Friday, April 30, 2010

tarik benang ukur dunia : pernah jumpa tapi tak kenal~

muaz : masa aku masuk, kelas belum pindah ke bangunan baru lagi. masa tu aku masuk sekali dengan wira, din tu semua.
aliaa : kenapa tak jumpa kau ya?
aku : haah. padahal stor fakulti kauorang bawah pejabat fakulti kitaorang ja!
aliaa : kau lagi lah. satu kelas dengan dia [muaz] pun boleh tak kenal.
aku : entah. tapi memang aku ada masuk kelas tu. memang satu kelas dengan wira tu.
aliaa : kenapa ya? tak jumpa?

kemudian bertukar tukar cerita [singkat] macam sudah lama kenal.

mungkin.
bukan tak pernah jumpa. cuma masih belum kenal.
sekarang.
baru tahu. jumpa dah lama. kenal baru baru saja. kenal sikit sikit saja pun.

Thursday, April 29, 2010

jangan ingat senang untuk jadi senang~

berputar putar akal cari ilham.

berpinar pinar mata pandang skrin.

ligat otak yang bergeliga ni korek taktik taktik canggih.

tak datang datang juga idea yang bernas.

kata aku pada nas, hurmm....jenuh juge nak pikiornye~

entah bisnes apa lagi yang aku boleh cadangkan pada dia ni.

Wednesday, April 28, 2010

bila teremosi pagi pagi, aku rasa seperti mahu sambung tidur~

kau.
pernah kata yang kau tak suka orang cakap belakang belakang.

tapi.
bila aku cuba tegur kau. kau tarik muka empat belas. mucung mulut boleh digantung tanglung.

itu.
aku nak panggil apa kalau kau berperangai macam tu?

aku.
bukan nak kata aku baik sangat.
harap harap aku bukan termasuk dalam golongan berperangai macam tu.

yang lain.
sila nasihatkan dan ingatkan aku tentang ini jika aku terikut ikut perangai 'dia'.

Tuesday, April 27, 2010

tak mahu jadi sohchai~

sedang berfikir.
apa kaedah sesuai untuk tegur orang tua tanpa perlu kurang ajar.

di tempat kerja ni ramai orang lanjut usia. yang berbelas belas tahun, berpuluh puluh tahun beza usia. diaorang mula kerja, aku baru masuk darjah satu. ada yang sebaya abah, sebaya mak.

dengan pengalaman yang banyak tu, aku ni cuma daki ja. itupun kalau berdaki. haha!

walaupun pangkat dia lagi rendah, sanggup ke nak marah. jerit jerit kat orang tua tu.
aku. paling teruk pun kalau nak marah, kerut kerut dahi ja. setakat ni. [tempat lain]

kaedah buat masa ni ialah memencilkan diri dan diam sambil lihat.
mulut kunci, kerja tetap jalan.

kekurangan mengamalkan kaedah ini. kamu akan jadi kera sumbang!

[keluh panjang]

Monday, April 26, 2010

musim bunga di taman hati~

sekejap saja.

tak sedar. pejam celik pejam celik. rupanya dah nak habis bulan april. [sila bayangkan ada lagu latar bila april nyanyian fazley]

dan.
bila kita biarkan masa berlalu sambil menyibukkan diri, tanpa sedar, menunggu itu tak la seksa mana pun.

oke.
lolly akan pulang. kali ni dia akan tinggal terus dengan aku.
akhirnya. setelah lama bersabar. bahagia jadi milik kami juga.

[gila lah! 'taman' aku sudah hampir ke musim bunga!]

Saturday, April 24, 2010

suapkan makan sambil kata 'aaaa...'~

kalau nak suapkan orang makan mesti kata, 'nah. nganga!'
kalau nak paksa makan ubat, 'hah. buka mulut!'


dan yang selalu aku perasan.
bila nak suapkan orang lain, mesti mulut sendiri pun ikut nganga juga.
kadang kadang lagi besar dari orang yang kena suap.
kadang kadang keluarkan bunyi. 'aaaa~' katanya.

dah lepas suap.
kadang kadang. orang yang menyuapkan itu kata, 'aum!'
kadang kadang bersama sama soalan susulan, 'sedap tak?'

nanti.
kalau siapa siapa nak buat makan beradab.
nak suap menyuap, kawal kawal bukaan mulut anda, ya.

Thursday, April 22, 2010

bintang bintang menyorok malam itu~

sebenarnya.
hari sabtu lepas. hujan lebat. angin kuat. ribut.
atap rumah kita habis kena bawa lari ribut. bilik melopong nampak langit. tapi tak banyak pun yang lopong.
buku buku habis basah. tapi buku yang bersepah sepah saja lah.

malam tu.
tidur sambil tengok langit.
hitam. gelap.
kita nak kira bintang pun tak boleh.
sebab bintang menyorok pula malam tu.

pukul tiga pagi terjaga.
ingatkan siapa yang percik percik air kat muka kita untuk kejutkan bangun tahajud.
rupanya hujan. tempias dari atap yang lopong tu.

kita tarik selimut.
tak bangun tahajud pun. teruk betul!

esoknya.
ahad, dengar orang bertukang sini sana. termasuk rumah kita.
betulkan atap yang dibawa lari ribut.

tapi.
terima kasih pada ribut.
sebab sedarkan kita tentang warna warni dunia.

perhatian : lama sungguh tak bahasakan diri menggunakan 'kita'.
rasa naif dan comel ja. haha.

Wednesday, April 21, 2010

mari berkenalan dengan ah meng~

ada satu orang gila di kawasan tempat kami tinggal.

orang gila tu rambutnya perang dan nampak berketul ketul gaya dreadlock. dah ada macam seorang ahli kumpulan pop shuvit pula. macam vokalis kumpulan pure fabrication pun ada. tapi masa tu kumpulan kumpulan tu pun tak wujud agaknya.kiranya, dia adalah pelopor.
mungkin.

janggutnya panjang dan nipis. selalu diurut urut dengan dua jari. jari telunjuk dan jari hantu. kadang kadang sambil pegang rokok tak berasap. kadang kadang sambil pegang plastik air. ada teh ais yang dah tinggal ais cair. hampir jernih dah air tu.

seluar getah longgar. yang hanya orang orang yang masuk 'the biggest loser 'tu saja yang muat, dipakai orang gila tu. seluar hari pertama peserta 'the biggest loser'' ya kawan kawan. maka dia ikat keliling pinggang seluar tu dengan tali rafia. kadang kadang dia pegang saja, tarik sampai ke perut.

baju kadang ada, kadang tak ada. kalau ada pun yang dah rabak, gaya orang baru lepas kena pukul dengan orang kampung.

nama dia ah meng.
kalau tak silap aku lah.


oke. aku memang tak ingat. mari kita namakan dia sebagai ah meng saja!

Tuesday, April 20, 2010

perempuan selamba boleh masuk tandas lelaki~

aduh~

tak selesa betul kalau yang mencuci tandas adalah orang perempuan. tandas awam maksud aku. aku terasa seperti akan dijadikan kambing hitam ja. setiap kali janitor yang perempuan yang masuk untuk kerja kerja mencuci, otak aku akan terus tayangkan drama dimana janitor yang perempuan itu akan menjerit.

'tolong! tolong! bapak ini mau mengapa apakan saya! tolong!'

oh! untuk lebih drama sila bayangkan aksi aksi terdampar di lantai tandas yang basah sambil mengoyakkan kain dan bahu baju.

Monday, April 19, 2010

aku lebih suka tinggal di kolej jati~

aku lebih suka tinggal di kolej jati berbanding kolej perindu atau kolej teratai.

kolej jati diluar kawasan kampus. 
maksudnya, pagi pagi perlu berebut macam orang main ragbi nak berebut bola kalau nak naik bas pergi ke kelas. dan dalam bas, akan berhimpit himpit lelaki perempuan. memang macam tin sardin, kata orang. tapi masing masing tak kisah asalkan cepat sampai kelas. sila ambil perhatian, berhimpit himpit lelaki perempuan. confirm lah ada laga laga eh! bersentuhan anggota badan. ketahuilah, setiap waktu adalah waktu puncak kecuali selepas jam sepuluh. pasal bas memang dah tak ada.

kolej perindu dan teratai berada di dalam kawasan kampus. maksudnya, nak pergi ke kelas dekat saja. jalan kaki pun boleh. tak sempat nak tengok siapa menyeberang jalan, tiba tiba dah sampai fakulti. dekat ja~ cuma berpeluh saja lah ketiak, bila sampai kelas. alah...pergi kelas dah ada pendingin hawa. tala saja ketiak ke situ. lagipun aku bukan jenis yang nak kontrol kacak supaya perempuan terpikat. tak ada saham untuk jatuh terjunam pun.

tapi aku lebih suka tinggal di kolej jati.

Saturday, April 17, 2010

mahu dengar lagu~

aku nak muat naik lagu lagu dalam entri.

tapi cuma ada 'butang' untuk muat naik gambar saja~

Friday, April 16, 2010

rasa macam ninja dah~

tiba tiba teringat waktu tinggal di asrama dulu.
aku ikut kawan kawan 'fly'. panjat almari dan buka jaring yang dipasang atas frame tingkap. [sila bayangkan tingkap sekolah macam mana]. dah buka jaring tu, turun ke bawah dengan pijak batang batang besi pada tingkap dengan perlahan lahan dan berhati hati. jangan hasilkan bunyi yang kuat. tak berbunyi adalah terbaik.

itu masih di tingkat satu. belakang dorm kan ada macam beranda~

kemudian jalan perlahan lahan ke belakang tandas [boleh ja nak keluar ikut tandas, tapi licin lah pula] untuk turun ke tingkat bawah.
pergh! thrill!
pertama kali turun ikut paip, rasa macam ninja!
ada tangga juga. tapi mengada ngada.

betapa sanggup bersusah payah nak menyelinap keluar malam malam yang sepi dan dingin semata mata nak makan roti mayonis yang gila sedap di benteng ampangan pada masa tu.

ketahuilah.
bila aku cerita pasal makanan, itu bermakna aku adalah sangat lapar walaupun baru saja dua tiga jam tadi makan nasi setengah pinggan.

oh ya! setengah lagi adalah lauk dan sayur....

Thursday, April 15, 2010

keselamatan diutamakan, kerja sekolah didahulukan~

abang abang senior dah bagi amaran. masa kami duduk berbual selepas prep petang habis.

'kalau cikgu khalid tengah mengamuk, kau orang jangan letak benda tajam atas meja. pen pun jangan. nanti habis berlubang tangan kau orang!' kata seorang abang senior pada kami sungguh sungguh.

kami diam. sengih. tapi tekun mendengar.

'dia tu tak kira. apa saja atas meja pun jadilah. buat ketuk tangan. nasiblah siapa yang depan dia masa dia marah tu.' kata senior kami yang lagi satu.

esoknya. kelas lukisan cikgu khalid, masing masing yang duduk depan letak papan lukisan atas meja. bofa set simpan dalam meja. square set pun juga.
'hah! mana alat alat melukis? tertinggal? tertinggal jangan masuk kelas!' bila tengok meja kami ada papan dengan kertas saja.

bisik pada kawan sebelah,'dia mengamuk tu. nak keluarkan ke tak nak?'
kawan sebelah, 'err...'

Wednesday, April 14, 2010

enchek bos ialah kawan baik~

aku perasan.
sudah beberapa hari.
sikap enchek bos jadi lunak. buat aku jadi tak selesa. terasa macam dia boleh tembus otak dan baca fikiran aku. tahu saja apa yang aku nak buat seterusnya.

marah pun tak se-aggresive selalu selalu. kali ni, biasanya dia akan habiskan sesi diskusi dengan ayat, 'its ok. there's a lot of room to improve though' atau 'but this is good for you. you can be a better person next time. no need to worry.'

aduh!
apa agenda enchek bos sebenarnya ni? terasa seperti ada batu besar bakal jatuh dari langit tembusi awan kulumunibus dan timpa tepat atas kepala aku!

atau
perasaan aku ja~

Monday, April 12, 2010

lega setelah mendapat restu mak~

setelah huraikan panjang lebar, aku tanya, 'macam mana mak? oke tak? boleh?'

'boleh.kalau aku kata tak boleh pun, kau nak juga. kena lah kata boleh~'

aku sengih. 'ha'ah. tiket pun dah beli.'

mak agak terkejut,'hah! tengok tu. budak bertuah. dah siap beli tiket baru bagitahu!'

aku tergelak,'acah mat labu~' kata aku. err...dalam hati ja.
ah. mahunya nanti restu ditarik balik. haru!

saja cakap macam tu. nak uji. padahal baru buat rancangan awal jika rancangan asal terpaksa ditukar.

alhamdulillah...
semoga semuanya berjalan lancar~

tapi .
tempoh hari. aku terjaga jam dua pagi dan terdengar mak dan cik kapitalis bersembang pasal hal ni.
ok ow~ lain macam ja bunyi nya~
oke. aku buat buat tak dengar dan buat tak reti.

Saturday, April 10, 2010

sedang mencari~

duduk duduk termenung sambil baca manga aku terfikir.

baik aku cari geng untuk diajak berbual dengan bahasa isyarat. bila lagi nak mantapkan skil...
atau.
cari siapa siapa untuk ajarkan aku jadi lelaki terhebat. er...bukan. ajarkan aku guna slr.

cuma.
kengkangan aku cuma pada masa saja.
kerja enam hari seminggu dari jam lapan pagi hingga lima petang [itu pun kalau betul lima petang aku boleh lepas]. yang tinggal, hari ahad sajalah setiap minggu. itu pun kalau ahad tu bukan giliran aku untuk standby.

maka.
mana nak susun jadual. minggu ni dengan kawan. minggu depan dengan nakama. minggu lagi satu dengan aktiviti tambahan. minggu lagi dua mungkin kena standby. minggu bila pula untuk diri sendiri?
bila keluar berlibur hujung minggu itulah untuk diri sendiri juga. cuma, tak dapatlah aku lepak lepak tonton tv sambil makan apam balik atau buat milo pekat pagi pagi sambil tengok mtv.

keluarga.
memang akan ada masa aku luangkan [ceh! macam orang dah kahwin ja!].
balik kerja biasanya akan berkumpul diruang tamu. makan makan sambil tengok tv. bergurau gurau juga mengumpat. -__-"
baca buku sebelum tidur.

tapi.
aku perlu juga cari jalan untuk cari kawan berbual bahasa isyarat. juga guru untuk ajar 'tembak tembak'....

Friday, April 9, 2010

menjemput buzz lightyear datang ke rumah~

dulu.
ada satu cerita seram. anak patung boleh bergerak dan bunuh bunuh orang. tak tahu pula apa sebabnya. budak budak lah katakan....tengok aksi aksi saja sudah cukup. siap ada beberapa sekuel. oh ya! ada satu sekuel tu siap ada awek si anak patung tu.

juga.
ada cerita perang perang anak patung. 'small soldier' tajuknya. sangat advance cerita tu. di mata budak budak masa tu lah. err...sekurang kurangnya aku rasa cerita tu kool. kemudian ada cerita 'toy story'. terbaik cerita ni. walaupun tahu, takkan dibeli buzz lightyear tu untuk aku, aku tetap jeling jeling juga kalau lalu dekat tempat jual mainan. sebab aku nak cakap pada buzz lightyear dalam kotak, 'jemputlah datang ke rumah. saya tahu, awak boleh gerak gerak, keluar sendiri kan?'.

dan.
ada cerita pasal barang barang elektrik di rumah yang tertinggal ketika tuannya pindah rumah. barang barang ni pun keluar mencari tuan. juga cerita tentang alat alat tukang yang terkena bahan kimia lalu bertukar menjadi superhero. so-called superhero.

kenapa dan macam mana?
dua cerita terakhir tu aku tengok masa cuti sekolah. orang lain sambung tidur, aku bangun pagi pagi dah buka tv. macam mana aku boleh ingat kedua dua cerita terakhir yang aku percaya seorang pun tak pernah tengok? sebab aku selalu terjaga waktu malam bila terdengar periuk kuali berbunyi. padahal kucing dan tikus yang langgar. kadang kadang aku bangun dan tengok tupperware eskrem magnolia yang penuh dengan patung askar kecil. mana tahu kalau kalau mereka bergerak keluar. maka cerita cerita macam ni memang senang aku ingat.

ya! aku memang kuat berangan dan berfantasi yang pelik pelik. kadang kadang rasa diri aku sangat kasihan kerana terpaksa bercakap dengan permainan. tak ada kawan. tapi itu juga bermaksud aku ialah budak naif. kan?

Thursday, April 8, 2010

dapat hadiah apa agaknya~

'bila rindu kau serulah namaku' kata pakcik naga.

terus aku hantar mesej pada cik kapitalis.


petang sikit dia hantar lagi mesej.
katanya, pergilah komen. tanya dia. kalau seru nama dia dapat apa? dapat misai?

oke. cukup sampai sini.

Wednesday, April 7, 2010

serangan kejam~

hari minggu aku adalah malapetaka. sebab itu jugalah aku tak pergi maskara 20. gara gara tentera ratu putih ni!
alasan ni boleh diterimapakai kan?

kanan atas : koleksi manga sejak zaman belajar. mula kumpul secara hardcore selepas spm. guna duit sendiri lah kawan. gaji aku banyak habis ke situ kot.
kanan bawah : koleksi komik hong kong. paling popular zaman aku sekolah rendah adalah pendekar laut. tapi kegemaran aku adalah parang gila.
kiri : manga pertama aku. setelah bodek abah. selamat tinggal doraemon~ kau tewas akhirnya~
















kanan atas : baki manga. sebelum dipunggah.
tengah atas dan kanan bawah : almari buku betul betul sebelah almari yang diserang. risau aku dibuatnya. ada tanda tanda kaki almari sudah diserang.
kiri : majalah sejak lepas spm. [erm..dah sepuluh tahun ke? belum lagi kot~] juga risau kalau diserang. sayang woo!













mangsa serangan kejam anai anai. gambar paling epik sepanjang sejarah pengumpulan komik dan manga.

aku fikir mahu saja patah patahkan gigi anai anai tu. owh! apa kata letak almari besi. agak agak anai anai tu boleh masuk tak? patah tak gigi kalau anai anai tu gigit?
erm~

Monday, April 5, 2010

hampir hampir menunjukkan diri yang sebenar~

aku telefon pusat zakat tempoh hari. ada hal sikit yang aku nak tanya.

bila talian dah bersambung aku pun cakap, "err...hello~"
ditalian sebelah sana menyahut, "assalamualaikum..."
aku dah termalu malu sendiri,"err..waalaikumsalam. saya nak-"
tiba tiba dia menyampuk,"untuk teruskan panggilan, sila tekan..."

wth!
aku dah nak cakap "macam shilake!" tapi teringat tadi baru jawab salam. dan yang aku nak telefon ni talian islamik. kalau kalau dia ada rakaman, habis reputasi aku. tak kira lah dia kenal aku ke tak. aku ni baik orangnya. hihi.

oh ya!
semua operator pusat zakat selangor ialah perempuan. suara tak macam operator telefon yang biasa cakap dengan aku pun. sebab tu aku tertipu. ceh!

Thursday, April 1, 2010

tanda telinga dalam buku latihan~

dulu.
masa aku sekolah darjah satu. sesi persekolahan mula bulan disember. hujung hujung bulan disember tu aku baru nak masuk enam tahun. sebab tu lah semua orang layan aku macam adik adik diorang ja. haha!

dulu.
masa sekolah darjah dua. sesi persekolahan masih mula bulan disember.
sama macam tahun lepas, ada beberapa kali buku aku, belah kanan atas, kena tanda bulat dan ada tanda telinga dengan pen merah.

bulan januari.
memanglah kadang kadang tersilap. dan terbiasa. bila tulis tarikh, tahunnya ikut tahun yang lepas.
bulan bulan selepas tu dah biasa dah guna tahun baru. budak budak. kenalah ambil masa sikit nak sesuaikan diri dengan perubahan. kan.

sekarang.
bukannya aku lupa dah masuk tahun 2010. aku ingat.
tapi ini semua gara gara malas dan terus guna softcopy standard letter tahun lepas. nasib consultant tu lah. biar habis dia punya kertas fax. haha.

[kawan kawan. jangan amalkan. sayangi pokok]