Thursday, April 15, 2010

keselamatan diutamakan, kerja sekolah didahulukan~

abang abang senior dah bagi amaran. masa kami duduk berbual selepas prep petang habis.

'kalau cikgu khalid tengah mengamuk, kau orang jangan letak benda tajam atas meja. pen pun jangan. nanti habis berlubang tangan kau orang!' kata seorang abang senior pada kami sungguh sungguh.

kami diam. sengih. tapi tekun mendengar.

'dia tu tak kira. apa saja atas meja pun jadilah. buat ketuk tangan. nasiblah siapa yang depan dia masa dia marah tu.' kata senior kami yang lagi satu.

esoknya. kelas lukisan cikgu khalid, masing masing yang duduk depan letak papan lukisan atas meja. bofa set simpan dalam meja. square set pun juga.
'hah! mana alat alat melukis? tertinggal? tertinggal jangan masuk kelas!' bila tengok meja kami ada papan dengan kertas saja.

bisik pada kawan sebelah,'dia mengamuk tu. nak keluarkan ke tak nak?'
kawan sebelah, 'err...'

5 comments:

sharamli said...

ha3..macam2 cekgu khalid...k0rang kuarkan tak?

RY said...

pakai alat2 yang tumpul je la. ko tau kan apa yg tumpul? lalala

Deana said...

Salam... Gengki, da? Hisashiburi desu! Hehehehe... Sowie aaa lama tak lepak sini...

Aizuddin Jaafar said...

Aku rasa korang perlukan perisai. Pertahanan kebal. Sebelum masuk kelas cikgu Khalid

mugiwara said...

sha - takmo kuarkan? maunye merah2 muke dia kang. marahkan kitorang.
haha.

razor - err...aku adalah blur dan naif...
ape ek?

deana - salam...genki desu. :D

si aiz - haha...masa tu kami adalah kanak kanak yang naif~
kikiki...