Monday, November 30, 2009

dengar~

romance - kuingin kamu
bunkface - through my window
4u2c - kembalilah fiona
pete yorn & scarlett johansson - relator
98 degrees - i do (cherish you)
abba - our last summer
ella - bayangan
sheila on 7 - yang terlewatkan
siti nurhaliza – sendiri
xpdc - titian perjalanan
hujan - dugaannya
good charlotte - the river
hirai ken - miracles
incubus - i miss you
frank sinatra - my way
aizat - lagu kita
barry manilow - can't smile without you
back street boys - i'll never break your heart
alda - aku tak biasa
westlife - if your heart not in it
yasin - hanya satu
six pence none the richer - there she goes
shizuka – redline ‘95
rabbani - anak soleh
patsy cline - bill bailey won't you please come home
fast ball - the way
estrella – ternyata
peterpan - menghapus jejakmu
owl city - the bird and the worm
fazley - bila april
dewa - larut
alleycats - suara kekasih
raihan - munajat
sheena easton - my baby takes the morning train
the cranberries - dreams
ukay's - bila diri di sayangi
v.e. & ruffedge - izinkanlah
firdaus - jendela hati
exist - langkah seiringan
padi - sesuatu yang indah
ungu - tercipta untukku
westlife - soledad

perhatian : monday blues hari ini lebih menjengkelkan.

Saturday, November 28, 2009

komentar~

"Filem ini ialah ia sebuah filem yang cukup berbeza dengan filem-filem Melayu yang lain."
-Miss Ayu, review, www.GUA.com.my, 6 Nov 2009

"Sebuah masterpiece seni filem... Saya tak sabar menontonnya di layar perak."
-Dain Said, pengarah filem 'Dukun'

"Filem kecil, berjiwa besar....menarik dan pasti memeranjatkan."
-Firdaus Sahat, METRO AHAD

"Ketengah keghairahan jiwa anak muda"
- Zul Husni Abd. Hamid, BERITA MINGGU

"Zahiril Adzim dan Nadiya Nissa...persembahan mereka sungguh membanggakan."
-Sofia, KOSMO AHAD




"filem wajib tonton untuk rakyat marhaen yang kemaruk karaoke seperti cik kapitalis..."
- mugi, blogger harta karun, ym

"siiiiooooottttt...................ciiiiiiiissssssssssss..."
- cik kapitalis, marhaen yang kemaruk berkaraoke, ym

perhatian : selain daripada aku dan dia, yang lain berikan kredit di sini.

Thursday, November 26, 2009

benci~

aku benci bila bella berlatih menari cha cha atas katil dan terkejut bila tiba tiba intan masuk.

aku benci bila bella kata kalau tak dapat tan sri, datuk pun boleh.

aku benci bila bella berlatih cakap hello hello depan cermin.

aku benci bila bella pura pura senyum sambil nyanyi nyanyi dengan dato'.

aku benci bila bella kata 'demi masa depan anak anak i'.

aku benci bila bella kata 'tak apa mereka akan faham satu hari nanti'.

dan yang aku paling benci adalah bila bella masuk pertandingan menari dengan mamat gigi besi itu!



ah!
tak cukup sepuluh.
perlu fikir lagi.

ayoh!
gigih demi bella~

mamat gigi besi. jaga kau!

Tuesday, November 24, 2009

vitamin~

hari tu.

berborak dengan sifu melalui ym.
pasal penjagaan kesihatan. [wah...sungguh ilmiah bukan?]

yalah. kurus sangat pun bukan elok. jadi aku cuba lah korek kaedah menjadi lebih berisi. [takutnya nak guna 'gemuk'. ya. gemuk adalah sensitif.] atau dengan kata lain, untuk menjadi taff [sila muntah sekarang].

kata aku, kena ada apa apa supplement tak selain daripada makan makanan tinggi karb.

jawab sifu, sebenarnya tak perlu pun supplement. yang penting makan 6 kali sehari dan exercise.

makan tu boleh saja. tak ada hal punya.
exercise? ngehehehe~

kata aku lagi, sekarang ni saya makan vitamin b kompleks dan vitamin e. walaupun tak tahu vitamin e tu untuk apa.


jawab sifu, [gelak] vitamin e tu baik untuk kulit dan jantung. vitamin b tu elok. tambah selera makan.

erm...selera makan aku memang serupa orang bela hantu raya. tapi badan tak berisi pun. dan dari dulu dah makan vitamin b kompleks tu. vitamin pun dah banyak telan masa kecil kecil dulu.
aku pasti aku sudah baca bismillah setiap kali makan. ye...aku pasti~



err...jangan buat aku rasa was was pula....

Monday, November 23, 2009

kaitan~

kayu hoki ais.
kereta mainan berenjin kecil.

apa kaitan antara dua benda ini?
macam tak boleh nak kaitkan. betul?

cuba ingat semula dash yankuro.
hah~
itu lah kaitan antara kedua duanya.
hebat betul orang jepun mengaitkan dua benda ni.

dulu.
masa sekolah agama.
ketika ustaz belum masuk [dan dash yankuro sedang panas], masing masing keluarkan tool kit kecil. lebih kecil dari kotak pensel budak perempuan.

masing masing repair kereta dash yankuro masing masing. rehat nanti nak lumba dengan kawan. cuma tak bawa kayu hoki ais saja. celah mana nak rembat kayu hoki ais zaman tu. duit belanja yang disimpan untuk beli komik dragon ball pun belum cukup.

aku tak ada.
bukan tak minat. tapi abah beli kereta dash yankuro cikai cikai. itupun untuk cik botani. geram juga sebab dia bukan tahu apa pun waktu tu. tapi tak ada guna nak membentak depan abah. nak kena cop body glove kat belakang cubalah!

aku tak ada.
kereta dash yankuro.
juga kayu hoki ais.

jadi.
kedua dua benda itu tak ada kaitan dalam hidup aku.
kecuali cerita kartun dash yankuro yang kami tengok secara sembunyi semasa rehat sekolah agama di rumah kawan kawan yang dekat dengan sekolah.

Friday, November 20, 2009

salahkan semuanya yang ada di sekeliling kamu tetapi [bukan] dirimu sendiri kata seorang pendita tiba tiba~

aku salahkan pada hujan sekali lagi kerana membanjiri hati aku ketika waktu yang paling aku tak mahu itu terjadi. seperti semua orang yang menunding jari ke arah bonekanya tanpa sedar telah menunding hidung sendiri.




maaf.
maafkan aku ya, hujan.
aku akan cuba untuk berubah.

Thursday, November 19, 2009

wujudnya manusia yang suka memijak kepala orang lain untuk naik ke sorga sungguh menjijikan pada aku~

katanya dengan bangga, dia bukan sepenuhnya bangsa ini. dia lebih darah bangsa lain yang kononnya tidak sebangsat bangsa ini.
katanya secara bayangan, bangsa ini murahan. dia bukan kerana ada darah yang kononnya dari bangsa yang lebih mulia mengalir sepanjang vena dan kapilari mengatasi darah bangsat bangsa ini.
katanya tentang bangsa yang dipuja puji itu tidak seperti bangsa ini yang menjatuhkan sesama sendiri.

tapi.
kau lebih keji. tak mengaku jati diri bila lihat kelemahan bangsa ini. dan cepat lari semula memeluk bangsa ini bila bangsa itu juga terbukti mencipta bangsat.

dan.
lebih hina. bila kau pijak kepala orang bangsa ini untuk kepentingan sendiri bila boneka kau sudah lusuh dan tak layak lagi temankan kau ke atas untuk sebaris dengan bangsa itu.
kononnya kau bukan dari bangsa bangsat ini.

perhatian : maaf. aku adalah sangat marah ketika ini!
biasanya aku tidak rasis begini.

Wednesday, November 18, 2009

lolly pulang setelah sekian lama hanya untuk pergi semula entah berapa lama lagi sedangkan kami masih belum sempat bersenggama~

malam kepulangan lolly.

aku pulang lambat.
dia sudah ada di rumah.
aku letih.
dia senyap.

malam itu kami tidur berbungkus dari kesejukan.
bungkus berasingan.
sepi.

esoknya.

lolly sudah pergi.
pagi pagi.
selepas aku ke tempat kerja.
menjaga cik botani katanya.

malam itu kami tidur berasingan lagi.
aku di petaling. dia di seremban.
sepi.

Tuesday, November 17, 2009

boleh tak kalau tak pasang pendingin hawa ketika hujan sedang menggila diluar~

tangan aku seperti orang yang mengidap Parkinson.
kalau lah blog ini ditulis dengan tangan entah apa bentuknya.

kulit mereka.
entah diperbuat dari apa.

Monday, November 16, 2009

aku cuma nak tahu siapa yang paling normal antara kami semua itu saja~

cik kapitalis.
tak makan saman.
dan sikap paling signifikan yang ditunjukkan adalah suaranya yang lantang bila marah.
dan ketawanya yang mengilai tak ingat dunia.
kuat karaoke. kalau dalam bilik, dia nak melalak, tutuplah rapat mana pintu.
suaranya sampai juga ke bilik aku. entah apa agaknya orang rumah sebelah tu kata~
samalah kalau dia ketawa malam malam depan pc. [geleng kepala]
kalau ada siapa siapa nak ajak tengok wayang, lebih baik tengok cerita komedi.
kalau kau bawa dia tengok cerita seram, kau tak sempat nak naik bulu roma atau rasa seram pun.
malah jadi segan dengan orang keliling sebab dia akan ketawa tak ingat dunia.
tak makan saman!

aku.
simple. predictable. membosankan. clueless.
ya.
mungkin bila kita mudah dijangka, orang kurang berminat.
mungkin sekarang zaman orang yang sukakan kejutan.
ya.
aku memang membosankan. aku suka!

cik botani.
paling pelik.
adakala aku rasa dia bukan adik aku. tetapi makhluk asing atau bahasa kasarnya alien.
adakala aku rasa dia bukan manusia normal. tetapi ada kuasa super atau bahasa kasarnya mutant.
serius!
selalu aku tak dapat faham dengan dia. kalau berbual, kadang kadang kena kerut dahi. fikir dalam dalam untuk faham bahasa dia. erm...mungkin dia dah biasa cakap dengan pokok pokok lalu terbawa bawa bila nak bersosial di rumah.
tapi yang hairannya aku dan dia boleh tag team untuk menyerang cik artis. ada chemistry.
kami memang A+ dalam hal hal seperti menyerang cik artis!
[gelak syaithon]


cik artis.
kool~
tak perlu dipertikaikan lagi iq dia dalam hal hal gosip ni. di mana saja tempat mesyuarat tingkap diadakan, dia pasti ada.
pergh! punggung memang panaslah duduk dalam rumah kalau mesyuarat sedang berlangsung. sampai kan tarik muka bila aku paksa balik rumah dan larang kacau orang orang tua bersembang. dia tak sedar agaknya, mesyuarat tu khas untuk orang orang tua. nanti. orang orang tua sebut benda benda dalam kain, tercengang cengang. malu sendiri. rasakan!
tapi. yang paling hebat.
dia adalah kool. buktinya, bila aku dan cik kapitalis buat perangai gila gila dan mengilai macam nak runtuhkan rumah. dia cuma pandang dengan mata yang berkata, entah apa apa lah yang budak budak ni buat. memalukan aku betul!
dan aku dengan segera membalas dengan mata yang berkata, aku peduli apa!


bila kami berkumpul. walaupun sekejap, mak memang cuma dapat geleng kepala saja.
tapi perasan tak?
kenapa cuma aku saja yang nampak normal?
[gelak syaithon]

Friday, November 13, 2009

dingin~

mak.
dah berapa kali tegur aku.
jangan marah pada hujan. hujan tu rahmat. hujan tu dari Tuhan. samalah macam kita marah pada Tuhan secara tak langsung. kalau marah hujan tu turun.

terus aku diam. tak marah marah. tak mengeluh. tak mahu lah aku jadi macam orang hindu dalam cerita hindustan tu. tuhan diaorang selamba saja dijadikan tempat marah marah. maki hamun. sumpah seranah. kata tak buat kerja.
si bodoh!

tapi.
aku cuma tak berapa suka pada hujan. bukan selalu. kadang kadang saja. aku bukan mahu jadi hamba Nya yang tak bersyukur. cuma. bila hujan, aku ada satu perasaan yang tak senang. yang menjengkelkan. selalu rasa melankolik [cewah!].
dan selalunya hati aku akan jadi dingin dan kebas. mati rasa. kejam.
dan selalunya hati aku seperti beku jadi ais. jadi batu. dengan rekahan besar. dengan serpihan tajam. yang seakan menusuk.
dan berapa banyak peristiwa hitam terjadi ketika hujan. itulah bahagian paling aku nak lupakan.

dan.
yang pastinya.
aku tak suka hujan ketika sedang bercamping!
mimpi ngeri!

Wednesday, November 11, 2009

bosan~

satu hari tu.
gdot tanya, pernah tak orang cakap kau membosankan?

selamba aku jawab, pernah.

gdot tanya, kau tak rasa apa apa ke?

aku fikir. dia pun nak kata aku ni membosankan. tapi ternyata aku silap.

siapa saja boleh kata aku ni membosankan.
tak mahu borak dengan aku. tak mahu peduli tentang aku.
mahu kata 'kau ni memang tak ada life! enjoy lah sikit beb!' pada aku? aku akan senyum saja. kerana aku tahu, mereka tak tahu banyak tentang aku.
sengaja.
[aku memang suka biar orang mengata aku]

yang aku tahu. aku gembira dengan apa yang aku ada. apa yang aku buat.
ah~ kalau aku sedih pun, siapa yang tahu. siapa yang mahu ambil tahu.

dan.
mereka yang kata aku bosan itu. aku ucapkan terima kasih.
aku gembira. aku suka kawan dengan kalian. kerana jujur tapi masih tahu untuk tidak menjengkelkan aku.

mereka yang takut takut mahu terus terang. juga terima kasih.
kerana tahu menjaga budi bicara dan menimbang hati budi orang lain. tak ada sebab untuk aku bermusuh dengan siapa siapa.

oh! belum ada sebab. bukan tak ada sebab.
tapi. kalau boleh aku tak mahu lah ada musuh.
ada tak orang yang nak bermusuh?
peliknya~[kalau ada]

Monday, November 9, 2009

kotak~

naj.
dengan izinNya akan bernikah tahun hadapan.

naj.
dah pesan awal awal pada kami. mesti datang waktu dia jadi raja sehari nanti. dan kami mula berkira kira. nak pergi macam mana. tinggal mana. carpool berapa orang. dan segala benda yang terlintas. teruja lah katakan.

naj.
dah paksa awal awal pada kami. katanya, kau orang semua kena pakai baju kotak kotak tau nanti. kawan kawan kita, kita nak set. semua kena pakai baju kotak kotak.

kata aku, kalau macam tu. aku suruh mak aku jahit kain perca petak petak buat baju lah.

aku syak.
dia tak sempat nak jemput aku masuk, pak guard dah halau.

Friday, November 6, 2009

idea~

sabtu ini.
minggu ketiga kelas bahasa isyarat.

cikgu tu kata [dengan isyarat tangan], kami kena buat nama isyarat sendiri.
minggu ini.

aduh~
masih belum dapat idea nak buat macam mana ni~

takkan nak duduk dalam tandas lama lama sampai idea keluar.
takkan nak letak mentol atas kepala dan tunggu sampai mentol menyala.
ridikulus!

perah kepala sampai otak melimpah keluar dan kutip satu satu kot~
arghh~
sempat ke tak ni!!

Thursday, November 5, 2009

oren~

ini kisah benar.
benar benar terjadi pada aku.

hari tu.
waktu rehat.
aku lepak lepak bawah pokok belakang sekolah. pokok yang besar dan ada jurai jurai akar yang macam janggut troll. kata orang, pokok tu ada penunggu. entah betul entah tidak. kami tak percaya. dan memang selalu aku tunggu kawan kawan di situ. dan memang selalu kami lepak lepak di situ.

biasanya. antara sebab sebab aku lepak lepak di situ waktu rehat dan tak makan di kantin adalah...pertama, cik kapitalis pow duit aku. kedua, aku nak simpan duit buat hantaran kahwin nanti [tipu]. ketiga, aku dapat makan rmt atau rotary [macam loteri ja. kan?] sebab ganti kawan yang tak datang tu.

hari tu.
kawan kawan aku makan lambat pula. jadi, melangutlah aku.
tiba tiba.
ada kakak pengawas datang dan tanya, tak pergi makan ke?
aku geleng kepala malu malu. tunduk kepala.
owh~ skirt dia bawah lutut dan pakai stokin sampai betis dengan kasut putih entah-jenama-apa-entah.
lalu kakak pengawas pun hulurkan botol air dia dan kata, nah. minum air ni.

mencicip sikit dahulu. air oren!
minum beberapa teguk.
air oren itu adalah yang paling nyaman pernah aku minum dan seperti ada serbuk serbuk mejik oren di dalam nya. terasa berada di kayangan.

oh! bukan. terasa berada di sorga~

serius.
ini kisah benar.
benar benar terjadi. tapi ini bukan cerita cinta lah.
jangan fikir yang bukan bukan. budak sekolah rendah mana reti cintan cintun ni~
ini cerita tentang air oren yang sedap di saat menahan dahaga sementara balik rumah akibat duit dipow oleh cik kapitalis.

Wednesday, November 4, 2009

culik~

ramai yang datang kenduri yong hari minggu itu.
ramai yang bawa budak budak kecil.

ya.
memang ramai budak kecil. sampai rambang mata nak kacau yang mana satu.
suka senyum.
mata besar.
pipi bulat.
kening terangkat angkat.
ketawa kecil bila diagah.
comel.
rasa nak gigit juga depan depan mak bapak nya.

dan.
kalau budak budak tu tak payah bagi makan minum. tak berak. tak demam.


dan.
kalau macam tu.

confirm. aku culik dah budak budak tu. bawa balik rumah. jadi stok gigit gigit!
[ah! fidofil sungguh bunyi nya~]

perhatian : jangan salah faham. lelaki kucing itu bukan aku. sila jangan salah faham.

Tuesday, November 3, 2009

tentang : jatuh~

1. aku paling ingat tragedi aku jatuh longkang depan rumah cik saleh sehingga gigi berdarah dan lutut luka berbekas. ngilunya kadang kadang terasa sampai sekarang. bila musim hujan lah biasanya. sudahlah jatuh longkang, ditimpa basikal pula!
aku meraung depan rumah cik saleh dengan abah yang mengamuk. marah marah. sambil basuh mulut aku yang penuh darah.
aku tak ingat tapi aku syak, cik kapitalis pun sama kena bambu dengan abah.

2. ketika berjalan pulang dari fakulti dengan penuh gaya sambil pegang lolly, tiba tiba tangan aku tak rasa apa apa. rupanya lolly dah jatuh longkang! siapa lagi yang nak tolong dia keluar dari longkang tu kalau bukan aku. longkang tu sempit tapi dalam. dua meter tu!
entah macam mana dia boleh jatuh [geleng kepala]. nasiblah dia tak ada cedera parah.
risau juga.

3. jatuh motor tu jangan cakap lah. sudah berkali kali. sampai kena mandi air masjid yang tok ngah bagi. cuma tak ada bunga. kalau mak tambah bunga tu dah lain macam jadinya. aku pun naik risau nak mandi air tu. [ketawa]
motor abah tu, kalau kau tengok lampu yang pecah. badan yang bercalar. itu kerja aku lah tu.
jatuh di site lain. jatuh di jalan lain. aku rasa, tak adalah laju mana pun aku bawa. tak lepas 120km/j pun.

4. hari tu mak cerita pada kawan kawan cerita yang aku hampir terlupa. yang aku pernah jatuh ketika mahu naik bas.
masa tu aku kurus [macam lah aku pernah gemuk!] dan bawa beg besar yang penuh buku [dasar nerd! atau sebenarnya tak tahu cikgu nak guna buku mana satu hari tu].
aku jadi macam kura kura lah bila jatuh. dan terus pak cik bas suruh balik rumah, tak payah sekolah. bila mak cerita pada kawan kawan, malu saya dibuatnya [sila baca dengan nada iklan gigi palsu].

5. jatuh cinta? aku tak pernah rasa.
tapi aku rela sakit jatuh longkang atau jatuh motor atau jatuh ketika naik bas berkali kali dari merana sakit jatuh cinta.
serius!
[tapi itu semua kerja tuhan. siapa jangka kerja tuhan. kan?]

Monday, November 2, 2009

peminat~

ada sms dari nombor yang tak dikenali masuk ketika aku mahu ke ani sup utara bangi. memandangkan emak balik ke kampung, aku makan di luar bersama kawan kawan lah.

esoknya aku tanya gdot. mana lah tahu kalau kalau dia kenal siapa tuan punya nombor.
malangnya, dia tak tahu.

kata gdot, agaknya peminat kau kot~

kata aku, cuba baca sms dia.
'kalau kau nak balik sini tu, bawa lah makanan sekali'

kata aku, kau rasa peminat akan hantar sms macam ni?


*****

tak puas hati.
lalu aku sms. dan dapat respon positif dari dia.

aku : salam. maaf ya. tapi ni siapa? [sopan yang plastik]
dia : salam. awak ni akimie kan. saya ni yana.

aik? hari tu dia guna nama panggilan yang aku gunakan dengan kawan sekolah. ni lain pula. dia ni tau semua nama samaran aku kah? [tapi yang pasti akimie tu bukan nama aku atau nama samaran aku]
akhirnya aku balas.

aku : rasa macam tiba tiba dapat amnesia pula.
dia : dah mam ubat belum?

aku syak ada orang sengaja buat prank!
sebenarnya boleh ja kalau nak kata 'owh~ awak salah orang/nombor'. tapi bila tahu dia tu 'yana', terus simpan nombor tu.
ceit!
[ketawa]