Saturday, October 3, 2009

tangkap~

rumah arman ada korner lot.
mak ayah dia buat pagar jaring hijau. tinggi. keliling korner lot itu.

korner lot tu macam padang. err...bersaiz kurang suku dari saiz padang sekolah. aku syak.
kalau dah namanya padang, di mesia ni, mestilah berumput. err...sebenarnya boleh juga dikatakan berlalang.

dulu.
aku fikir, bila ada lalang maka ada belalang.
tapi. memang betul pun.
memang banyak belalang di situ.

petang petang.
bila tak ada geng nak main rounders, aku dan arman berkejar keliling padang di korner lot rumahnya.
tangkap belalang dan bagi burung ruak abah makan bila dah kumpul banyak banyak dalam plastik. ada belalang warna hijau, ada belalang warna coklat dan badan bertompok tompok. ada juga hijau tua dan belang coklat dikaki. ada belalang kunyit yang besar. ada belalang yang runcing yang aku takut takut nak tangkap. takut tersalah tangkap, tertangkap pelesit.

kata arman, tangkap yang warna hijau pekat banyak sikit. yang tu sedap burung tu makan.
aku akur. burung ruak abah berselera makan belalang warna hijau pekat berbelang coklat dikaki.

lapar agaknya.

11 comments:

sharamli said...

kata arman, tangkap yang warna hijau pekat BANYAK SIKIT

lain kali tanya si arman..nak tangkap banyak ke sikit

Si Aizuddin said...

belalang warna hijau pekat buat burung ciritbirit

addyaholix said...

masa di asrama dulu, aku masih ingat aku dan helmi tangkap belalang belakang asrama lepas sidai baju di ampaian. helmi makan belalang. aku rasa nak muntah.

Pa'chik said...

ni tahun 87 ke??? tahun ni banyak yang hijau pekat kena tangkap nih... operasi lalang katanya...

puding roti said...

kita tangkap belalang yg sayap lutsinar. main dgn belalang smpai belalang mati. lps tu takut belalang tu hidup blk pegi pukul kita. jd kita tanam dlm tanah

tasikmerah said...

aku dulu kecik2. tangkap belalang. simpan dalam kotak mancis.

nostalgia sungguh....

atiza said...

eiii..lama betul dah tak main rounders..biasanya kalau boring tangkap belalang dekat padang depan umah, kitorang main rounders..kalau tak pun bola chapping (sp?)..

Mak Su said...

uols tak goreng ker belalang tu?

mugiwara said...

sha - oke. lenkali aku tanya. k

si aiz - perut burung kau second hand~

addy - erk! tanya tak apa rasanya?

pa'chik - itu belalang kaki dua. lain tu~
haha~

puding - yg sayap lutsinar tu susah nak tangkap we...hebat betul~
weh, malam malam dia dah tak kacau dah?

tasik - mula2 kami letak dalam kotak mancis cap cili. yang dua posen. besar sikit. tapi bila bukak, belalang cepat lompat. tak sempat nak tahan...
lagi pun tgk penyeksaan belalang melalui plastik lebih syok~

atiza - ye..ye..btol tu kak!
meriah je kan?
budak2 sekarang nmpk mcm tak seronok langsung~

maksu - erk! tak sanggup~
tapi, kalau nak masak belalang kunyit dah tak payah letak rempah lagi, kata orang~

hyde said...

pagar hijau..
aku teringat row fencing..

row fencing...
aku teringat lembu..

lembu...
(#@*&%$ - makian dalam hati)

mugiwara said...

hahahaha~
sabar beb!