Monday, November 2, 2009

peminat~

ada sms dari nombor yang tak dikenali masuk ketika aku mahu ke ani sup utara bangi. memandangkan emak balik ke kampung, aku makan di luar bersama kawan kawan lah.

esoknya aku tanya gdot. mana lah tahu kalau kalau dia kenal siapa tuan punya nombor.
malangnya, dia tak tahu.

kata gdot, agaknya peminat kau kot~

kata aku, cuba baca sms dia.
'kalau kau nak balik sini tu, bawa lah makanan sekali'

kata aku, kau rasa peminat akan hantar sms macam ni?


*****

tak puas hati.
lalu aku sms. dan dapat respon positif dari dia.

aku : salam. maaf ya. tapi ni siapa? [sopan yang plastik]
dia : salam. awak ni akimie kan. saya ni yana.

aik? hari tu dia guna nama panggilan yang aku gunakan dengan kawan sekolah. ni lain pula. dia ni tau semua nama samaran aku kah? [tapi yang pasti akimie tu bukan nama aku atau nama samaran aku]
akhirnya aku balas.

aku : rasa macam tiba tiba dapat amnesia pula.
dia : dah mam ubat belum?

aku syak ada orang sengaja buat prank!
sebenarnya boleh ja kalau nak kata 'owh~ awak salah orang/nombor'. tapi bila tahu dia tu 'yana', terus simpan nombor tu.
ceit!
[ketawa]

15 comments:

sharamli said...

eleh..bkn k0 xlyn ke n0 yg xkenal...

mugiwara said...

kikiki~

jangan bagi aku malu weh~


[ini sume gdot pnye pasal. klau tak cakap cam tu. cis! camane aku leh termakan ngan kata kata camtu! haha~]

Aizuddin Jaafar said...

Perkara ni selalu jadi kat aku.

Tapi aku layan macam aku kenal je. Aku tak kisah.

tasekM said...

sekali jantan mugi. hehehe...

aliaaroslan said...

xde, aku kasi exemption kat ko..

puding roti said...

hihi. ada chemistry blh la lyn. hee

Mak Su said...

hahaha, kalau nama dia Yahya?

k.e.r.i. said...

ko ada tempek no phone ko kat mana2 ni.
sebab tu ramai peminat.

Rozita said...

ish ko nih..
spesis yg sensitif terhadap kaum hawa

famia said...

lelaki memang. kan.
haha.

Fyza d.Hana said...

cube kalau itu sebenarnya "lelaki riang" itu??haaa...

julietchun said...

seronok juge,kekekke

mugiwara said...

si aiz - kesian nanti orang tu...

tm - ok ow~ simpang weh!

julie - eh? boleh ke? hihihi~

puding - tak salah kan? :p ngehehee~

maksu - tidak!!!!

keri - kompem bukan aku tempek [kalau ada]. aku nasihat kat ko. kalau nak kena kan kawan2, sila jangan kenakan dia ngan tempek2 no fon~
kasi can a sket~

rozita - kak, tu tak boleh kira sensitip lagi. boleh ke?

famia - haha~ memang baik...kan?

fyza - apa tu? [garu garu kepala]

juliet - kalo kedit byk, sonok gak...:P

hyde said...

ko xtau..sebenarnya dak2 nie pakat bli 1 no n korek rehsia ko dari cik kapitalis,cik arits sume..

mugiwara said...

hyde - pesal nk korek rehsia aku lak ni!