Thursday, October 29, 2009

liar~

rumah arman yang ada korner lot dan macam padang tu, rumputnya dah meninggi.
tinggi paras lutut kami. memang sesuai sangat lah untuk bawa arnab arnab aku makan rumput.

yang putih itu boboi.
yang hitam itu gegirl.

boboi dan gegirl nampak seronok main kejar kejar di padang rumput korner lot rumah arman. kadang kadang bila boboi kejar gegirl dan dapat tangkap, dia panjat badan gegirl sambil jungkit jungkit kesukaan.
dan giliran aku pula kejar mereka sampai mereka berlari macam tak cukup tanah.

tapi.
tak boleh bawa mereka keluar selalu. sebab abah dan emak marah. mereka kata nanti boboi dan gegirl jadi liar.

aku tak fikir begitu.
kasihan boboi dan gegirl.
aku faham perasaan mereka. sama seperti perasaan aku tak dapat main sep sep tiang bawah flat blok dua.

Wednesday, October 28, 2009

pakai~

kawan perempuan aku kata, kita pergi ampang point sajalah, ya? tak adalah malu sangat pakai baju kurung.
ketika baru pulang dari kenduri kahwin kawannya.

kawan lelaki aku kata, ha'ah. tak adalah malu sangat pakai seluar panjang.
aku terbau nada nada sarkastik.

kata aku, si bodoh!

kawan perempuan aku kata, hah! kau tengok dia ni. dia nak juga pakai seluar pendek lagi.

kawan lelaki aku kata, sekurang kurangnya seluar pendek aku bawah lutut. tutup aurat dah. kau tak pakai tudung. tu yang wajib~

aku.
pura pura baca suratkhabar semalam.

Tuesday, October 27, 2009

ghairah~

ghairah aku untuk kerja tidak membuak buak. tidak seperti berapinya ghairah aku ketika belajar dulu.

sehingga kadang kadang aku rasa aku tiada matlamat hidup.

mungkin.
aku kena tukar persekitaran kerja.
atau mungkin.
aku kena jadi puak haluan kiri dalam politik ofis yang makin membarah ini.


masih lagi berkira kira untuk bertukar kerja. bukan sebab tidak bersyukur. tetapi lebih kepada untuk kepuasan diri.

ya.
kadang kadang kita tidak tahu apa yang kita minta [sebenarnya bukan terbaik untuk kita].

Monday, October 26, 2009

bisik : ubah~

jiwa : kenapa sekarang kau sudah berubah?

hati : aku?
hati : berubah? di mana yang berubah?

jiwa : aku tengok. kau sudah tak macam dulu.

hati : dulu.
hati : kalau bandingkan dulu dan sekarang memang semua tak akan sama. pernah kau lihat bayi yang tak berubah menjadi dewasa?
pernah kau lihat siang tak berubah menjadi malam?

jiwa : [bermasam muka]

hati : hidup perlukan perubahan. kau akan tahu hikmah perubahan itu satu hari nanti. kita perlu bersyukur.

jiwa : tapi~
jiwa : tapi....tolonglah....
jiwa : jangan berubah yang bukan bukan ya?

hati : [senyum]

jiwa : janji?

hati : [senyum]
hati : [diam]

Saturday, October 24, 2009

tentang : peperiksaan~

1. jujur aku katakan. aku pernah meniru dan dapat markah lebih daripada orang yang aku tiru. marah lah kawan tu!

2. kerana gagal dua mata pelajaran untuk ujian bulanan, aku [dengan kawan kawan senasib] di hantar menadah punggung untuk disebat oleh cikgu ipin.

3. setiap kali ujian akhir semester. tak kira ketika diploma atau ijazah. aku akan duduk di tepi tingkap, meja ke empat dari depan. dan orang di depan, belakang serta kanan aku adalah orang yang sama biasanya.

4. bila aku lambat ambil tempat atau disusun semula mengikut pensyarah, selalunya aku akan dapat tempat di tengah dewan.

5. bukan nak cari alasan markah aku rendah tapi bila duduk di tengah dewan aku tak dapat fokus kerana kawan kawan, ramai yang kakinya tak reti nak duduk diam. asyik bergerak gerak macam orang parkinson. maaf.

6. seronok periksa di asrama kerana waktu malam aku boleh belajar di rumah warden. budak budak yang tak pandai ambil kesempatan mungkin cemburu. mungkin kutuk aku suka bodek. aku peduli apa.

7. aku dan kawan kawan selalu bertanding markah siapa paling tinggi. aku cuma boleh riak dalam matematik dan agama saja lah. yang lain. hampas!

8. bila musim periksa tiba, masing masing hantar sms berdoa dan ucapkan selamat berjaya. bagus untuk motivasi sebenarnya. erm...dah lama tak ada ucapan selamat sejak habis belajar.

9. sebelum periksa, masing masing insaf dan jumpa cikgu atau pensyarah minta maaf dan minta halalkan ilmu. ambil berkat supaya ilmu tak jadi sia sia.

10. sudah jadi kebiasaan dan budaya agaknya. bila musim periksa sudah dekat akan ramai lah orang buat majlis solat hajat dan bacaan yasin. dan banyak juga orang yang anjurkan qiamulail.

11. sebenarnya, peperiksaan atau ujian bukan sekadar melalui kertas saja. boleh jadi ujian dari segi kehidupan yang kita tak sedar kita sudah berjaya lalui. maka kita makin matang dan makin kuat.




erm....kan aku dah kata sebelum ni. aku sesuai jadi guru kaunseling~
[gelak]

Thursday, October 22, 2009

oi~

aku masih lagi mencari.

setiap kali keluar berjalan.
setiap kali ada kereta lalu.
aku akan jengah kepala.

tapi setiap kali itu lah.
tak jumpa apa yang aku cari.



pernah nampak tak, nombor plat kereta yang huruf huruf nya ada huruf 'i' atau 'o'?

kalau aku nampak motosikal berkuasa besar dengan awalan plat n.o.k aku dapat agak.
itu mesti patne. dia kan yb. mesti lah nak bersiar siar sambil melawat kawasan.

kalau di pulau pinang.
mungkin akan ada awalan plat 'i' di tengah tengah 'p' dan 'g'. kan?


tapi.
pernah nampak tak. selain plat khas seperti 'kriss' atau 'sukom' atau 'perodua' ada plat dengan 'o' atau 'i'?
aku belum pernah jumpa lagi.

Wednesday, October 21, 2009

sejarah~

dulu.
ketika dalam bas ke tapak perkhemahan-entah-dimana-entah.

helmi baca suratkhabar lama. lalu fatin tegur.
katanya, kenapa baca suratkhabar lama. kan itu dah jadi cerita basi.

helmi diam.

aku pula yang tiba tiba panas hati. lalu tempelak.
kata aku, biarlah dia baca. bukan salah pun kalau nak tahu berita yang dah berlalu. kalau cerita suratkhabar lama tu dah cerita basi, sejarah tu kita masih belajar lagi. kenapa?
[aku sebenarnya sungguh tak layak nak cerita fasal sejarah]

begitulah.
nak membaca ni bukan setakat pada suratkhabar panas panas.
suratkhabar panas panas pun cerita tentang hal semalam atau cerita dua tiga hari lepas yang orang masih belum puas hati untuk tutup fail dan dicop 'cerita basi'.
sejarah, bila tak dihargai memang cuma cerita basi saja.

perhatian : sejarah tu berulang ulang. tak salah untuk rujuk pada masa lalu supaya tak ulang salah yang sama.
harap aku tak lupa tentang ini.

Tuesday, October 20, 2009

kredit~

terima sms masa makan tengah hari tadi.

oh. dari aiza rupanya.

katanya, rakan rakan! jom temankan aku pergi majlis kahwin supervisor aku kat kajang. ahad ni. (wajib bagi sanji dan kapten. harus bagi naj)
cc: nas yang balik kampung

aku balas, oit! aku kene standby kat site. maaf banyak banyak ya. [ketawa]
sanji. kau kena pergi weh.

aiza balas semula,blah la korang! macam ni lah nakama! dah la!
bagi balik kredit aku!
huh..




aku.
tak balas semula.
nak jimat kredit juga.
[gelak syaithon yang kemenangan~]

Monday, October 19, 2009

lagha~

bukan tak tahu.
bukan tak perasan.

tapi diri sendiri yang tak ambil peduli. tak nak sedar.

hari tu.
entah kenapa tiba tiba rajin sangat.
aku susun dan masukkan semua lagu yang aku ada dalam hard disc ke playlist.
macam tak ada kerja lain mahu dibuat.
aku sengaja nak periksa. berapa jam yang aku perlukan. untuk habis dengar semua lagu yang aku ada.

lagu lagu tu sebenarnya bukan semua aku pernah dengar. ada yang kawan kawan simpan dan aku tak buang. lagu lagu yang aku dengar pula, kadang kadang ada sampai tiga empat fail.

alizee.
lagu dia yang 'moi lolita' tu pun sudah empat fail. mengada ngada mahu simpan koleksi fail mp3 lah, versi konsert lah, versi live lah dan entah segala mak nenek versi kalau ada, nak disimpan nya!

hah!
berapa jam?
berapa jam baru dapat habis dengar semuanya?
erm...jika dengar tanpa henti,
aku perlukan...


dua ratus tujuh belas jam dan tujuh belas minit!
[muntah!]

kemudian aku masukkan pula bacaan al quran oleh said al ghamdi. termasuklah zikir munajat oleh dr badrul amin.
erm...jika dengar tanpa henti.

baru dua puluh lima jam dan lima belas minit!
itu dibaca dengan tajwid. dan bacaan beliau agak laju.
itu pun malas nak dengar dan baca!

dalam solat, bertuah sungguh lah kalau nak baca surah panjang panjang.
tak ingat tu satu hal lah.
tapi seboleh bolehnya, setiap rakaat nak baca surah al ikhlas atau surah al kauthar saja.
[geleng kepala]

aku tahu, aku sangat lagha.
tapi tak insaf insaf lagi.
itu baru lagu. belum anime. belum drama drama. belum filem filem.

kemudian nak baca buku. baca komik, baca majalah, baca manga lagi.
[keluh]


perhatian : album arctic monkeys dan paolo nutini dah habis muat turun. tinggal album pete yorn and scarlett johansson saja lagi. dan aku nampak tempoh hari, macam ada album muse yang baru. [angkat angkat kening dan buat muka tak insaf]

Thursday, October 15, 2009

hitam~

antara hitam dan merah.
aku lebih sokong hitam kerana aku fikir hitam adalah lambang yang lebih baik berbanding merah.

aku beri contoh, ya.
suria baja hitam = baik
power ranger hitam = baik
flashman hitam = baik
dayang senandung hitam = baik

dan.
bawang merah versi kartun = jahat
disebabkan merah ialah jahat, maka ada satu saja watak aku contohkan.
tak aci?
peduli apa!

disebabkan itulah aku tak kisah bila di ofis tiba tiba banyak semut hitam muncul. pada aku, lebih baik semut hitam dari semut merah.
semut hitam tak gigit orang. semut merah gigit orang, sampaikan external hard disk aku pun dia ratah! apahal~

disebabkan itulah aku kata semut hitam baik.
maka hitam itupun baik~

di sekolah pula tak ada rumah hitam. jadi, aku terpaksa dan dipaksa masuk rumah merah ketika sekolah rendah. lalu mogok tak mahu masuk acara sokan kerana tak mahu jadi ahli kumpulan si jahat. [alasan semata mata. kikiki~]

perhatian : kak tasik jangan pula terasa. kak tasik kan merah jambu. baik sikit. kikiki~

Wednesday, October 14, 2009

nafsu~

semalam dalam tivi.

lama sangat pula siarkan pasal perhimpunan amnu tu.
aku dan cik kapitalis dah bosan bosan dah. kami [aku lebih lebih lagi] malas nak ambil tahu tentang parti parti ni. tahu sikit sikit sudah. nanti tak dapat jawab periksa ptd pula.

ada satu perkara menarik kami dapat semalam.

mereka bentang tentang konsep. wahdatul fikr, wahdatul qalb, wahdatul amal dan wahdatul hadaf.

kata cik kapitalis, perlu kah sampai guna bahasa arab segala.

kata aku, dia kurang satu. patut ada wahdatul nafsu.

Tuesday, October 13, 2009

wakenabeb~

ceh!

tak fasal fasal aku dah terkena.

sudah lah tiba tiba saja diloz menghilang.

tengah hari tadi, kak tm pula private kan blog. maka, tak boleh buka lah.

aku punya hangin, siap kasi e mail layang pada dia. bagus juga aku simpan e mail blogger ni.

sekali. rupanya, dia tengah renovate. tak tampal notis pun.

ada rasa macam nak seret dia tingkat atas, buka tingkap, lambung dia keluar saja.
itu pun kalau larat!

haha~

Sunday, October 11, 2009

pisang~

hari tu.
che ayien belanja keropok lekor dan pisang goreng. lapar pula petang petang.
aku lah yang turun membeli.
takpe. dia belanja. aku pun beli lah banyak banyak. err...tak lah sampai habis dekat warung tu aku sapu.

balik ke opis dan jamu semua orang.
dan aku terdengar ada seseorang kata, wah! banyak nya goreng pisang. siapa punya hari jadi?

uit!
aku ingat, pisang ni buat makan untuk jamuan masjid saja. rupa rupanya ada juga orang buat makan untuk jamuan hari jadi.

erm...menarik juga buat macam tu. kan?

Friday, October 9, 2009

ingat~

aku fikir.
waktu dulu daya ingatan aku kebih kuat berbanding sekarang.
eh! jangan nak kaitkan dengar faktor umur. aku tak suka!


aku fikir.
kalau aku masuk rancangan singer-menawan-keluarga-bahagia tu. banyak juga barang yang aku boleh dapat.
cuma ingat nama barang dan nombor siri. err...harga tak perlu. kan?

bila nak ada rancangan tu semula, enchek singer?
aku nak uji tahap kecekapan ingatan aku ni!
sambil dapat barang letrik percuma dan buat hadiah kahwin kawan kawan jika perlu.

perhatian : mungkin aku perlu kurangkan dos pengambilan semut dalam diet pemakanan.

Thursday, October 8, 2009

kahwin~

duduk duduk dengan kawan kawan yang baru kenal masa di kursus.

borak borak pasal bos masing masing.
borak borak pasal kereta dan hutang masing masing.
borak borak pasal orang rumah dan awek yang baru dijumpai masing masing.
borak borak pasal masa depan negara dan keluarga masing masing.

aku.
aku dalam kebanyakan masa cuma diam.
borak orang dewasa. orang tua. mana lah aku tahu nak campur.

ciri ciri naif terserlah, bukan?
sebab itulah bila salah seorang dari mereka tanya, kau dah kahwin ke belum?
aku tak jawab, kahwin sudah. nikah saja belum~

Wednesday, October 7, 2009

tunggang~

'kau jangan sesekali tunggang kuda putih!'

ada kursus dua hari. kursus team building.
seronok. sebab banyak main main. makan pun sedap sedap.
fasilitator pun agak kelakar, walaupun banyak cakap.

dia suka bercerita.
yalah, nak bagi motivasi, kena banyak bercerita. baru orang boleh faham. err...harap harap begitulah.
dan dia suka bercerita tentang motivasi yang dia pernah dapat dari bapanya.

mula mula, masa kecil bapanya kata, jangan jadi macam aku. aku nak kau jadi macam d.o johor bharu.
jadi, dia rasa bersemangat.
kemudian, masa dapat biasiswa ke australia bapanya kata, di sana kau jangan sesekali tunggang kuda putih!
jadi, kami rasa hairan.

suasana senyap seketika.
sebelum yang lelaki mula ketawa hansap dan yang perempuan terpinga pinga tanya kawan perempuan sebelah~

perhatian: aku naif. aku tak ketawa miang. aku fikir ini memang pantang larang keturunan. serius!

Tuesday, October 6, 2009

bakat~

selalunya, kalau abah nak pergi memancing, abah pergi cangkul tanah di seberang jalan. cari cacing. aku ikut juga. tengok saja. dan kadang kadang korek tanah, tolong ambil cacing dan masukkan ke dalam balang.
kemudian abah bawa tiga batang pancing. satu yang tak ada rolling untuk abah. satu yang ada rolling untuk abah juga. satu yang ada rolling untuk aku. kecil sikit.
tapi bosan.
akhirnya, abah saja yang memancing di lombong tu.
aku. aku merayau rayau.
bila dah penuh satu tong, kami balik. dan aku tolong pegang tong tu sepanjang jalan.

selalunya, kalau abah nak memikat burung, abah masukkan burung ruak kesayangannya ke dalam sangkar khas. periksa jaring. pastikan tak ada tali yang putus. aku menyibuk juga. dan abah ajar cara nak gunakan jerat sangkar itu. aku sudah pakar.
kemudian ikut abah pergi hutan belakang rumah tok ngah.
tapi bosan.
banyak nyamuk besar besar pula tu. lalu, aku balik ke rumah tok ngah main jentik buah karom. main jentik saja, bukan reti main sangat pun.
bila dah dapat banyak, kami balik. dan aku tolong pegang jaring. jangan sampai burung terlepas.

selalunya, kalau abah nak menjerat ayam hutan, abah keluarkan jerat yang bergulung gulung dari stor. ikat dan masukkan dalam plastik. dan sediakan nasi basi.
kemudian abah panggil ikut pergi ke hutan belakang rumah tok ngah. pasang jerat. sambil tunggu ayam masuk jerat, tengok telur ayam.
tapi bosan.
kadang kadang aku keluar masuk rumah pak long. kadang kadang aku keluar masuk rumah tok ngah. orang tak ada.
bila dah dapat seekor atau dua ekor menjelang tengah hari, kami balik. dan aku tolong pegang kaki dan kepit kepak serta kepala ayam itu kiri kanan ketiak. jangan bagi dia terlepas walaupun aku rasa nak debik kepala dia sebab bising sangat. berak atas seluar aku pula tu! berkat kesabaran aku, dia disembelih depan mata aku dan aku sendiri yang cabut bulu bulunya. [gelak syaithon~]

itu saja lah bakat yang aku warisi dari abah~

Saturday, October 3, 2009

tangkap~

rumah arman ada korner lot.
mak ayah dia buat pagar jaring hijau. tinggi. keliling korner lot itu.

korner lot tu macam padang. err...bersaiz kurang suku dari saiz padang sekolah. aku syak.
kalau dah namanya padang, di mesia ni, mestilah berumput. err...sebenarnya boleh juga dikatakan berlalang.

dulu.
aku fikir, bila ada lalang maka ada belalang.
tapi. memang betul pun.
memang banyak belalang di situ.

petang petang.
bila tak ada geng nak main rounders, aku dan arman berkejar keliling padang di korner lot rumahnya.
tangkap belalang dan bagi burung ruak abah makan bila dah kumpul banyak banyak dalam plastik. ada belalang warna hijau, ada belalang warna coklat dan badan bertompok tompok. ada juga hijau tua dan belang coklat dikaki. ada belalang kunyit yang besar. ada belalang yang runcing yang aku takut takut nak tangkap. takut tersalah tangkap, tertangkap pelesit.

kata arman, tangkap yang warna hijau pekat banyak sikit. yang tu sedap burung tu makan.
aku akur. burung ruak abah berselera makan belalang warna hijau pekat berbelang coklat dikaki.

lapar agaknya.