Tuesday, September 29, 2009

siapa~

di kampung.

bila tengok telefon tangan aku. yaya tanya, abang ngah. ni siapa?
aku senyum, ni abang ngah lah ni~ [tipu budak budak]

bila tengok telefon tangan aku. musa tanya, siapa budak ni abang ngah?
aku gelak kecil, entah. jumpa tepi jalan.

bila tengok telefon tangan aku. dayah tanya, anak siapa ni abang ngah?
aku sengih. ketawa kecil, tak kenal. jumpa tepi jalan hari tu. lepas tu panggil budak tu, ambil gambar dia.


aku rasa aku patut tukar wallpaper telefon tangan aku. juga pindahkan gambar gambar budak budak ke pendrive. sebelum orang cop aku sebagai fidofil atau child molester!

juga mungkin aku patut tukar wallpaper monitor sebab sudah beberapa orang yang keluar masuk ofis mula tanya,
ini anak kamu?

lepas ni aku patut letak gambar aku ketika kecil.
tapi. segan lah pula nanti nak mengaku bila orang tanya,
siapa budak yang super-kawai ni?
[macam tak pernah buat saja]


perhatian: kadang kadang orang boleh salah faham bila kita sangat suka dengan budak kecil.

18 comments:

sharamli said...

k0 patut letak pic ku la..

nnt bila yaya..musa..dayah tny..

k0 ckp..akak ni cun sgt..sbb tu abg ngah jdikn wallpaper..

hua3

arfahadnan said...

super kawai?
kau biar betul..

cuba show off sikit..
nak bandingkan..
antara aku dengan kau mana lagi super kawai..

huahuahua..

arfahadnan said...
This comment has been removed by the author.
arfahadnan said...
This comment has been removed by the author.
sya said...

"siapa budak yang super-kawai ni?"
super sgt kee?? :))

eeee budk2 semak!!x skee!!
nak2 yg gedik tu...yek!yek! =)

puding roti said...

pedulikan yg salah phm. sbnrnya penyayang. kebapaan. kawen cepat. heh

mugiwara said...

sha - kau? terima kasih sajalah~

arfah - kau macam teruja nak tengok ke-super kawai-an aku je~
haha~

sya - super! [buat gaya franky]
budak budak bukan gedik. tapi kalau gedik, kasi giget kat tinge~
haha~

puding - [gamam]
perlu ke sampai begitu?
[kebil kebil]

Mak Su said...

mugiwara patut bukak nursery, jaga budak2 kecik :)

Rozita said...

ko letak je gamba doraemon
semua budak2 kenal

julietchun said...

jgn bebudak tu sangka ko lelaki kucing sudahlah,hahahaha.

mugiwara said...

mak su - kalau tak fikir budak budak tu nak kena bagi makan, basuh berak. memang dah buat dah~
haha.

rozita - doremon tu tak comel langsung!

juliet - eh. bukan. bukan. tengok sekali tak sama. tengok dua kali lagi tak serupa. dengan lelaki kucen tu~
haha.

tasikmerah said...

alah comelnya kamu mugi...

he he.

k.e.r.i. said...

solution : kawen dan cepat2 buntingkan bini kamu.

Kejora Yg Malap said...

ciri-ciri kebapaan sudah terserlah..bila lagi mau tamat zaman single? ahakss

atiza said...

uiks..macam ada bau nasik minyak jer kat dalam blog ni..

bila buat kenduri kawin nanti, jangan lupa jemput akak ek?

mugiwara said...

tasik - [pipi merah merah]

keri - hampeh kau!

kejora - tak semestinya~

atiza - entah bila tu...hihihi~

hyde said...

huarghhh (nguap tahap naga)
lalalalala...

mugiwara said...

dushum!!! [penumbuk tahap naga!]