Thursday, April 22, 2010

bintang bintang menyorok malam itu~

sebenarnya.
hari sabtu lepas. hujan lebat. angin kuat. ribut.
atap rumah kita habis kena bawa lari ribut. bilik melopong nampak langit. tapi tak banyak pun yang lopong.
buku buku habis basah. tapi buku yang bersepah sepah saja lah.

malam tu.
tidur sambil tengok langit.
hitam. gelap.
kita nak kira bintang pun tak boleh.
sebab bintang menyorok pula malam tu.

pukul tiga pagi terjaga.
ingatkan siapa yang percik percik air kat muka kita untuk kejutkan bangun tahajud.
rupanya hujan. tempias dari atap yang lopong tu.

kita tarik selimut.
tak bangun tahajud pun. teruk betul!

esoknya.
ahad, dengar orang bertukang sini sana. termasuk rumah kita.
betulkan atap yang dibawa lari ribut.

tapi.
terima kasih pada ribut.
sebab sedarkan kita tentang warna warni dunia.

perhatian : lama sungguh tak bahasakan diri menggunakan 'kita'.
rasa naif dan comel ja. haha.

8 comments:

Mak Su said...

mcm tengah dengar awak beri ucapan kat public, hehehe

Si Aizuddin said...

Rasa macam kembali ke zaman sekolah dulu je. Hee.

Oh pasal bintang, dia ada menyorok belakang awan tu.

sharamli said...

c0mel?
kita memang c0mel p0n

mugiwara said...

maksu - haha...

si aiz - macam masa sekolah rendah.

sha - kan? 'kita' comel kan?

kak wos said...

kita rasa kita chomel jer bila bahasakan diri kita-kita nih..
hehehe.. phm dok?

mugiwara said...

kakwos, lama kita nak tanya kak wos...
kenapa kita tak boleh masuk 'rumah' kak wos lagi?

k.e.r.i. said...

serius atap rumah ko diterbangkan ribut?
paku apa pakai?

mugiwara said...

silalah faham yang ribut itu bukan lah sekadar angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa~