Saturday, January 24, 2009

dongeng rakyat~

ini bukan drama swasta.
ini cerita seorang bapa yang gigih bekerja demi sesuap nasi untuk diri sendiri dan juga keluarga tercinta; isteri dan juga seorang anak lelaki yang berusia tiga tahun (pada waktu itu).

seperti yang telah diceritakan, si bapa ini sangat sayangkan keluarganya sehingga sanggup melakukan apa saja kerja (cari rezeki halal la~). maka, si bapa ini telah keluar untuk bekerja seawal yang mungkin (aku bajet lepas subuh ni...). dan pulang ke rumah apabila lewat malam.

sebelum melangkah ke tempat kerja, si bapa tak lupa untuk mencium dahi si anak yang masih tidur dengan penuh kasih sayang. begitu juga apabila sudah pulang. pasti anaknya yang sudah tidur yang dicari dahulu untuk dipeluk dengan penuh kasih sayang.

begitulah rutin si bapa setiap hari.

dan pada suatu hari, si bapa tergerak hati untuk pulang awal ke rumah. maka, dengan gembiranya si bapa pun pulang setelah membeli sate barang 100 cucuk bagi menjamu anak dan isterinya (dah tentulah dia pun mahu melantak sate juga~).

setelah si bapa sampai ke rumah...

"ibu! ibu!" si anak berlari-lari kegirangan masuk ke rumah memanggil si ibu.

"apa dia sayang?" kata si ibu.

"tu! ayah dah datang! ayah dah datang!"

si bapa tersentak. lalu dengan hati yang sugul si bapa masuk ke dalam membiarkan si anak tercengang-cengang...
si ibu juga masuk mengekor si bapa meninggalkan si anak tercengang-cengang...

"itulah awak. nasib baik anak kita cam lagi muka bapak dia!" kata si ibu.

ini bukan drama swasta...
ini bukan cerita anak derhaka...
cuma seorang bapa yang mahu keluarganya gembira...

11 comments:

Kikuri-hime said...

Waaa... citer ni memang penah jadik kat anak jiran aku. Bapak dia kije kat Singapore, kuar subuh2 dan balik tgh malam. So, anak dia cakap kat cekgu kat sekolah, ayah dia duk kat tempat lain....

It's sad but so true!

RY said...

semalam ko cakap ko nak buat entry tapi dah ada orang buat kan?

mmg aku pernah jumpa entry ni sblm ni. tapi ape ade hal kan?

anak kawan aku dulu tanya soalan 'ayah tak kerja ke hari ni?'

menyindir la tu sbb biasanya ayah dia kerja hari2. weekend pun ot. tapi kalau x kerja, budget ayah dia dah malas. terkedu member aku kena sound anak sndri?

kanak2 ni kalau dah terbiasa mcm tu la. kan?

mugiwara said...

kikuri - skrg opismate sy wat azam baru. 'nak balik awal ke rumah'. haha...tp tahan 3mggu je la...

razor - serius keh? ada link x? leh gak compare....
bdak2 skrg dh brape takut mak bapak kot~

RY said...

x lah sejibik.

cuma jalan ceritanya dia sendiri yg sibuk sampai anak dia x kenal dia.


so, bila nak komen jadi aku komen mender yang sama ngan komen kat dia. alah, rilek la.

mugiwara said...

kalau smpai anak xknal bapak, tu dh kes serius tu...lgik serius dr opismate aku ni...

Kapten Luffy said...

kasihan kat anak... tapi apakan daya

bukan orang pinkish said...

kesian >> dilema seorang bapa..

salam perkenalan Mugi!

@tune® said...

aiseh..
seram plak aku bace cite nih

FARYN said...

owhh ada je anak tak kenal ayah..
cam kawan aku ni ha..sebuk keje..outstation memanjang...so alkisahnya walau sesebuk mana pun,haruslah luangkan sedikit masa untuk keluarga..jangan pandai buat anak je..huhuh

Unknown said...

Betul..terpaksa lah luangkan masa walaupun cenonet..bila dah buat keputusan utk bwk anak ke alam dunia, kena jugaklah deal with everything that comes with it! Husband i pun seorang yg sgt sibuk..tapi nasib baik lah tiap2 pagi sblm pegi keja, anak2 ada yg dah bangun so boleh borak2 jap & lambai bye2..balik pun malam..kdg2 sementara tunggu hidangkan mkn malam dia, dia pun tidokan budak2 jap..

BudAk hijAu said...

hahahahah...sian bapak die..