Tuesday, September 29, 2009

siapa~

di kampung.

bila tengok telefon tangan aku. yaya tanya, abang ngah. ni siapa?
aku senyum, ni abang ngah lah ni~ [tipu budak budak]

bila tengok telefon tangan aku. musa tanya, siapa budak ni abang ngah?
aku gelak kecil, entah. jumpa tepi jalan.

bila tengok telefon tangan aku. dayah tanya, anak siapa ni abang ngah?
aku sengih. ketawa kecil, tak kenal. jumpa tepi jalan hari tu. lepas tu panggil budak tu, ambil gambar dia.


aku rasa aku patut tukar wallpaper telefon tangan aku. juga pindahkan gambar gambar budak budak ke pendrive. sebelum orang cop aku sebagai fidofil atau child molester!

juga mungkin aku patut tukar wallpaper monitor sebab sudah beberapa orang yang keluar masuk ofis mula tanya,
ini anak kamu?

lepas ni aku patut letak gambar aku ketika kecil.
tapi. segan lah pula nanti nak mengaku bila orang tanya,
siapa budak yang super-kawai ni?
[macam tak pernah buat saja]


perhatian: kadang kadang orang boleh salah faham bila kita sangat suka dengan budak kecil.

Monday, September 28, 2009

perut~

dulu.
aku tak belajar biologi. tapi aku pernah belek belek buku biologi. tengok dalam buku rujukan biologi di pusat sumber ada gambar lembu.
lembu dengan perut perutnya.

hari ini.
malas mahu keluar beli makanan. sudah sebulan tak makan tengah hari. kan? kan?
err...sekurang kurangnya aku jawab 'ya'.

hari ini.
tengah hari.
aku suruh che ayien tempahkan mekdi.
aku mahu dua. dua dabelcisbege.

che ayien tanya, beli dua ni. satu lagi untuk siapa?

kata aku, untuk perut lagi satu. satu perut kanan. satu perut kiri.

kata che ayien, si bodoh! perut ada satu. buah pinggang yang ada dua. [gelak]

aku.
buat buat tak dengar.

lembu.
perutnya ada empat. sebab itu asyik menguyah saja kerjanya.

manusia.
ada satu pun macam ada empat!

*****

tadi.
petang. baru lepas balik dari tapak.
kena marah dengan che ayien.
katanya, asyik makan saja.
bila dia nampak aku masih menguyah.

aku jawab, biarlah. budak budak baru nak membesar. kena lah makan banyak.
[tangan buka bekas kuih raya che ayien dan dengan selamba ambil lagi seketul kuih raya]

Saturday, September 26, 2009

pura pura~

pak anjang duduk di kerusi ketika itu. pak chik duduk atas lantai. sebelah kerusi yang pak anjang duduk. pak andak sedang cuba 'mengubat'. ada depan musa dan sepupunya. sudah macam menonton expose mistik secara live pula. masing masing dengan perasaan yang bercampur campur. bukan selalu dan bukan semua orang berhadapan dengan situasi mistik atau ala ala seram seperti itu. jadi, semua orang diam diam saja. biarkan pak andak usahakan apa yang patut patut untuk buang entah apa benda dan masukkan dalam botol.

yam, musa dan sepupunya masing masing berbisik, susah mahu percaya ada benda dalam botol yang nampak kosong itu. dan kemudian diam diam semula. cuak mungkin.

tak lama kemudian, pak chik macam orang naik 'seh' sebelum jerit menyergah! masing masing dah cuak. sepupunya sudah berdiri bulu roma.

musa mahu cakap sesuatu pada sepupunya. tak jadi. tapi kemudian dia hulurkan telefon tangan pada sepupunya dengan mesej
'pak anjang tak terkejut ke tadi?'
sepupunya tengok muka pak anjang. tak ada perasaan. lalu balas.
'atau sebenarnya dia pura pura cool [angkat angkat kening]'

mereka sengih sengih sendiri. dah tak jadi nak rasa seram.

Thursday, September 24, 2009

tanpa tajuk 9~

kutip dari blog aimi.
dia tak suruh buat pun. tapi macam menarik ja.

1-buka http://en.wikipedia.org/wiki/Special:Random petikan rawak pertama dari wikipedia yang kamu dapat ialah nama band kamu. (jika petikan pertama itu pendek, tekan 'random article' dua kali lagi)

2-buka http://www.quotationspage.com/random.php3 empat atau lima perkataan terakhir pada quote [entah apa dalam bm ya? hihi~] terakhir adalah tajuk album kamu.

3-buka http://www.flickr.com/explore/interesting/7days
gambar ketiga, walau apapun ia, itu akan jadi kulit album kamu.

4-gunakan photoshop/paint atau yang serupa dengan nya untuk gabungkan semuanya.

5-hantarkan dengan tajuk 'my debut album' dan tag rakan rakan yang kamu mahu.

hasilnya?

[tahan ketawa]

ini kulit muka depan

ini kulit muka belakang
[sama saja. cuma flip dan tukar font.]


[ketawa]
punya la bersemangat sampaikan aku buat depan belakang walaupun sama saja hasilnya.

aku tak gunakan photoshop atau perisian yang hebat hebat. cuma ubahsuai di powerpoint saja. ringkas. [dan tak kreatif. haha.]

rasa macam kulit buku pun ada. atau album yang berkonsep noir [ada tak?]. kadang kadang juga buat aku terasa macam buat album runut bunyi untuk "breakfast at tiffany's" dengan nama band seperti itu.

tentang tajuk 'it does about the birds' fikir sendirilah ikut imajinasi sendiri. lagipun memang itu pun yang keluar.

tak mahu tag sesiapa. dan tak mahu gunakan tajuk itu.
sebab.
ini saja suka suka. kalau kamu juga mahu suka suka dengan benda benda lagha sebegini, cubalah.

Wednesday, September 23, 2009

tanpa tajuk 8~

amaran: ini adalah entri yang panjang.

Share.

Let others know a little more about yourself, re-post this as your name followed by "ology".
[kalau aku? mugilogi? haha~]
FOOD-OLOGY

What is your fav salad dressing of your choice?
- mayonis

What is your favorite sit-down restaurant?
- mapley

What food could you eat for 2 weeks straight and not get sick of it?
- semua yang manis

What are your pizza toppings of choice?
- pepperoni

What do you like to put on your toast?
- peanut butter, strawberry jam, kaya

TECHNOLOGY

How many television sets are in your house?
- satu

what color of cell phone do you have?
- silver

BIOLOGY

Are you right-handed or left-handed?
- kanan

Have you ever had anything removed from your body?
- rambut, bulu, kuku, misai, janggut, kulup [ketawa]

What is the last heavy item you lifted?
- kenapa tak dapat fikir apa yang aku dah angkat? malas sampai begini rupanya aku ni~ huhu~

Have you ever been knocked unconscious?
- seingat aku tiada
BULLCRAP-OLOGY

If it were possible, would you want to know the day you were going to die?
- tak mahu. bukan berlagak. tapi bagi aku itu lebih mudah.

If you could change your name, what would you change it to?
- dah oke dengan nama ni. lagipun aku ada dah banyak 'bukan nama sebenar

Would you drink an entire bottle of hot sauce for $1000?
- terima kasih sajalah~

DUMBOLOGY

How many pairs of flip flops do you own?
- dua. satu di opis. satu di rumah.

Last time you had a run-in with the cops?
- kosong. [mengepak ngepak sayap sambil lingakaran bulat berwarna kuning menyinar atas kepala]

Last person you talked to?
- rakan sekerja.

Last person you hugged?
- budak kecil comel yang ditemui di tepi jalan, bersiar siar bersama ibunya.
FAVORIT-OLOGY

Season?
- luruh

Holiday?
- asalkan namanya cuti, siapa tak suka~

Day of the week?
- hari hari

Month?
- setiap bulan

CURRENT-OLOGY

Missing someone?
- diri aku yang baik lagi naif.

Mood?
- berubah ubah dan bercampur campur.

What are you listening to?
- bunyi kipas.

Watching?
- skrin monitor, komputer

Worrying about?
- macam mana nak sembunyikan rahsia besar aku.

RANDOMO-LOGY

First place you went this morning?
- bilik air

What's the last movie you watch?
- dah lupa. kali terakhir adalah bulan lepas.

Do you smile often?
- sokmo

QUESTIONS

1)Do you always answer your phone?
- tidak jika nombor tidak dikenali

2) It's four in the morning and you get a text message, who is it?
- sms automatik dari maxis [ketawa]

3) If you could change your eye color what would it be?
- coklat yang lebih terang. [aduh! sangat tak bersyukur aku ni~]

4) What flavor do you add to your drink at Sonic?
- ar? [nganga sambil kebil kebil]

5) Do you own a digital camera?
- tak. pinjam cik kapitalis saja.

6) Have you ever had a pet fish?
- aku. tak. abah. ya.

7) Favorite Christmas song?
- i'wont be home for christmas oleh blink 182

8) What's on your wish list for your birthday?
- tak pernah buat pun. kena mula buat lah nampaknya.

9) Can you do push ups?
- dengan susah payah.

10) Can you do a chin up?
- dengan susah payah juga.

11) Does the future make you more nervous or excited?
- dua dua. lebih kepada teruja.

12) Do you have any saved texts?
- ada. jika masih baru diterima.

13) Ever been in a car wreck?
- tak pernah. tak pernah ada kereta.

14) Do you have an accent?
- tak sedar pula. rasanya tak ada.

15) What is the last song to make you cry?
- erm...kena fikir dengan lebih lama.

16) Plans tonight?
- tidur.

17) Have you ever felt like you hit rock bottom?
- selalu juga.

18) Name 3 things you bought in the last week
- tiada. [sungguh penjimat!]

19) Have you ever been given roses?
- ada.

20) Current worry?
- rujuk sebelum ini.

21) Current hate right now?
- gaduh gaduh, perang perang, sifat mazmumah.yang paling utama syaithon!

22) Met someone who changed your life?
- semua orang yang aku jumpa.

23) How did you bring in the New Year?
- dengan perasaan 'ah! apa kemajuan aku tahun lepas ya?'

24) What song represents you?
- can't smile without you oleh the carpenters. [main petik ja sebab itu yang teringat tiba tiba]

25) Name three people who might complete this?
- obama, bin laden, khir toyo

26) What were you doing at 12 AM last night?
- tidur

27) What was the first thing you thought of when you woke up?
- boleh sambung tidur tak?


perhatian: maaf. aku tidak terjemahkan dan tak pula italic kan yang mana bukan bahasa melayu. juga enggan gunakan tajuk seperti yang disuruh.
ini entri terjadual. dan ini adalah daripada nicology yang entah berapa kurun aku patut siapkan. maaf kerana lewat.

Friday, September 18, 2009

tanpa tajuk 7~

memandangkan musim raya sudah menjelang. maka hasrat untuk update haruslah kurang. maka, awal awal lagi aku buat entri terjadual. ini untuk langsaikan hutang hutang yang mana yang aku ingat. kalau aku lupa, tolong ingatkan ya?

julie^beth dan aimi a.z
A) Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie...
1. kawan yang baik
2. pantas berfikir
3. seolah olah superwoman [tak exaggerate kan?]
4. ada master ketika aku belum ada [agak cemburu juga]
5. mastermind [ini betul betul exaggerate. kikiki~]

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yang seterusnya.

fakta
1. kura kura yang mid hadiahkan dah hilang [ke sebenarnya mati ya?] sebab aku tinggalkan di rumah sementara aku pula di kolej.
2. aku panas baran ketika sekolah rendah. tapi lama lama sudah tawar sendiri baran tu.
3. bila diam tak mahu bercakap mahupun senyum, tanda aku marah tahap maksimum. kadang kadang boleh meleleh air mata dengan sendirinya.
4. dulu. pernah ponteng solat jumaat walaupun sudah kena seret dengan kawan kawan sampai depan pintu masjid. dulu. [insaf~]
5. suka duduk tepi tingkap bila naik bas, kapal terbang atau di restoran restoran.

hobi
1. makan makanan yang manis
2. baca buku, majalah, surat khabar, manga dan bahan bacaan yang sesuai.
3. tonton movie, anime, drama dan bahan tontonan yang sesuai.
4. maut turun lagu dan anime.
5. tidur pada bukan masanya.

Anda perlu memilih 10 penerima award yang seterusnya dan describe tentang mereka

cuba lihat 'kongsi harta' di sebelah kanan blog. jika anda sepuluh teratas silakan ambil.
disebabkan tak tahu siapa, maka terserahlah empunya diri describe tentang diri sendiri.



julie^beth
B) Instruction: Go to your photos folder in your computer. Go to the 6th folder of photos. Go to the 6th picture in that folder. Put the picture on your blog and a description of it. Invite 6 friends to join the challenge. Link them in your blog and let them know they have been challenged

ini gambar di site. aku belum join site ini lagi waktu ini. ini gambar dari orang orang yang dah meninggalkan kami. secara umumnya boleh kita lihat satu jentera, beberapa pekerja dan kerja kerja pemasangan re wall [sedang pasang geotextile blanket].

[itulah. siapa suruh guna komputer pejabat!]

tak tahu mahu paksa siapa.

perhatian: aku malas mahu terjemahkan.


Thursday, September 17, 2009

sambut~

che mon terbelek belek senarai cuti tahunan yang digazetkan untuk ofis kami.

aku kerut dahi. dan tanya, belek apa tu?

tak~ ni ha. tengok cuti deepavali bulan depan. kata che mon.

aik? raya sendiri pun belum sambut, dah nak sambut raya orang [baca: enchek pengawas] pula dah.

che mon gelak.



perhatian: tak sabar sabar nak sambut syawal. selamat menyambut aidil fitri buat semua. maafkan salah dan silap aku sepanjang kita berkenalan.
duit raya jangan lupa pos ya~

entri selepas ini dan sepanjang aku bercuti seminggu adalah entri auto-publish

Tuesday, September 15, 2009

ro*ak~

dulu.
pernah aku terbaca tentang me*in taip ro*ak dalam majalah ma*tika.
apa yang dapat aku *impulkan adalah ianya menggambarkan hidup yang tak lengkap jika ada *alah *atu dalam eko*i*tem kehidupan itu lumpuh atau tidak berfung*i.

*ama lah juga jika me*in taip ro*ak. walaupun cuma *atu huruf *aja yang tak lengkap, *eluruh makna terganggu.

jika kita prihatin dengan *audara kita yang kurang berna*ib baik, yang kurang upaya, kita patut bantu ringankan ma*alah mereka. *ekurang kurangnya faham dengan *itua*i mereka. bukan mengeji, mengutuk, menghina.

cuba gambarkan dalam ma*yarakat pula. jika ada di *e*atu tempat yang 'bu*uk' lagi 'membu*ukkan', *eluruh ma*yarakat akan terpalit dengan ma*alah yang *ama dan *itua*i akan bertambah buruk jika tiada orang ambil tahu.

zakat *ebenarnya boleh membantu *eluruh ma*yarakat *ejagat untuk memba*mi keadaan ini dari berlarutan.


perhatian: atiqah, aku faham huruf 's' pada kibod kau keras. jadi aku maafkan setiap kali kau tertinggal 's' bila nak kata 'manis' waktu kita ym tempoh hari. [blushing~]

Monday, September 14, 2009

kad~

hari tu.

aku ada nampak kad bersampul atas kerusi. pelik. sebab tak bersetem. maka, aku tak jadi nak syak itu adalah kad raya.

aku buka.
rupanya kad jemputan walimatul urus untuk majlis bulan depan.
rupanya kawan sekelas aku masa darjah empat.
rupanya ketua kelas yang pernah kena giget dengan aku ketika aku mengamuk bagai orang gila disebabkan hal budak budak yang remeh temeh masa dulu.
[ketawa]




dah nak kawen dah kau ya, berahim~
tahniah.

Friday, September 11, 2009

tabiat~

dulu.
masa kecil kecil. masa baru mahu belajar puasa, kawan kawan selalu takutkan. kata mereka puasa batal kalau buat itu, kalau buat ini.

ya.
tabiat aku dulu memang suka gigit kuku. serius bukan korek telinga atau pun hidung. serius. kadang kadang tak sedar gigi dah ratah ratah kuku. kalau bukan kuku, dah berbekas hujung pensel kena gigit. bila tak puasa, hujung penyedut minuman tu memang hancur kena gigit. macam buat senaman gigi saja.
memang.
memang buruk lagi huduh rupanya buat macam tu. tapi, kata pun dah tabiat yang sukar dikikis.

sekarang.
aku sudah boleh kawal diri. tak lagi gigit gigit kuku. tapi...
tapi kan.
kalau tabiat calit calit jari kat lidah sebab nak basahkan jari supaya boleh selak selak document bertimbun atas meja satu per satu dengan mudah, boleh membatalkan puasa tak?

bukan.
ini bukan aku. sungguh!
ini ialah penolong enchek bos [kita namakan saja enchek pengawas]. dia memang selalu buat macam tu bila selak selak tender document. serius~



tapi enchek pengawas tu hindu.
[tahan gelak]

Thursday, September 10, 2009

bakar~

semalam.

pagi pagi lagi dah dapat sms dari aiza.
risau juga. mana tahu ada berita tergempar atau apa apa yang terjadi. [otak memang cepat saja nak fikir yang tak elok!]


tapi lain pula rupanya.
katanya [dalam sms dan tentu nakama lain juga sudah terima],
hai semua! pagi!
sementara menunggu pinangan putera/puteri raja, marilah kita bekerja kuat dan bersungguh sungguh!
minna! ganbate ne!

cait!
pagi pagi lagi sudah berangan~
berapi juga bila pagi pagi orang bagi sms macam tu. lagi pula emosi belum betul betul stabil. kejap panas, kejap sejuk.
tapi kemudian aku senyum.

lalu aku balas,
baiklah!
ayuh!
[ketawa]

sebab.
boleh juga dibuat pembakar semangat untuk bekerja pagi pagi ketika mood berada dibawah paras normal. sekurang kurangnya hari aku telah dimulakan dengan kegembiraan. [senyum]
terima kasih, aiza~

Tuesday, September 8, 2009

sorga~

aku.
sejak makan puding roti menara, aku sudah tertawan dengan manis dan lemaknya puding roti. rasa tak puas kalau makan sepotong saja. rasa rasa mahu makan satu dulang! [tamaknya orang puasa ni~]

hari tu.
berbuka puasa dengan kawan kawan, ada juga puding roti. tak payah disuruh suruh. pantas saja aku pergi kaut puding roti dan tambah kuahnya. tambah banyak banyak baru sorga. itu kata hati aku lah.

tapi.
masih tak cukup sorga jika nak bandingkan dengan puding roti menara. rasa rasa macam nak bekerja sambil menuntut ilmu buat puding roti di menara saja saat ini! [bersungguh kononnya]. semacam ada rahsia dalam resepi menyediakan puding roti sorga tersebut. erm...

nanti.
nanti nantilah. mungkin lepas raya. aku mahu suruh siapa siapa [kalau terpaksa, aku akan paksa mana mana budak junior baru masuk] untuk smuggle puding roti dari menara!


Monday, September 7, 2009

harap~

kata addy pada aku,
hari baru selalunya akan memberikan harapan yang baru.
moga kau akan jumpa apa yang kau cari

katanya bila aku keluh pada diri.
dan berkata;
kasih yang sudah padam,
sayang yang telah hilang,
rindu yang kini jemu,
cinta yang lama mati,
aku harap aku dapat mereka kembali~
insyaALLAH~

[seolah olah aku pernah rasai sebelum ini]

aku belum putus harap pada Tuhan. sekurang kurangnya aku masih yakin Tuhan tidak akan membebani aku dengan apa yang aku tidak mampu.
[itu yang selalu aku ingatkan pada diri]

perhatian: kenapa hari ini aku emosi? period? [salah satu kajian kes apabila cuti tidak seragam di seluruh mesia~]

Friday, September 4, 2009

dalam baju~

amaran: ini bukan cerita fasal katak puru dalam baju atau sekuntum bunga cina dalam baju lah!
bagi yang sensitif, berhenti saja di sini.

*****

aku rasa tak selesa betul tengok lelaki berbadan gempal dengan dada yang berhayun hayun sambil berjalan atau lelaki berbadan sasa dengan dada tegap [erm? tegap?] jalan mendabik macam ayam jantan.


selalu sangat aku nampak [jika tambahkan 'ter' lebih afdhal] mereka mengenakan baju kemeja nipis atau jubah/baju melayu putih.
tak selesa sungguh!
lagi lagi jika yang menampakkan dua tona warna bertompok dua yang nyata berbeza. dan lagi, jika berpeluh!


[keluh]

lalu,

aku pun fikir, lelaki pun harus pakai baju dalam.

hey!

jangan fikir yang bukan bukan!
baju dalam yang aku maksudkan itu ialah singlet. bukan bra!
itupun kalau tak selesa pakai t-shirt di dalam.

perhatian: ampunkan aku. ya, ALLAH! kerana aku fikir yang bukan bukan di bulan ramadhan ini~

Wednesday, September 2, 2009

baju melayu~

tak sangka rupanya abang la dah maju ke hadapan. aku saja yang tak tahu id ym dia.

hari tu katanya [di ym] nak pergi ke jalan tunku abdul rahman [tar] mahu window shopping. katanya lagi, tempat kerja dan jalan tar cuma lima minit perjalanan.
aku cuma 'ooo~' dari jauh. [cemburu juga]

aku: boleh tolong survey kan aku baju melayu?
aku: tengok ada tak pesen pesen baru.
dia: baju melayu pun ada pesen juga ke?
dia: nanti aku tengok tengok kan.

bila dah balik semula, terus aku tanya. rupanya dia tak sempat survey sebab singgah pejabat pos lama.

dia: bajet kau berapa?
aku: 50 saja.
dia: kalau 50 tu dapat baju sahaja lah.
aku: oke lah tu~
aku: daripada dapat seluar saja. [ketawa]

serius. haru juga jadinya kalau dapat seluar saja.