Thursday, November 5, 2009

oren~

ini kisah benar.
benar benar terjadi pada aku.

hari tu.
waktu rehat.
aku lepak lepak bawah pokok belakang sekolah. pokok yang besar dan ada jurai jurai akar yang macam janggut troll. kata orang, pokok tu ada penunggu. entah betul entah tidak. kami tak percaya. dan memang selalu aku tunggu kawan kawan di situ. dan memang selalu kami lepak lepak di situ.

biasanya. antara sebab sebab aku lepak lepak di situ waktu rehat dan tak makan di kantin adalah...pertama, cik kapitalis pow duit aku. kedua, aku nak simpan duit buat hantaran kahwin nanti [tipu]. ketiga, aku dapat makan rmt atau rotary [macam loteri ja. kan?] sebab ganti kawan yang tak datang tu.

hari tu.
kawan kawan aku makan lambat pula. jadi, melangutlah aku.
tiba tiba.
ada kakak pengawas datang dan tanya, tak pergi makan ke?
aku geleng kepala malu malu. tunduk kepala.
owh~ skirt dia bawah lutut dan pakai stokin sampai betis dengan kasut putih entah-jenama-apa-entah.
lalu kakak pengawas pun hulurkan botol air dia dan kata, nah. minum air ni.

mencicip sikit dahulu. air oren!
minum beberapa teguk.
air oren itu adalah yang paling nyaman pernah aku minum dan seperti ada serbuk serbuk mejik oren di dalam nya. terasa berada di kayangan.

oh! bukan. terasa berada di sorga~

serius.
ini kisah benar.
benar benar terjadi. tapi ini bukan cerita cinta lah.
jangan fikir yang bukan bukan. budak sekolah rendah mana reti cintan cintun ni~
ini cerita tentang air oren yang sedap di saat menahan dahaga sementara balik rumah akibat duit dipow oleh cik kapitalis.

20 comments:

Rozita said...

sedap sebab, akak tu pakai skirt pendek kan?? mengaku je lah..
org lain bukan tau....akk sorang jerk :)

Rozita said...

sbb akk yg 1st

Fyza d.Hana said...

ada hikmah kerana dipow oleh cik kapitalis.. kalau tak.. tkdela kakak skirt pendek tu nk bg air oren kan.. wakakaka..

Razman said...

sume fokus kat skirt..ko tunduk kepala sbb die pkai skirt kan? pas tunduk ko dongak lak ke ats..btol x?

mugiwara said...

rozita - eh? manade....tak..tak...
kikiki~

rozita - aik? camtu pn bleh? hihi~

fyza - ah! tu macam nk sedap kan hati cik kapitalis supaya tak rasa bersalah je....
ceh! jgn harap!
[gelak syaithon~]

razman - dongak ke atas tu kenapa?
[muka naif. mata kebil kebil]

FARYN said...

ko intai skirt kakak tu yer?
ahhaah

Tijah said...

kehkehkehhh! ntah2 air ketum tu...

sharamli said...

kejam bt0l la cik kapitalis..sian pakwe ku yg s0rang ni...hua3

Aizuddin Jaafar said...

Kau minat akak tu ye.

Kau nak nombor dia? Aku ada ni. Hahaha

ckLah @xiiinam said...

Isk..isk..isk...


......lama tak pakai skirt dah...he..he...

Unknown said...

siapa cik kapitalis? cun tak?

kotaklimasegi said...

kau sellau citer yg kau dibuli kakak kau kan...

ish..ish..ish..

mugiwara said...

faryn - mana ada!! [peluh]

tijah - air ketum rasa oren keh?

sha - kekejaman tu baru sket je tu~
hahaha~

si aiz - betul ke ni? nak! nak!

xiiinam - pakai la skirt labuh :)

fatul - tak langsung!

arfah - kalau dia baca, mampus aku kena belasah~
hahahaha~

puding roti said...

ala cian..tp comel btl awk

mugiwara said...

puding - llki naif mmg slalu kena buli. llki jht mmg rebutan ramai pompuan~

julietchun said...

dia dah celup tgn dlm air oren tu yg rasa sedap sgt,kkakakakka

hyde said...

kompem..kakak tu ialah si misteri nusantara..

mugiwara said...

juliet - takpe...tangan kakak pakai skirt tu takpe..
err...tangan kanan kan?
hahaha~

hyde - haah la weh...dah la tetibe muncul kat bwh pokok~

Aizuddin Jaafar said...

Hahaha. Aku gurau je. =]

mugiwara said...

si aiz - kau telah mengecewakan hati murni seorang budak lelaki yang naif~