Wednesday, November 11, 2009

bosan~

satu hari tu.
gdot tanya, pernah tak orang cakap kau membosankan?

selamba aku jawab, pernah.

gdot tanya, kau tak rasa apa apa ke?

aku fikir. dia pun nak kata aku ni membosankan. tapi ternyata aku silap.

siapa saja boleh kata aku ni membosankan.
tak mahu borak dengan aku. tak mahu peduli tentang aku.
mahu kata 'kau ni memang tak ada life! enjoy lah sikit beb!' pada aku? aku akan senyum saja. kerana aku tahu, mereka tak tahu banyak tentang aku.
sengaja.
[aku memang suka biar orang mengata aku]

yang aku tahu. aku gembira dengan apa yang aku ada. apa yang aku buat.
ah~ kalau aku sedih pun, siapa yang tahu. siapa yang mahu ambil tahu.

dan.
mereka yang kata aku bosan itu. aku ucapkan terima kasih.
aku gembira. aku suka kawan dengan kalian. kerana jujur tapi masih tahu untuk tidak menjengkelkan aku.

mereka yang takut takut mahu terus terang. juga terima kasih.
kerana tahu menjaga budi bicara dan menimbang hati budi orang lain. tak ada sebab untuk aku bermusuh dengan siapa siapa.

oh! belum ada sebab. bukan tak ada sebab.
tapi. kalau boleh aku tak mahu lah ada musuh.
ada tak orang yang nak bermusuh?
peliknya~[kalau ada]

13 comments:

Paan Ovrtd said...

Jom ah berkawan ngan gua kat fesbuk. X berani punya ah.

Rozita said...

sahabat jgn ditolak
musuh jgn di cari
:)

Mak Su said...

ada gaks org cakap maksu ni membosankan... tapi apa nak buat, mulut org bkn blh distapler. dan perangai kita adalah hak kita. kalau org rasa kita boring person, apa nak buat. dunia ni luas.

bukan kita pegi kat orang elok2 dan kendian gi kencing kat orang tu... asalkan tak de perangai buruk dan keji macam dajal, ok ler tu :)

Tijah said...

janji kita tak bosan dgn diwi sendiwi sudah kan patne?

atiza said...

kalau org tu suka baca buku (SBB), tapi kawan yang budak suka tengok wayang (STW)..mesti budak STW (zaman sekarang semer nak main singkat2..baju seteng, suar seteng..otak pun seteng) kata budak (SBB) tu bosan..tapi budak STW tak tahu yg budak SBB pun kata budak STW tu membosankan..apa aku belit ni...

ish..ish..ishhhh (ikut iklan adibah nor)

ckLah @xiiinam said...

Aku tak bosan bertandang ke sini...
Walaupun kau seperti dah bosan bertandang 'ke sinun'!

@tune® said...

aku yg bosan
sgt bosan
amat membosankan

mugiwara said...

paan - bukan xbran weh....tp xde fesbuk~

rozita - betul tu kak!

maksu - wah...slogan baru 'perangai kita, hak kita'

hihi...jangan buat benda2 keji camtu sudah~

tijah - bosan ngan diri sinri tu parah dah tu patne~

atiza - erm...macam cultural gap je kan?

xiiinam - hahaha... bukan tak pergi 'ke sinun' sebab bosan~

sekali sekala singgah juge...

@tune - kau kan banyak benda nak kena buat.
mana boleh bosan~
dh pegi prepare hantaran!

hihihi~

tasekM said...

aku juga seorang yang membosankan. aku rasa lah.



.

kotaklimasegi said...

kengkadang ader jugak time membosankan...
takkan ler everytime happening..

makan pil ecstacy aper?

mugiwara said...

tm - akak rasa bosan je tu...tapi orang tak kata akak membosankan~

arfah - atau belum makan ubat sebenarnya?

hyde said...

nurul pesan : ****l, mintak maap yer, nnti aku blaja memahami ko dengan lebih yer...

aiza pesan : penah ke ko x bosan mugi?penah ke ko ade life mugi? penah ke .. penah ke.. dan penah ke..

hyde : hati dan perasaan, mmg merumitkan (cilok kate2 nurul jap!)

mugiwara said...

nurul, terima kasih ya...
aiza, ko memang siot!
hyde, ko lebih rumit.