Saturday, January 31, 2009

psiko vs paranoid~

ada orang kata.
pandangan mata aku tajam. pandangan mata pembunuh. orang psiko.
aku kata tak adalah.
aku pandang macam biasa saja.
aku cuba buat pandangan menggoda pun tak pernah jadi. pasal orang kata mata aku menakutkan. apatah lagi nak agah budak kecil. tak menjadi dan selalunya budak tu pula akan menangis. tak pasal pasal orang kata aku sergah budak tu. mana ada!

tadi.
aku bebel bebel pada che' ayien sampai satu tahap dia shadap kan aku. tak patut betul.
lalu aku pun shadap lah. aku tengok saja muka dia. tanpa perasaan.

terus dia tutup muka dengan fail. dengan tangan tunjuk ke pintu, dia suruh aku keluar.
aku gelak saja. terus pandang dia. masih tanpa perasaan.

die jerit panggil che' moon.

"tengok dia ni" mengadu pada che' moon. ceh~ ingat aku takut.

"dia buat apa?" che' moon pun melayan.

"takut~ dia pandang je muka saya. takutlah." ceh~ mengadu!

che' moon ketawa saja macam yang dia biasa buat.

haha. barulah aku keluar. puas hati aku. haha.

13 comments:

Kikuri said...

Kau ade bela antu ke? Kata org, kalu org tu bela antu, pandangan mata dia tajam semacam... Macam nak makan org!

Tak caya tgk mata David Blaine ngan David Copperfield. Kan semacam aje dorang kalu tgk org...

Ayuuukkkkk!

razor said...

emmm

ko lelaki kucing ke?

lalala

mugiwara said...

kikuri - ye ye je akak ni~

razor - huh! pe plak~

@t00neY r00neY® said...

bagi jelingan manja tgk??
leh x?

dd dudu said...

hiihi camne ghupenye yek ;p

Water Lily said...

Akak bukan nak komen pasal mata kamu, tapi gambar kat atas blog kamu tu macam sangat pernah dilihat. Macam dekat dengan hati :)

Monkey D Luffy said...

kat budak2 ko berani lah... hahaha

A t i Q a h said...

Haha. Dulu masa sekolah pernah gak gitu. Orang tutup muka sebab takut tengok mata saya merenung dia. Apa kes ntah.

mugiwara said...

toon - kne face 2 face dulu a...

dd - erm...cbe a bygkn sinri...

waterlily - dr mata turun ke hati...
ni kt sekinchan...
akn pernah smpai sni?

luffy - haha. biasala tu...haha.

atiqah - renungan prempuan lbh menakutkan....huhu~

sharamli said...

tajam mn tu?
lma2 tump0l gk...hua3...

addyaholix said...

budak-budak boleh lah. cuba kat aku tengok haha

Tijah Lawa said...

meh tijah tenung ko tengok???

wakakakaka!!!

mugiwara said...

sharamli - asah la semula....haha.

addy - jom lawan mata!

tijah - akak pun nk join lawan mata gak?