihi~
kan?

umie - ye ke? ni lagi dasat~

paiseh - banyak la khasiat!

nas - oit! oit! melampau la tu~ hahaha~

tasikmerah - itu nak bagi tercekik boleh la...
hahaha~

juliet - serius terharu kan?

julie - oi~ oi~ aku makan cepat juga la....serius~ hihihi~

maksu - kita geng!!!

arfah - aku rasa tak salah cara kita makan...kan sopan~ kan?kan?
kita geng!!!yay~

Rozita said...

x sangka
dah akil baligh pun
masih tak tau makan kuaci
makan kuih koci tau?

macha_sezs said...

lama tak singgah.

makan jangan tak makan~

hahaha

@tune® said...

skill tuh kalau pakai tangan weh

mugiwara said...

rozita - saya tak bersalah~
makan kuih koci senang je kak....bukak bungkusnye...telan seketul2...hihi~

macha - tgh sebok keh?
jom makan skali...tp g beli sepeket sinri a...hikhikhik~

@toon - kan? kan? skill kan? seb bek lu memahami...

SOHO Mama said...

Haa haaa u slalu kena bersabar dgn dia kan? Meh bagi dia cakap dgn mak budak ni haa :P

Tapi..err..lagi elok kopek kuaci guna gigi..mcmana u guna tgn tuh..tak ke keras??