Monday, July 13, 2009

bukan ah long~

faiz.
teman sebilik aku dahulu bercerita. ceritanya, dia ditipu oleh kawannya yang mahu pinjam duit. banyak juga. kemudian kata pada aku. sepatutnya dia bawa jumpa orang yang mampu beri bantuan. jabatan kebajikan contohnya. walaupun kita tak tahu apa polisi yang akan jabatan kebajikan kemukakan, sekurang kurangnya ada usaha untuk tolong. bukan?

dan.
sesiapa yang nak pinjam duit aku, aku tak ada masalah. tapi itu pun kalau aku bukan tengah sesak nak guna duit lah.
jadi, bukan lah aku nak berlagak atau kedekut. aku cuma tak boleh pinjamkan.
ok. sekali sekala memang aku kedekut. itu perlu. supaya, bagi aku, orang tak mudah nak ambil mudah pada aku.

syarat syarat nak pinjam duit mudah saja. bayar bila ada duit.
aku bukan lah kejam sangat. bukan lah arlong (rujuk one piece).
tapi aku tengok ada juga yang ambil kesempatan. boleh beli barang mewah tapi duit pinjam tak mahu bayar (hutang tu nampak kasar kan?).
itu yang geram tu!

ada orang. pinjam duit untuk seronok seronok. ini memang aku tujukan khas untuk pelajar yang buat pinjaman. dapat biasiswa juga bukan alasan untuk beli barang bukan keperluan. (maaf kalau terlalu kasar.)
ya. gunakan duit untuk keperluan bukan kemahuan.
itu yang kita (kita ni termasuk aku juga) susah nak bezakan.
si boros!

ada seorang mak cik. dari ofis sebelah. kadang kadang memang rajin datang bercerita dengan che' moon di ofis kami. mak cik tu aku rasa sungguh joyah.
katanya beri nasihat, kalau nak bagi orang pinjam duit boleh. tapi pastikan apa yang mahu dia lakukan dengan duit itu. jangan beri pinjam kalau dia mahu buat pembedahan plastik.

aku fikir, logik juga. nanti katanya, i rasa u salah orang lah. i bukan shamsul. i shamsiah~

perhatian : maaf. nama nama itu cuma sebagai contoh saja. jangan ada yang berkecil hati ya!

21 comments:

sharamli said...

nk pinjam duit..

Monkey D Luffy said...

hati2 bg pinjam

@tune® said...

ko tau nyah..
si shamsul eh salah..
si shamsiah tuh kan...
dan wat operation kt tuttttt
ala...

(eh sori..terbedah plak)

DIK AN said...

Saya ada akaun CIMB. Boleh kan dalam 1000-2000?

arfahadnan said...

org pinjam duit aku sampai aku malas dah nak minta..

aku pulak jd tebal muka..


skang aku jd kedekut ya amat sbb dah takde duit..

julie^beth said...

ms belajar dulu, budak bilik aku nak pinjam duit.. katanya nak balik kampung, maknya takde duit.. kuar bilik, (aku ingat die nak balik kampung) sepas 2-3 jam die balik ke blik, dengan henfon baru.. nangis tak? aku rasa keji gila! siap gunakan mak lagi

Kikuri-sama said...

Kawan aku pinjam 20k buat kawen. La ni, anak dah masuk 3 tak habeh2 lagi.. Isk!

P/S-
Aku punya personal loan dah nak habih taun depan.... Boring betul nak tunggu!

Rozita said...

berjimat itu mmg suruhan tuhan. dan boros itu mmg di larang. apa2 pun, semuanya biar lah berpada-pada.

k.e.r.i. said...

sangat senang nak pinjam.
dan sangat senang nak bayau balik.
maybank2u kan ada.
haha

mugiwara said...

sharamli - huh!
tak boleh!

luffy - baek~

@tune - joyah! kepochi~
haha~

dik an - seribu rupiah? boleh~

arfah - haah. kita plak yg malu nk mintak semula kan?
kalau kwn rapat/adik beradik takpe...
mintak je...

julie - itu lagi truk!
aku kenal?

kikuri - aritu member nk kawen, pnjm duit 2k. dh bayar abes...
kalo 20k tu xsanggp nk bg~

erm...loan belajar tak abes2 nih!

rozita - terima kasih nasihatkan...
tp kalu napsu dh meronta2, takleh tahan. camana?
hikhikhik~

keri - loan bank? interest byk weh~

SOHO Mama said...

Dari pengalaman2 yg kureng best yg pernah I lalui..tu lahh sekarang ni mmg I tak bagi org pinjam2 duit ni. Bukan la kedekut ke, (mesti org ckp alaa dia byk duit setakat berapa ratus takkan tak boleh..?), tapi diaorg "terlupa" yg I pun terkial kial buat bisnes sebab nak cari duit..tu sambil cuba jadi isteri, mak, kakak, anak tuuu..

addyaholix said...

sebab tu aku lebih suka memberi dari meminjam. terasa beban.

puding roti said...

'wooo~~sila bayar hutang yang kau peram.ohoo~~'

mari nyanyi bersama-sama

Si Aizuddin said...

Tapi nami berusaha utk bayar hutangnya pada arlong(sila rujuk one piece)

tq sekian

sharamli said...

kemut..

mugiwara said...

soho mama - sebab ada orang yang buat palat la...kita jadi was was nak bagi pinjam...kan?

addy - aku tak murah hati nak beri. tapi aku boleh pinjamkan. nak meminjam lagi nak elakkan...

puding roti - lalala..[bersiul]
suara tak merdu~

si aizuddin - nami dipaksa dan ditipu oleh arlong yang kejam!

sharamli - bluek~ [jelir lidah]

addyaholix said...

maksud aku memberi tu pinjamkanlah. aku belum cukup kaya nak memberi macam tu saja. haha!

mugiwara said...

addy - haha..mana tahu kau murah hati orangnya~

tasikmerah said...

mugi, kalau aku yg nk pinjam ko bg tak?

hehehehe...

:p

hyde said...

ye la...aku x pinjam la dari ko encik mugi...huh!!..

seb bek ade azrol..aku pinjam kat die la...xpon kat nas jer...

mugiwara said...

tasik - kak, kalau mc tu pompuan, sudi jugak saya nk pnjmkan...

hihihi~

hyde - kau memang nak kena gomu gomu ngan aku ni!