Tuesday, October 6, 2009

bakat~

selalunya, kalau abah nak pergi memancing, abah pergi cangkul tanah di seberang jalan. cari cacing. aku ikut juga. tengok saja. dan kadang kadang korek tanah, tolong ambil cacing dan masukkan ke dalam balang.
kemudian abah bawa tiga batang pancing. satu yang tak ada rolling untuk abah. satu yang ada rolling untuk abah juga. satu yang ada rolling untuk aku. kecil sikit.
tapi bosan.
akhirnya, abah saja yang memancing di lombong tu.
aku. aku merayau rayau.
bila dah penuh satu tong, kami balik. dan aku tolong pegang tong tu sepanjang jalan.

selalunya, kalau abah nak memikat burung, abah masukkan burung ruak kesayangannya ke dalam sangkar khas. periksa jaring. pastikan tak ada tali yang putus. aku menyibuk juga. dan abah ajar cara nak gunakan jerat sangkar itu. aku sudah pakar.
kemudian ikut abah pergi hutan belakang rumah tok ngah.
tapi bosan.
banyak nyamuk besar besar pula tu. lalu, aku balik ke rumah tok ngah main jentik buah karom. main jentik saja, bukan reti main sangat pun.
bila dah dapat banyak, kami balik. dan aku tolong pegang jaring. jangan sampai burung terlepas.

selalunya, kalau abah nak menjerat ayam hutan, abah keluarkan jerat yang bergulung gulung dari stor. ikat dan masukkan dalam plastik. dan sediakan nasi basi.
kemudian abah panggil ikut pergi ke hutan belakang rumah tok ngah. pasang jerat. sambil tunggu ayam masuk jerat, tengok telur ayam.
tapi bosan.
kadang kadang aku keluar masuk rumah pak long. kadang kadang aku keluar masuk rumah tok ngah. orang tak ada.
bila dah dapat seekor atau dua ekor menjelang tengah hari, kami balik. dan aku tolong pegang kaki dan kepit kepak serta kepala ayam itu kiri kanan ketiak. jangan bagi dia terlepas walaupun aku rasa nak debik kepala dia sebab bising sangat. berak atas seluar aku pula tu! berkat kesabaran aku, dia disembelih depan mata aku dan aku sendiri yang cabut bulu bulunya. [gelak syaithon~]

itu saja lah bakat yang aku warisi dari abah~

12 comments:

julietchun said...

ayam tu mesti pening bau ketiak ko,kekekekekekekke.

Si Aizuddin said...

Bakat budak kampung. Hebat hebat

sharamli said...

bajet ketiak wangi la tu..

Mak Su said...

maksu bakat gaks, tolong abah pegang ayam masa dia nak sembelih ayam (pegang tanpa rela - bakat tak menjadi)

kapak kayu (kapak tapi kayunya senget benget - bakat tak menjadi)

errr, apa lagi ek..abah aku cepat sangat go away, kureng connection ler... :(

Kejora Yg Malap said...

mewarisi sikap abah..bagus2..

puding roti said...

ayam tu rimas kena kepit dgn ketiak yg ada bulu ketiak. wuu wee

Rozita said...

kau seorang anak yg rajin membantu bapa kau Mugi...seorang anak yg baik la tu

nottingham said...

rasanya awak dah warisi semua dari abah. kerja awak sekarang ada tempias apa yang abah buat dulu. banyak kerja luar, bukan?

mugiwara said...

juliet - agaknye la...kikiki~

si aiz - [peluk tubuh] tu baru sket~ huh! [buat muka berlagak]

sha - ko nk cbe bau ke?

maksu - bakat dari emak mesti banyak yang menjadi kan?

kejora - bukan sepatutnya kata 'bakat' ke?

puding - masa tu ketiak belum reti berbulu lagi la weh~
hahaha!!!

rozita - baik~ hahaha...baik ada makna tu~

notti - [jin notti?] rasanya bukan semua. ada lagi yang ngelat tak mahu ikut~
hihihi~

sharamli said...

k0 nk bg ke?

mugiwara said...

aku offer kat kau saja.


haha.

sharamli said...

b0ngek...xhingin ku..