Wednesday, January 7, 2009

murah-murah~

hari ni, che' moon ajak temankan dia pergi membeli-belah. untuk barang-barang opis katanya. kami ajak che' ayien sekali. nanti kesian pula dia kena pergi makan sendiri tengah hari tu.
acara pertama adalah acara menjamu selera. nanti taklah lapar jadi alasan tak larat sorong troli. jadi, habis makan baru bergerak. bersemangat sungguh!

pasaraya ni taklah besar sangat. tapi ada banyak juga deretan lot-lot kedai dalam tu. ada kedai jam, kedai kerusi urut, kedai coklat lazat dan kedai baju orang dewasa yang bersaiz kanak-kanak pun ada.
dan aku terdengar suara-suara halus memanggil-manggil jemput masuk ke kedai yang jual cenderahati murah-murah.
dan aku terpandang tag besar tergantung di dada mereka bertulis 'FREE GIFT'. tiga orang semuanya. bertudung rapi, muda dan tersenyum manis bila aku toleh ke arah mereka.
dan aku senyum kembali kemudian berlalu pergi.

aku rapat ke arah che' moon dan che' ayien.
"pergh, dekat kedai tu dapat hadiah percuma awek cun la!"

che' moon hanya mampu ketawa.
che' ayien geleng kepala.

ketika pulang, sekali lagi kami melalui kedai tersebut.
aku hampa. FREE GIFT dah tak ada. siapa yang dapat agaknya.
atau sudah habis tempoh tawaran?

3 comments:

SITI NUR ALIAA ROSLAN said...

aku rasa free gift tu dah ada orang rembat lepas ko toleh balik nak pegi beli barang.. tu la ko rugi..ahahahhaha :)

Monkey D Luffy said...

peluang hanya datang sekali... hehehe

mugiwara said...

aliaa - rugi2...

luffy - lenkali kne pegi sorg2 supaya x terlepas peluang...hihihi