Thursday, July 30, 2009

awek~

aku sebenarnya tak sampai hati nak cerita.
tapi fikiran aku jadi tak tenang pula.
ditambah lagi dengan suara nas dan bebi saling bertingkah seperti gema.
'ceritalah~ ceritalah~~ceritalah~~~'

cerita pasal kerol.
hari tu,
dia teruja nak cerita pasal ada tiga orang awek yang (cuba) mengurat dia.
erm...tempat?
kejap.
erm..di resipi rahsia agaknya.


alah...kena ngurat dengan awek pun kena teruja begitu kah?
ya. aku sedar belum ada awek mengurat aku. aku sedar. jadi aku biarkan sajalah dia bercerita.
katanya, mula mula yang seorang tu bertanya, 'baru balik dari gym kah?'
reaksi dia?
aku tak sempat nak kejar jalan cerita seterusnya.

tapi. aku paling ingat satu ayat ini.
[aku kena sediakan plastik. bagi sesiapa yang lemah semangat, sila sediakan plastik di sisi anda juga.]
dia cerita, "awek tu cakap 'patutlah badan lawa~' kat aku"
perasan habis~
kemudian dia sambung.
oke. ini adalah penting, "tak sia sia usaha aku selama ni,"
terus. aku buat muka 'baiklah-kerol'~

oke. aku bukan cemburu. ini serius. awek awek tu jenis yang fizikalistik saja~
patut dijauhi...
kerol. kau jangan terpedaya. itu semua hasutan syaithon. kita jangan bagi syaithon menang. betul tak kawan kawan?

Monday, July 27, 2009

hero~

semalam. ahad.

pagi baru aku balik rumah sebab sabtu malam tu pergi makan steamboat sampai kekenyangan. kemudian sambung dengan aktiviti lagha, sendirian, sehingga jam tiga pagi.
sungguh kupu kupu malam. kan?

sampai rumah terus berebut akhbar minggu dari cik artis. aku tengok dia belek akhbar utama.
pelik ni!
aku tanya, 'dah baca yang ini?' sambil tunjuk sisipan hiburan.
katanya, 'dah~'
huh! patut lah belek akhbar utama.

sementara nak tunggu dia habis belek akhbar utama yang dia tak berapa nak baca sangat tu, aku belek belek sisipan hiburan.
owh. ada mamat bionik. dan terkejut aku tengok tarikh lahir.
spotan aku kata,"eh, muka pakcik dia ni!"

cik artis pandang aku lalu berkata,"mana ada! baru...[mengira dengan jari] ha! baru 23 tahun~"
amboi~ pantas betul mengira kali ni. dengan tepat pula tu. jarang jarang berlaku kes begini terhadap dia.

aku jawab, "yalah...umur baru 23 tahun tapi muka macam pakcik pakcik."
cik artis tarik muka. entah apa yang tak puas hati.

petang tu cik kapitalis pula belek sisipan tu.
"eh? nampak macam muka orang tua si bionik ni."

cik artis marah, "mana ada tua. dia baru 23 tahun lah,"
cik kapitalis sahut,"amboi...marah benar. tak boleh orang kutuk hero dia,"
aku saja tiup api,"hah! tengok, tak percaya. bukan seorang saja yang cakap dia muka pakcik tahu!"

Saturday, July 25, 2009

main air~

"siapa dalam tu? lamanya,"

tu suara puan siti tu. aku cam benar.
aku tak berani keluar. ingatkan nak tunggu mereka selesai dulu, kemudian baru keluar. tapi terdengar pula gelak ketawa perempuan lain.
ah! sudah~
angkatan kedua dah masuk!

tak lama lepas tu. ada perempuan bersuara. itu ketua angkatan kedua yang bersuara. aku yakin.
"siapa dalam ni? dari tadi tak keluar keluar."

aku.
aku buat tak tahu. diam diam dalam tu sambil main main air. jirus sana. jirus sini. tanpa bersuara. selalunya ada orang jirus jirus sambil nyanyi nyanyi. kan?
lagu air pasang malam lah yang selalunya. ada lagu lain?
aku diam diam saja.

kemudian perempuan lain sambut,
"entah. agaknya lelaki. tak? cuba ketuk."

ketua angkatan kedua tak ketuk tapi bersuara.
"siapa yang kat dalam ni? cepat cakap. kalau tak kami pecahkan pintu"

ceh! ingat aku cuak? pintu ni harta awam. mana boleh suka hati nak pecah pecahkan.
aku diam. kali ni besarkan air. buat air pancut.
lagipun mana boleh bercakap dalam tandas~

ketua angkatan kedua macam tak puas hati. tak ada respon.
"oke. kalau kau perempuan ketuk sekali. kalau lelaki ketuk dua kali"

aku.
aku tahan gelak. kemudian ketuk dua kali.

dan.
mereka mula jerit jerit. cari tuala nak tutup kepala.


ceh! tandas lelaki tu sepatutnya dibaiki. atau jangan pilih tempat ni untuk berkhemah lepas ni~
dan. aku kena cari orang bawahan yang boleh diharap untuk cover line lepas ni. baru sekejap aku masuk tu~



perhatian : aku dah minta maaf pada puan siti, pegawai pengiring kami. habis reputasi aku. gagal shortlisted untuk jadi menantu beliau lah nampak gayanya~

Friday, July 24, 2009

tugi~

kala zaman sekolah. kalau tak ada satu kumpulan yang suka mengejek dan memberi nama pada orang lain, memang tak sah jadi murid sekolah. apalagi nak jadi pailang terkenal di sekolah.

kawan kawan sendiri pun nak diberi gelaran. tapi yang hairan kawan yang terkena tu terima dengan tabah dan pasrah. (lagu era pajira berkumandang~)

mula mula aku pun tak tahu dari mana datangnya panggilan 'tugi'. kemudian baru aku tahu.
rupa rupanya, semuanya sebab gigi mancung dia tu.
cuba tengok cerita pendekar bujang lapok. hantu yang nak tiup trompet. hantu gigi mancung. itu hantu gigi lah. kan?

disebabkan 'hantu gigi' adalah nama yang tak komersial, mereka ubahsuai kepada 'tugi.
kelakar. aku pun tertawa sama. tapi kemudian buat aku fikir semula.
fikir aku, tak baik buat begitu. seperti menghina kejadian ilahi.

tapi.
kata mereka, kami tak main 'mak bapak' pun kira sudah bagus, tahu.
dasar pailang~

perhatian : nyaris nyaris sama dengan nama aku.
nasib lah 'mugi'~

Thursday, July 23, 2009

berantai~

"magical message!!
its called mind reader.
send it to 6 peoples (not me) then go to your inbox and press # and it will say your lovers name.
try it. (its not a joke)"
sms ni masuk hari tu. lama dah.

tak tahu dari siapa. nombor yang aku tak kenal.
masa tu aku tengah angin sikit. sebab banyak pula mesej dengan unsur unsur greetings, pranks dan yang serumpun dengannya, tiba tiba menderu deru masuk.
sudah lah aku memang tak berapa gemar dengan mesej atau e mail berantai macam ni.

lalu aku pun balas sms di atas.
"ok. lu kasi try dulu.
lepas lu try, lu kasi tau wa. apa lu dapat!"
[sila baca dengan intonasi sarip dol untuk kesan yang lebih memberansangkan]

kemudian.
bila angin ribut dah reda. aku cari senarai nombor telefon orang orang penting. masukkan dalam telefon baru.
oh ya! rupanya aku guna telefon baru. lepas ni boleh periksa siapa yang hantar mesej banyak banyak tu~

kemudian.
aku mengucap panjang.
bersandar. [berdebar debar juga]
habislah aku~

aku balas sms tu dengan ayat rupa itu pada senior aku!
entah macam mana aku nak berhadapan dengan beliau lepas ni. [keluh]
erm..aku lupa pula. entah aku dah minta maaf ke tak lagi?

Tuesday, July 21, 2009

minda kompleks~

setakat ni sudah tiga orang perempuan (ala~ baru tiga orang)

setakat ni baru tiga orang perempuan yang sebut ayat ni pada aku. lebih kurang begini lah bunyinya.

'kita selalu harap lelaki tu faham dengan kita tapi lelaki ni macam tak faham saja. atau pun mereka ni sebenarnya spesis yang suka buat buat tak faham saja?'
[ada penambahan dan pengurangan perbendaharaan kata di situ]


kata aku kepada salah seorang daripada mereka. lebih kurang begini bunyinya.

'agaknya semua orang perempuan akan fikir begini terhadap lelaki ya? yang aku tahu. great minds think alike. i never know that women mind also thinks alike.'
[that statement does not prove women have a great mind. no offense.]

kata aku lagi yang lebih kurang begini bunyinya.

'mula mula aku fikir perempuan ni dijadikan dengan cukup kompleks. rupa rupanya, perempuan cuma meng-kompleks-kan keadaan saja. patutlah kaum perempuan suka pada kompleks membeli belah.'
[agak kasar bunyinya kan?]

lalu kami mengakhiri perbualan dengan mengucapkan selamat.
'selamat pulang. manusia kompleks~'
'bye. manusia tak kompleks~'


perhatian: kerja tuhan siapa tahu.

Monday, July 20, 2009

mak kata~

mak kata, nyawa manusia ni dah murah sangat. macam tak berharga pun ya juga.
- orang dibunuh bermacam macam cara. dikerat, disembelih, dibakar, dibom pun ada~

mak kata, perangai manusia ni kalau nak bandingkan dengan haiwan, haiwan tu lagi penyayang.
- kucing pun tahu jaga anak. tak kira siapa bapanya. manusia ni, walau dah ada panduan hidup, bila tersadung terus tak mahu bangun. sanggup bergelumang dan menambahkan lumpur seluruh tubuh.

mak kata, manusia sekarang tak tahu hargai hidup. tak sayang nyawa.
- selalu membahayakan diri di jalan raya. telan 'gula gula' yang membunuh jiwa. tuala pun jadi lah buat merenggut nyawa.

mak kata, tak kira duduk mana pun kita, belum tentu kita selamat dari perbuatan buruk manusia lain
- keluar rumah, kena ragut. kena rogol. kena sodom. berkurung di rumah, kena rompak. kena kelar. kena bunuh.

mak kata, manusia sekarang hidup makin tak bermaruah.
- perempuan tak kenal apa yang buat mereka jadi bermaruah. lelaki juga dayus, tidak mampu jadi pembela maruah. entah apa jadi dengan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. pernah aku dengar orang bijak pandai berkata, negara yang baik wujud dengan adanya ibu yang baik.

mak kata, penyakit sekarang muncul yang pelik pelik
- macam manusia itu sendiri yang cari penyakit. sebelum ini mana pernah dengar orang kena penyakit pernafasan akut. atau penyakit tumor otak. sekarang B1N1 pun orang takut~


tiba tiba. aku rasa aku patut beli buku 'indahnya hidup bersyariat' yang kami belek di mph hari tu~
ia mampu dimililki semua orang.
ayuh beli~

perhatian: tapi setakat beli saja, belum tentu menjanjikan apa apa.
[pesanan khas buat diri sendiri]

Monday, July 13, 2009

bukan ah long~

faiz.
teman sebilik aku dahulu bercerita. ceritanya, dia ditipu oleh kawannya yang mahu pinjam duit. banyak juga. kemudian kata pada aku. sepatutnya dia bawa jumpa orang yang mampu beri bantuan. jabatan kebajikan contohnya. walaupun kita tak tahu apa polisi yang akan jabatan kebajikan kemukakan, sekurang kurangnya ada usaha untuk tolong. bukan?

dan.
sesiapa yang nak pinjam duit aku, aku tak ada masalah. tapi itu pun kalau aku bukan tengah sesak nak guna duit lah.
jadi, bukan lah aku nak berlagak atau kedekut. aku cuma tak boleh pinjamkan.
ok. sekali sekala memang aku kedekut. itu perlu. supaya, bagi aku, orang tak mudah nak ambil mudah pada aku.

syarat syarat nak pinjam duit mudah saja. bayar bila ada duit.
aku bukan lah kejam sangat. bukan lah arlong (rujuk one piece).
tapi aku tengok ada juga yang ambil kesempatan. boleh beli barang mewah tapi duit pinjam tak mahu bayar (hutang tu nampak kasar kan?).
itu yang geram tu!

ada orang. pinjam duit untuk seronok seronok. ini memang aku tujukan khas untuk pelajar yang buat pinjaman. dapat biasiswa juga bukan alasan untuk beli barang bukan keperluan. (maaf kalau terlalu kasar.)
ya. gunakan duit untuk keperluan bukan kemahuan.
itu yang kita (kita ni termasuk aku juga) susah nak bezakan.
si boros!

ada seorang mak cik. dari ofis sebelah. kadang kadang memang rajin datang bercerita dengan che' moon di ofis kami. mak cik tu aku rasa sungguh joyah.
katanya beri nasihat, kalau nak bagi orang pinjam duit boleh. tapi pastikan apa yang mahu dia lakukan dengan duit itu. jangan beri pinjam kalau dia mahu buat pembedahan plastik.

aku fikir, logik juga. nanti katanya, i rasa u salah orang lah. i bukan shamsul. i shamsiah~

perhatian : maaf. nama nama itu cuma sebagai contoh saja. jangan ada yang berkecil hati ya!

Sunday, July 12, 2009

bersenam walau di mana anda berada~

hari tu.
tiba tiba nampak aiza online ym ketika waktu-kerja. pelik juga. setahu aku, polisi peribadi dia (agaknya) ketika bekerja tak boleh ym. bila dia dah online, aku pun ambil kesempatan sembang sembang dengan dia.

tiba tiba dia nak undur diri dari arena ym seketika.

aiza: weh!
aiza: aku nak pergi makan lah...lepas tu tidur kejap

aku: eksesais weh!
aku: eksesais!

aiza: ok. ok. nanti aku jogging dalam toilet.

nas.
kau tentu dah dapat agak dia tengah maksudkan siapa kan?

aku.
tak dapat tahan gelak.
nasib baik enchek bos tak ada dalam ofis.

Friday, July 10, 2009

dunia selari~

aku ada dengar orang kata. juga pernah terbaca. tentang dunia selari.
ada pendapat mengatakan dunia selari akan dapat dihubungkan dengan dunia kita melalui cara cara tertentu atau pada masa masa tertentu.

dalam televisyen juga banyak cerita mengenai dunia selari. juga penjelajahan masa. yang paling aku suka adalah 'back to the future'. masa tu kecil lagi. jadi, macam macam perkara yang aku angan angan kan. antaranya...

erm~ aku bertukar fikiran. tak mahu cerita.

ya. doraemon juga aku suka. tapi emak selalu mengomel. cerita doraemon ni tak elok budak budak tengok sebab nobita tu pemalas!

dulu ada siaran metrovision. selain 'la femme nikita' dan 'sabrina the teenage witch', aku suka cerita 'spellbinder'. syiok tu~ lebih adventure daripada 'back to the future'.

mesia pun ada juga cerita tentang penjelajahan masa. 'xx-ray 2' contohnya. tapi asyik asyik hang tuah. sikit sikit cerita pasal hang tuah. cari lah orang lain pula~

ada juga orang kata, kalau kita tak bernasib baik kita akan masuk ke dunia lain di sebalik asap tebal. dalam cerita hantu, kes kes begini memang tipikal.

dulu. semasa balik dari kerja, seperti biasa aku ikut jalan lebuhraya kesas. pastilah menggunakan laluan sikal.
sampai saja di kawasan rehat awan besar, aku nampak asap berkepul kepul di depan. walaupun sedikit risau, aku masih kekalkan tahap kelajuan. otak cuba tak mahu berfikir bukan bukan. dan sebaik saja masuk ke dalam kepulan asap tu, aku terasa aku sudah berada di sempadan dunia lain. otak aku seakan akan dibrainwash.

bau sate kajang memang buat aku tak fokus dengan dunia sebenar. jadi, sampai rumah saja aku terus tanya ahli ahli rumah yang mahu temankan aku beli sate~

Wednesday, July 8, 2009

lari dari rumah~

bila abah naik angin, bukan cik kapitalis saja yang takut. aku juga risau kena tempias. walaupun yang banyak makan penangan abah ialah cik kapitalis.
aku comel. abah tak sampai hati nak tangan tangankan~

bila abah naik angin, cik kapitalis mula cari idea nak lari dari rumah. tapi hari tu aku rasa pelik. abah tak naik angin pun. kenapa cik kapitalis ajak aku lari dari rumah?

kata cik kapitalis dengan ayat mengumpan yang biasa,
dik, jom kita keluar. kita lari pergi rumah mak lang. nak?

aku berat hati sebenarnya. tapi cik kapitalis guna umpan besar kali ni.
dik, nanti kita boleh minta mak lang beli eskrem dramstik.

ini ayat yang buat aku kalah. jadi, aku pun setuju lari dari rumah bersama sama cik kapitalis. pergi rumah mak lang yang 'jauh' tu dengan berjalan kaki. bila sampai rumah mak lang, dengan muka keletihan, kami dapat eskrem dramstik seorang satu!

petang tu, abah dapat tahu kami lari ke rumah mak lang. entah siapa yang bocorkan rahsia. tahu lah rumah mak lang tu selang dua baris saja jauhnya dari rumah kami~

tapi kami balik dengan gembira. dapat eskrem dramstik! yay~
abah nak bagi tazkirah ke apa ke, dah tak dengar dah. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.


perhatian : bila kami dah besar ni mak lang akan sering cerita kan semula. lepas tu katanya, budak budak ni tahu saja mak lang dia baru dapat gaji.
aku pandang cik kapitalis saja lah. pasal duit memang hidung dia cepat bau~

Monday, July 6, 2009

pop kuiz~

hari tu.
saja saja lah nak buat pop kuiz konon konon nya.
soalan ditujukan kepada cik artis-karpet-merah (selepas ini dipanggil cik artis) yang berbunyi,
mengapa surah al-lahab tu diturunkan?

cik artis dengan separuh yakin dan separuh gemuruh menjawab,
aarr...sebab pasal abu lahab dengan abu lahib!

cik kapitalis sudah ketawa besar. cik ratu dangdut (selepas ini dipanggil cik botani - aik? jauh perginya?) pun sudah tak dapat simpan gelak.
aku.
aku kesian nak ketawakan dia. tapi memang tak boleh!
aku ketawa paling kuat. rasanya~

tak tahu mana datang nya jawaban abu lahib tu.
kata cik kapitalis, ingat ni cerita tiga abdul?

sebab pasal abu lahab dengan abu lahib!

dengan muka naif separuh yakin separuh gemuruh tu, buat kami tak sampai hati nak marah. alahai~ cik artis ni.

perhatian : off-topic. tadi aku tengok di ntv7 ada cerita 'sau hau'... teringat pula zaman muda remaja~

Saturday, July 4, 2009

kencing setan~

aku keluar awal sebab risau sesat jalan.

sudah sampai di depan dewan hotel saja, bunyi bingit sudah terdengar.
dengan protokol kelab malam,dengan susunan meja tinggi seperti bar, dengan muzik bingit disko, aku jadi lelah. mahu saja aku telefon cik kapitalis bawa aku pulang.

sementara tunggu kawan kawan sampai aku duduk di kerusi kayu berkaki panjang.

dan seorang pelayan menawarkan segelas air. serta merta air muka aku berubah!
"what the heck~" dalam hati saja.

terus aku sms nakama.
baru pukul berapa ni? apa pasal semua dah mula tonggang kencing setan!

paling menjengkelkan, bila mereka mahu laga laga gelas.
mereka mula angkat gelas, aku juga mula tarik gelas.
risau kalau kalau jatuh menitik dalam gelas aku!

saat ini aku benar benar rasa nak balik. tapi selepas beberapa pusingan menikmati makanan (aku pastikan yang halal saja) baru aku pulang. mana boleh bazirkan makanan yang sedap sedap tu. hihi~

perhatian: rata rata, yang muslim ramai pulang awal meninggalkan bahan bakar api neraka mengelinjan di depan pentas~

Wednesday, July 1, 2009

basuh telur~

pertama kali aku dengar orang suruh brader jual burger basuh telur untuk masak benjo adalah ketika aku baru sambung belajar selepas spm.

pertama kali aku dengar orang suruh brader jual burger basuh telur untuk masak benjo, aku hairan. aku tak gelak. aku cuma hairan. aku kan naif dan penuh dengan sifat ingin tahu.

kata pendita tua, setiap makanan kita akan jadi darah daging. oleh itu, kita hendaklah menjaga pemakanan supaya ianya menepati konsep 'halalan wa thoyyiban'. serta hendaklah menjauhi yang subhah.

tanya petapa, kalau tak ada makanan lain selain yang haram?

jawab pendita tua, ianya bukan lesen untuk gembira dengan yang haram itu. tetapi makan lah cuma untuk meneruskan hidup bukan untuk mengenyangkan.

pertama kali aku dengar orang suruh brader jual burger basuh telur, aku cuba mengira berapa banyak telur tak basuh yang aku sudah makan. kalau abah baru ambil dari reban memang aku akan basuh. kalau yang mak beli dari kedai, aku jarang basuh.

pertama kali aku dengar orang suruh brader jual burger basuh telur, aku sebenarnya berfikir. macam mana nak basuh benjo tu? boleh makan kah lepas tu? apa rasanya?
penuh dengan rasa ingin tahu aku ni. kan?