Thursday, April 1, 2010

tanda telinga dalam buku latihan~

dulu.
masa aku sekolah darjah satu. sesi persekolahan mula bulan disember. hujung hujung bulan disember tu aku baru nak masuk enam tahun. sebab tu lah semua orang layan aku macam adik adik diorang ja. haha!

dulu.
masa sekolah darjah dua. sesi persekolahan masih mula bulan disember.
sama macam tahun lepas, ada beberapa kali buku aku, belah kanan atas, kena tanda bulat dan ada tanda telinga dengan pen merah.

bulan januari.
memanglah kadang kadang tersilap. dan terbiasa. bila tulis tarikh, tahunnya ikut tahun yang lepas.
bulan bulan selepas tu dah biasa dah guna tahun baru. budak budak. kenalah ambil masa sikit nak sesuaikan diri dengan perubahan. kan.

sekarang.
bukannya aku lupa dah masuk tahun 2010. aku ingat.
tapi ini semua gara gara malas dan terus guna softcopy standard letter tahun lepas. nasib consultant tu lah. biar habis dia punya kertas fax. haha.

[kawan kawan. jangan amalkan. sayangi pokok]

2 comments:

puding roti said...

kalo lipat buku kt bahagian ats smpai jd segi tiga, cikgu sy kata 'telinga anjing' dan cikgu marah bt telinga angjing pd buku nnti jd comot.

sy pun selalu mundur satu tahun pd awl tahun. bukan bln january sj. tp selalunya bln march br blh biasakan diri

mugiwara said...

puding - :)