Saturday, January 31, 2009

psiko vs paranoid~

ada orang kata.
pandangan mata aku tajam. pandangan mata pembunuh. orang psiko.
aku kata tak adalah.
aku pandang macam biasa saja.
aku cuba buat pandangan menggoda pun tak pernah jadi. pasal orang kata mata aku menakutkan. apatah lagi nak agah budak kecil. tak menjadi dan selalunya budak tu pula akan menangis. tak pasal pasal orang kata aku sergah budak tu. mana ada!

tadi.
aku bebel bebel pada che' ayien sampai satu tahap dia shadap kan aku. tak patut betul.
lalu aku pun shadap lah. aku tengok saja muka dia. tanpa perasaan.

terus dia tutup muka dengan fail. dengan tangan tunjuk ke pintu, dia suruh aku keluar.
aku gelak saja. terus pandang dia. masih tanpa perasaan.

die jerit panggil che' moon.

"tengok dia ni" mengadu pada che' moon. ceh~ ingat aku takut.

"dia buat apa?" che' moon pun melayan.

"takut~ dia pandang je muka saya. takutlah." ceh~ mengadu!

che' moon ketawa saja macam yang dia biasa buat.

haha. barulah aku keluar. puas hati aku. haha.

Thursday, January 29, 2009

makanlah seperti esok tiada lagi~

tahun lepas aku terbang ke indonesia sepekan lamanya.
ada beberapa benda menarik.
yang banyaknya pasal makanan. kami macam tak berhenti mengunyah saja sepanjang di sana. tapi, yalah kan, banyak berjalan. bila penat mesti terasa lapar, bila lapar mesti cari makanan.


kami teringin makan bebek bakar. memang banyak gerai yang jual tapi kena hati hati. pasal kadang kadang gerai tu ada jual guguk juga. haram!
dekat warung lesehan ni, kata supir kami halal.


cuba kau teka jadah bakar tu apa? kau agak pasa tahu tak?
gerai ni betul betul depan tlogo pasir di sarangan.


aku kagum bila jumpa teh botol ni. kat mesia tercinta ni, bila boleh keluarkan produk macam ni agaknya.


perhatian: gambar yang aku ambil tak setanding diloz. nanti aku berguru dengan dia untuk snap gambar gambar dengan lebih chuntek.

enchek bos, kami balik dulu~

semalam masih ramai bercuti.
termasuk enchek bos.

ada beberapa orang baru masuk kerja hari ni selepas bercuti.
tidak termasuk enchek bos. dia cuti panjang. beraya entah kat mana entah. agak agak dia ingat tak pasal aku? aku tak fikir dia ingat. kalau tidak, sudah tentulah angpau tahun ni meriah.
sebelum bercuti hari tu, jangan kan duit angpau, sampul pun tak hulur. tapi kalau dia hulur sampul saja, aku mengamuk juga.

"hari ni bos tak masuk lagi. balik lambat pun tak apa." pekerja satu.

"???" aku.

"ye lah kan? kalau bos ada kena balik cepat. panas buntut." pekerja dua.

"itulah. nanti ada saja kerja yang dia nak bagi." pekerja satu.

"ooo~" aku.


*****


tempoh hari,
kata abang nazmi : azam aku tahun ni nak balik kerja awal. ni dah berapa kali balik lambat ni!


sekejap tadi,
kata abang nazmi : azam aku tahun ni nak balik kerja awal. ar...balik kejap lagi la. pukul enam setengah nanti.



erm...balik kerja awal pun boleh jadi azam tahun baru. bagus juga bagi yang sudah berkeluarga.

Wednesday, January 28, 2009

jiwa suci (konon)~

aku sengaja mainkan lagu-lagu lama.
yang agak jiwa-jiwa. konon-kononnya layan blueslah ni.
lagu-lagu zaman aku masih pakai seluar biru gelap dan kemudian hijau (hijau tahi-anjing kata mak), zaman yang aku masih main sep-sep tiang, zaman main tepuk daun terup dan polis sentri, dan kemudian tak mahu main lagi.

dan berkumandanglah 'rahsia pohon cemara'~

"kau dah kapel?" tiba-tiba abang nazmi bertanya.

"tak, belum lagi. tak pernah langsung!," kata aku.

"tak pernah?" untuk betul-betul kompem.

"ya~ saya masih suci lagi," dengan muka comel.

che' moon terdengar. dan dia bantai gelak. dan abang nazmi ikut sama.

aku buat tak tahu. aku kuatkan pembesar suara. sengaja aku layan lagu-lagu lama yang agak jiwa-jiwa hari tu. orang tak pernah bercinta juga mahu dengar lagu lagu begitu. sekali sekala.

main pun main main~

kak pacat memang kelakar.

bagi mengisi masa lapang di janda baik, sebelum makanan siap dipanggang dan atas saranan enchek ptd, kami main senaraikan-nama-tempat-etc. huh! orang penat memanggang, kami penat bermain. elok benarlah tu. haha.

lima orang bermain. tapi riuh bagai nak roboh pondok tempat berteduh tu.

bila huruf m dipilih. kata kak pacat.
buah: buah melaka

bila huruf d dipilih.
kata kak pacat.
buah: buah dadu

bila huruf a dipilih
. kata kak pacat.
benda: anak

bila huruf f dipilih
. kata kak pacat.
benda: famili

kami bantai gelak! orang yang tengah memanggang pun bantai gelak!
kalau budak budak main sekali, memang kena tipu hidup hidup la mereka nanti.

kak pacat memang kelakar. itu belum lagi kak karad punya nama ikan yang entah-aku-pun-tak-tahu.

perhatian: huruf d, nasib baik dia letak buah dadu. huruf a, nasib baik dia tambah anak jadi anak kunci kemudiannya.

Saturday, January 24, 2009

dongeng rakyat~

ini bukan drama swasta.
ini cerita seorang bapa yang gigih bekerja demi sesuap nasi untuk diri sendiri dan juga keluarga tercinta; isteri dan juga seorang anak lelaki yang berusia tiga tahun (pada waktu itu).

seperti yang telah diceritakan, si bapa ini sangat sayangkan keluarganya sehingga sanggup melakukan apa saja kerja (cari rezeki halal la~). maka, si bapa ini telah keluar untuk bekerja seawal yang mungkin (aku bajet lepas subuh ni...). dan pulang ke rumah apabila lewat malam.

sebelum melangkah ke tempat kerja, si bapa tak lupa untuk mencium dahi si anak yang masih tidur dengan penuh kasih sayang. begitu juga apabila sudah pulang. pasti anaknya yang sudah tidur yang dicari dahulu untuk dipeluk dengan penuh kasih sayang.

begitulah rutin si bapa setiap hari.

dan pada suatu hari, si bapa tergerak hati untuk pulang awal ke rumah. maka, dengan gembiranya si bapa pun pulang setelah membeli sate barang 100 cucuk bagi menjamu anak dan isterinya (dah tentulah dia pun mahu melantak sate juga~).

setelah si bapa sampai ke rumah...

"ibu! ibu!" si anak berlari-lari kegirangan masuk ke rumah memanggil si ibu.

"apa dia sayang?" kata si ibu.

"tu! ayah dah datang! ayah dah datang!"

si bapa tersentak. lalu dengan hati yang sugul si bapa masuk ke dalam membiarkan si anak tercengang-cengang...
si ibu juga masuk mengekor si bapa meninggalkan si anak tercengang-cengang...

"itulah awak. nasib baik anak kita cam lagi muka bapak dia!" kata si ibu.

ini bukan drama swasta...
ini bukan cerita anak derhaka...
cuma seorang bapa yang mahu keluarganya gembira...

Friday, January 23, 2009

gelombang dan frekuensi~

pernah tak. bila kau nak tulis satu entri, tiba tiba kau dapati ada orang lain dah post entri baru yang serupa macam yang kau nak buat.
kau bengang tak?
inilah yang terjadi pada aku tiga empat hari ni.
tapi aku tak bengang. aku menyampah.

sudahnya, aku ambil keputusan mogok untuk bagi komen untuk entri tersebut atau aku tulis entri aku dalam kotak komen mereka (seperti yang aku buat masa aku belum minat buat blog sendiri). haha.
walaubagaimanapun, aku tetap akan masukkan entri tersebut. nanti nantilah... ini bukan cerita plagiat. ini cerita versi lain. versi aku. kau ingat kau seorang saja ada cerita macam tu. (haha. ini aku versi berlagak!)

apapun, otak manusia ni macam apa yang che' jia bagitahu aku satu masa dulu ketika kami sama sama tercakap perkataan yang sama dengan serentak.
excited sungguh dia sebut 'eh? gelombang otak kita samalah!'

haha. dan kalau ada entri yang tiba tiba sama, bukan salah aku tahu? ini semua sebab gelombang otak kita yang serupa. cuma mungkin frekuensi saja yang lain. aku lambat sikit kot~ haha.
aku tak ada niat nak plagiat siapa siapa. harap kau semua faham.

perhatian: dulu aku tengok orang perempuan kalau tercakap serentak perkataan yang sama, mereka akan usik bahagian badan kawan lagi satu (mana yang tercapai dululah) dan kata. 'kau kawen dulu!'. haha.

Thursday, January 22, 2009

ini kes naya~

itulah. dulu orang nasihat suruh belajar dengan tekun tapi aku buat biasa biasa saja. padanlah dengan muka aku. aku tak menyesal pun. geram saja dan sedikit hilang kawalan. ar~

sekarang ni aku kena praktik semula skil skil yang pernah beberapa orang ajar dulu.
iaitu skil menukarkan skala lukisan. aku memang -kadang kadang- macam orang hilang pedoman bila sampai kes kes kena tukar skala. dan dalam kebanyakan kes aku akan cuba elakkan dari terjebak dengan perkara perkara yang melibatkan penukaran skala.
dan selalunya aku berjaya.haha.
kecuali hari ini~

sejak sekolah menengah sampai duduk dalam ofis sekarang ni pun masih terkial kial guna pembaris skala tu.









itulah dia~









ha...bagi close-up sikit~

arahan ketua suruh siapkan secepat mungkin. takkan nak bagi alasan 'eh?kerja kerja menukar skala ini bukan bidang kepakaran saya'. tak pasal pasal mau nya dia 'keparat'kan aku nanti!
naya!

Wednesday, January 21, 2009

honk if you are malaysian~

honk if you are malaysian~

piiiiiinnnn~

hihi...aku tergelak sendiri.

tapi...
mamat kat tepi jalan tu...
hekeleh~
tak payahlah nak buat jelingan serong 45 darjah kat aku.
aku bukan sengaja ni beb!
beg besar ni...
pusing handle motor ni sikit terkenalah butang 'hon'.
hidup tak boleh serius selalu. nanti rambut banyak gugur.
err...pernah dengar tak teori ni?

Tuesday, January 20, 2009

edisi bangku sekolah : che'gu ni pelik la~

che'gu kata kena buat latihan saja pada hari itu.
kami pun buka buku latihan.

che'gu kata kena salin dulu soalan yang ada kat papan hitam.
kami pun salin soalan dulu.

che'gu kata kalau tak tahu atau ada apa apa nak tanya angkat tangan.
kami tak angkat tangan.
kami tak tahu nak tanya apa pun sebenarnya.

che'gu kata boleh mula sekarang.
kami pun tunduk menghadap buku berkulit coklat yang belakangnya ada sifir satu sampai dua belas. yang ada rukun negara yang kena jerit kuat-kuat pada pagi hari itu.

che'gu mula jalan jalan. pusing pusing. ronda ronda.
che'gu memang tak boleh duduk diam ya?
che'gu kelas seberang kami tengok siap baca suratkhabar lagi.
alah~ kami tak jeles pun dengan budak budak kelas seberang tu...

sekali, che'gu jenguk dari belakang dan pusingkan buku aku.
aku blur sekejap. pusingkan balik buku.
kemudian, lama lepas itu che'gu datang lagi dan pusingkan buku aku.
eh? che'gu ni pelik pula hari ni, bisik hati aku.
sudahlah ronda ronda satu kelas. macam hari tu hari periksa pula. hari periksa pun che'gu tak rajin macam begitu. buang tabiatkah?

loceng sudah berbunyi.
che'gu sudah keluar.
murid mula bising.
kawan sebelah tolak tolak siku.
weh. orang tak tulih senget senget macam tu lah. tengok macam kiter.
sambil tunjuk buku dia dalam posisi 0 - 180 degree...melintang la tu~
muka dia -kalau aku masa dulu adalah aku yang sekarang- aku tengok macam orang minta tempeleng saja.
biarlah aku nak buku tu menegak. kalau aku tulis buku tu berdiri pun, kau susah apa?
erk? tak pasal pasal emosi pula...
hihihi~

Sunday, January 18, 2009

siapa jinbei~

semalam.
aku sms semua kanpai krew dan beberapa fanatik komik.
'aku rasa jinbei akan jadi krew seterusnya...'

tak lama selepas itu sms bertubi-tubi masuk.
'sape jinbei?'
aku urut dagu. ya, mereka bukan stesen tv berbayar yang dapat siaran terkini. jadi maafkanlah mereka yang masih dalam siaran tahun 2008 itu.

dan terakhir dari aiza lewat petang semalam.
'dlm lrt nk blk umh. puas aku pk sape jinbei tu'

haha. itulah, dulu aku suruh naik shinkansen. tapi kau degil!

Thursday, January 15, 2009

siput dan orang kaya~

kalau kau bonceng belakang motor aku, aku pasti mulut kau akan keluar kata-kata 'pembakar semangat'. contohnya:-

"kau ada cita-cita nak cipta rekod bawa motor paling lembab ke beb?"
atau,
"kenapa ni? nak salin nombor telefon rumah sewa tu ke nombor ali-tiub-motor?"
atau,
"dah berapa banyak tiang lampu ya? aku yakin kau tak miss kira satu pun."
atau,
"terima kasih keran sudi membawa saya bersiar-siar di lebuhraya tadi."

memang membara. untunglah aku tak pernah dan tak berani bonceng orang. haha.

aku tahu, sangat tak hero kalau bawa motor LC135 secara menyiput. tapi bukan aku sengaja bawa motor lambat-lambat. kalau ikut jalan motor tak apalah. dengan selamba aku pecut. kalau ikut jalan yang berkongsi dengan kereta (lagi pula kalau banyak kereta mewah lalu jalan tu) atau lori atau bas, mestilah kena berhati-hati. seram dan sedikit fobia selepas beberapa siri menyembah-bumi tak lama dulu. fobia ni bukan sehari dua boleh hilang beb!

jadi, aku tahan telinga sajalah bila kereta sport merah metalik belakang aku main hon-hon, tangan pemandu tu menggawang-gawang dalam kereta (konon bahasa isyarat tangan...) suruh aku menyelit, mencelah kereta-kereta (yang juga mewah) kat depan tu.
aku, menyeringai sajalah yang mampu.

aku toleh lagi.
aku nampak...
awek kereta sport merah metalik tu buat-buat muka marah. comel betul. hehe.

perhatian: itu belum bab bawa kereta. aku memang tak 'hero' dalam kes memandu kereta. *malu...malu...tutup kemaluan*. dan 95% confident level (setelah menggunakan formula t-test) aku akan mendapat undian hon terbanyak dan terkuat. haha.


*****

semalam kami sembang-sembang dengan abang hassan kat gerai det station sambil pekena beger ayam spesel + nasi lemak telur mata (aku sorang, yang lain tak ingat makan apa).
abang hassan kata. orang yang pakai kereta mewah ni bukan orang kaya semuanya. banyak hutang tu.

"tahu tak cara nak pastikan orang pakai kereta mewah tu kaya ke tak sebenarnya?" wo! sungguh provokatif ayat ni.

"macam mana?" bersemangat betul kami nak tahu.

"tengok tayar la..."

"ha?"

"kalau tayar botak, maknanya dah pokai la tu....takdak duit nak ganti tayar!"

haha.


Wednesday, January 14, 2009

sampai bila ni~

aku terpaksa melalui hari-hari yang bosan macam ni. tak sangka betul. adakah akan berlanjutan untuk jangka masa yang lama? kalau berterusan, adakah aku akan hilang akal? hurm~

sejak jumaat lepas aku cuba tengok. asyik-asyik keluar ayat yang sama. aku naik menyampah pula.
hari isnin, lepas 'tumbuk' kad terus buka pc. mana tau kot-kot dah ada. tapi cuma hampa yang aku dapat. selang dua tiga jam aku cuba lagi. juga hampa.

hampeh!

hari selasa, lepas 'tumbuk' kad terus buka pc. mana tau kot-kot dah ada. tapi cuma hampa yang aku dapat. selang dua tiga jam aku cuba lagi. juga hampa. asyik-asyik keluar ayat yang sama.
kejadian ni sepatutnya tak berlaku pada jumaat lepas.

This Group is Unavailabe
This group has been disabled for administrative purposes.

hampeh!

bila episod baru one piece nak keluar ni! dah la tak ada notis yang bagitau bila episod baru nak keluar. web yang lain pun tak ada cerita baru. hurm~ tapi sampai bila ni enchek oda...
tahap bosan dah hampir memuncak ni. tapi taklah sampai terasa macam nak terjun bangunan~
dah hilang akal?

Tuesday, January 13, 2009

cubaan membuang masa~

ha...
ini adalah cubaan pertama aku tampal gambar kat sini. sesungguhnya, ini memang menguji tahap kesabaran aku!

kakak kikuri buat tag ni. walaupun dia tak kenal aku dan aku pun sebenarnya tak ada kena mengena dengan tag tersebut tapi disebabkan aku rasa macam comel, jadi dengan gembiranya aku google gambar-gambar ni. encek bos pulak keluar dari tengah hari tadi tak balik-balik. haha...tak reti-reti!


inilah hasilnya....


1. tahun depan aku~
















2. aku betul-betul nak ke~














3. tempat kesukaan aku~













4. benda paling aku gemari~











5. minuman kegemaran adalah~












6. makanan kegemaran adalah~












7. inilah warna kesukaan aku~












8. tempat tinggal di~













9. tempat lahir~












10. kadang-kadang orang panggil (haha...aku tau. ada yang tak puas hati)~















11. major pengajian~









12. tabiat buruk (?) ~












13. hobi !!!









14. aku berharap~














peraturan adalah mudah. gunakan google image untuk dapatkan jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan. kemudian anda mestilah pilih satu gambar dari muka pertama carian, dan masukkan dalam entri anda. selepas itu, bolehlah anda tag kepada lima orang yang lain.

peringatan: ini adalah versi bahasa melayu yang aku alihbahasa sendiri. untuk versi english sila ke blog kakak kikuri. kalau buat blog dalam english boleh gunakan tag asal tersebut.

aku tak tag siapa-siapa. aku buat sekadar hiburan saja. terpulang pada siapa yang nak buat. tapi cubalah. seronok~

Monday, January 12, 2009

riang ria kemas bilik~

hari ahad semalam.
aku memaksa-relakan diri sendiri untuk kemaskan bilik yang dah tak macam tongkang pecah lagi. bahkan lagi teruk dari tongkang pecah atau sarang tikus. seingat aku, kali terakhir aku kemas bilik adalah masa kejadian serangan anai-anai besar-besaran enam bulan lalu.

tapi selepas beberapa kejadian anak-anak lipas cuba main sorok-sorok dalam telinga aku kebelakangan ni, aku pun membuat keputusan yang berat ni.

kata aku. nak mulakan sesuatu itu memang payah. entah bahagian mana yang aku nak mulakan dulu. mungkin aku patut kemaskan komik dan manga dulu kot. tapi sudahnya,aku ambil masa sehingga pukul tiga petang untuk mulakan kerja-kerja pembersihan.
haha!
kalau dah pegang manga memang melekatlah kat tangan aku sampai habis satu buku. lepas satu, satu lagi. lepas tu satu lagi.
haha!

bilik aku bukanlah besar sangat. cuma ada dua almari dan dua rak buku. aku tak pakai katil. cuma ada tilam mudah gulung saja. ah! dan selimut - kena ada dua, pasal nak menyorok dari anak-anak lipas dan rasa sejuk. bantal kena la ada beb~
almari - yang satu pintu khas untuk komik (hong kong) dan manga, yang tiga pintu untuk kain baju dan buku-buku.
rak - untuk buku dan nota kuliah. dan erm~ hadiah-hadiah dari kawan-kawan.

aku mengemas sampai pukul tujuh saja. walaupun hanya empat puluh peratus saja yang aku kemas, bilik aku terasa lebih selesa. betul!
mungkin aku patut ambil gambar sebelum dan selepas baru orang percaya.

huu...hujung minggu ni macam malas la nak sambung kemas~

Wednesday, January 7, 2009

murah-murah~

hari ni, che' moon ajak temankan dia pergi membeli-belah. untuk barang-barang opis katanya. kami ajak che' ayien sekali. nanti kesian pula dia kena pergi makan sendiri tengah hari tu.
acara pertama adalah acara menjamu selera. nanti taklah lapar jadi alasan tak larat sorong troli. jadi, habis makan baru bergerak. bersemangat sungguh!

pasaraya ni taklah besar sangat. tapi ada banyak juga deretan lot-lot kedai dalam tu. ada kedai jam, kedai kerusi urut, kedai coklat lazat dan kedai baju orang dewasa yang bersaiz kanak-kanak pun ada.
dan aku terdengar suara-suara halus memanggil-manggil jemput masuk ke kedai yang jual cenderahati murah-murah.
dan aku terpandang tag besar tergantung di dada mereka bertulis 'FREE GIFT'. tiga orang semuanya. bertudung rapi, muda dan tersenyum manis bila aku toleh ke arah mereka.
dan aku senyum kembali kemudian berlalu pergi.

aku rapat ke arah che' moon dan che' ayien.
"pergh, dekat kedai tu dapat hadiah percuma awek cun la!"

che' moon hanya mampu ketawa.
che' ayien geleng kepala.

ketika pulang, sekali lagi kami melalui kedai tersebut.
aku hampa. FREE GIFT dah tak ada. siapa yang dapat agaknya.
atau sudah habis tempoh tawaran?

Monday, January 5, 2009

bertahan~

aku cepat bosan dan tak betah dengan benda yang serupa, yang sama untuk di tenung setiap hari. maka, aku jadikan ini cabaran untuk aku atasi hari-hari selepas ini.

yalah, cuba bayangkan kalau kau dah berkahwin, takkan kau ikutkan juga nafsu cepat bosan tu. tabiat buruk tu.

untunglah aku belum berkahwin.

:0