Tuesday, March 31, 2009

m untuk manusia~

dari soho mama. aku cuba menjawab semuanya.


peraturan:

salin semula. padam jawapan sedia ada. isikan jawapan sendiri. tag dua puluh orang yang lain.
gunakan perkataan pertama nama kamu untuk jawab sestiap soalan.
semuanya perlu benar benar wujud. jangan mengada ngadakan cerita.
jika orang sebelum kamu ada permulaan huruf yang sama, kamu mesti jawab menggunakan jawapan berbeza.
tidak boleh gunakan perkataan sama berulang kali. tidak boleh gunakan nama sendiri untuk nama lelaki/perempuan.
kamu tidak perlu beri penerangan untuk jawapan kamu.


apa nama kamu : mugiwara

perkataan empat-huruf : masa

nama lelaki : malik noor

nama perempuan : mallika sherawat

pekerjaan : menganggur~ (er...boleh lah ya?)

warna : merah bata

apa apa yang boleh kamu pakai : minyak rambut (er...diterima juga kan?)

makanan : murtabak

sesuatu yang dijumpai dalam bilik mandi : masker (er...cik kapitalis, betul tak ejaannya?)

tempat: musolla

alasan untuk kelewatan : mengantuk

sesuatu yang akan kamu jerit/laung : mengong!

tajuk cerita filem : musang berjanggut

sesuatu yang kamu minum : milo peng

kumpulan muzik : muse

haiwan : memerang

jalan/lorong: masjid india

sejenis kereta : mercedes

tajuk lagu : miracles - hirai ken



perhatian :
1) 'peraturan' dan soalan telah diterjemah. mungkin ada penambahan atau pengurangan.
untuk lihat tag asal sila ke mrs. millie yang telah men-tag aku.
huhuhu....

2) dua puluh macam terlalu ramai. jadi, aku tag semua orang yang belum buat tag ini. ya! hari ini aku agak kejam. rasakan! harharharhar~

Saturday, March 28, 2009

fear factor~

pernah. banyak kali juga. cik kapitalis kata pada aku "kata. cuti, hari ahad nak belajar bawa kereta,"

mak pun dah bising bising suruh aku berlatih bawa kereta. tapi aku selalu bagi alasan dan berdalih. erm...adalah sebabnya. [keluh]

tempoh hari, ketika dia mahu hantar aku ke stesen keretapi, abang fahmi kata pada aku. "kau ni. pergi lah belajar bawa kereta. bila lagi kau nak mula?"
lalu aku pun tanya semula pada dia, "boleh tak kalau saya bawa kereta ni?" sengaja tanya begitu sebab dia tahu cara pemanduan aku yang selalunya menuju ke longkang atau tiang lampu isyarat.

dan dengan yakin dan selamba dia jawab,"boleh!"

katanya lagi, "aku tak kisah. sebab kau banyak duit. kalau ada apa apa jadi kau lah yang bayar!". [ketawa]

ceh~ tak nak bertanggungjawab pun kalau aku kena saman atau kemalangan. tapi aku faham. mana ada orang berani bagi aku bawa kereta mereka tanpa syarat syarat yang ketat, selepas tengok cara aku memandu. aku memang hebat! [ketawa besar]

Friday, March 27, 2009

lelaki merah jambu~

aku.
kalau suruh aku pakai baju warna merah jambu, mati hidup balik pun aku tak nak pakai.
dan aku sudah simpan dan tanamkan dalam fikiran aku. merah jambu ialah tidak yang besar dalam sejarah pemakaian aku.
kawan kawan kanpai pernah cadangkan tema pakaian untuk kanpai time adalah warna merah jambu. aku dan aiza adalah orang yang paling kuat membantah.
ok. setakat bintik kecil atau garisan sedikit itu tak menjadi masalah. sebab bukan warna utama. aku boleh terima.

pernah sekali. cik kapitalis keluarkan persoalan. kenapa perlu genderize kan warna?
tapi yalah kan. orang sekeliling mudah sceptical dan ada perjudis semulajadi terhadap lelaki merah jambu. mengaku sajalah kau pun sama bila kau baca tajuk di atas. bukan begitu?

dan. tempoh hari, selepas belek belek gambar lama. aku hampir nak pitam. nak ketawa dengan kebodohan diri pun ada.

kenapa aku tak sedar. aku pernah jadi lelaki merah jambu selama hampir setahun [tolak cuti sekolah] waktu dulu dulu. haha~


perhatian :
kau orang perlu faham. itu darurat. dalam keadaan terpaksa. kau tengok sajalah macam mana muka terpaksa aku tu~

Thursday, March 26, 2009

tumpang se perut~

malam tadi buka e mail. sekarang ni, kalau buka e mail akan terus disambungkan ke ym.
ada beberapa kawan yang ber ym dengan aku. bersembang itu ini. sekejap sekejap saja. sebab aku mahu pergi makan malam.
jadi aku pun minta diri.

[melalui ym]

aku : weh! aku dah nak keluar. nak makan ni~
aiza : ok. nanti makan untuk aku sekali ya?
aku : mana boleh. macam ni, tak gemuk gemuk lah aku~
aiza : [ikon tumbuk] kedekut!

selalu begitu. kalau aku mahu pergi makan, orang akan pesan supaya makan untuk dia sekali. dia nak aku makan berapa banyak?
dan. bila aku nak gemuk kalau aku makan untuk kau. kan? kan? hehehe~

perhatian : ada juga beberapa kali. syaitan pun mahu makan dengan aku juga. penyibuk betul~

Tuesday, March 24, 2009

kena sumpahan~

malam tadi aku keluar bersama abang fahmi. kami ke downtown di cheras. dah lama dia dan abang hassan janji nak bawa aku ke situ.
tapi ada saja halangan. sibuklah. hujanlah. itu. ini.
hari ni aku ambil kesempatan, suruh dia bawa aku ke situ.

dalam perjalanan ke situ dia beriya iya bercerita hendak makan mangga muda. cecah belacan sedap katanya.

aku : eh! mana boleh. mak saya kata nanti buah buruk.
dia : iya lah tu. tak pernah aku dengar pun. makan dengan belacan lah yang sedap.

sampai di downtown gerimis mula turun. spoil!
jadi kami ronda sekejap saja. tak beli apa apa pun. tak ada yang menarik.

dalam perjalanan balik.

dia : itulah. bukan aku tak nak bawa kau. tapi kau tengoklah. asal nak bawa kau, hujan.
aku : salah saya pula?
dia : iyalah. hah! kau mandi ke tak tadi?
aku : [senyap]
dia : ha~ sebab tu lah hujan. kau tak mandi.
aku : apa pula. apa kena mengena saya tak mandi dengan hujan turun?
dia : sama lah juga macam kau cakap buah mangga jadi buruk kalau cecah belacan.
aku : tak sama.
dia : esok cuba kau pergi lagi sekali. tapi kau mandi dulu. mesti tak hujan.
aku : mana tahu tak hujan? kalau hujan juga? saya pergi taiping tempoh hari, tak mandi satu hari. hujan tak turun pun.
dia : itu dah keluar kawasan sumpahan. [ketawa]
aku: jadi, esok kalau saya mandi, tetap hujan. macam mana?

dia : itu kuasa Tuhan. [ketawa]

perhatian : cik kapitalis. ini macam kes kita nak bawa orang lain pergi tengok pemandangan bersama sama. kan?

Monday, March 23, 2009

mencari cari~

semalam keluar bersama sama cik kapitalis. singgah di borders. mencari cari majalah dewan bahasa dan dewan budaya. juga dewan masyarakat dan dewan kosmik.

tapi hampa. satu pun tak ada. entah dah tak edar di selangor dan kuala lumpur agaknya.

sudah dua bulan aku mencari cari di sekitar kl dan selangor. termasuklah kedai kedai buku yang biasa aku masuk.

tiada.

tempoh hari, ketika aku ke kamunting, aku masuk di sebuah kedai buku.
ha! baru masuk satu kedai, dah jumpa.
agaknya memang di kuala lumpur dan selangor, orang ramai sudah tak minat hendak beli atau baca majalah majalah tu.

nampaknya aku perlu buat tempahan juga akhirnya. sebelum ni tak mahu sebab kemudian nanti, aku tak ada sebab untuk keluar berjalan jalan.

perlukah aku buat laporan pada dbp?

Saturday, March 21, 2009

apa salahnya~

lepas kerja terus ke kl. agak awal sebab aku perlu beli tiket lain untuk ke kamunting. kemudian baru mencari surau.
selalunya kalau aku keluar ke kl, aku akan solat di pasar seni saja. cuma tempoh hari, aku saja nak pergi solat di kota raya pula.

tapi. apa kes. nak solat kena bayar dua puluh sen!
sebab nak ambil wuduk kena masuk tandas, mereka caj pula.

apa salahnya buat tempat untuk wuduk kat situ.
kalau nak tahu keadaan dalam surau tu, kena pergi masuk sendiri. bahagian tu aku malas nak komen apa apa.

perhatian : kalau solat kat situ. jangan mengada ngada nak buat aksi tertinggal atau terlupa ambil barang.

Friday, March 20, 2009

gopoh gapah~

rabu tempoh hari. lepas turun dari stesen lrt plaza rakyat, terus meluru ke kaunter tiket bas transnasional. nak beli tiket ke kamunting. ada temuduga hari khamis lepas.
tiketnya rm24. aku hulur rm100. tak ada duit kecil.
brader dalam kaunter tanya, "seorang saja kan?"
aku jawab, "ya. seorang," sambil kerut dahi.
"dua puluh empat ringgit saja," katanya.
"oh. dengar macam enam puluh empat tadi," lalu aku ambil semula not 50 tadi.

tapi bukan aku seorang saja yang dengar 'dua' dia macam 'enam'. perempuan belakang aku pun sama. dia pun terkejut dengar brader dalam kaunter tu kata tiket bas berharga rm60.
ini bermakna aku bukan pekak. sila ambil perhatian, ya.

itu kes lain. kes yang lagi satu.
balik dari stesen plaza rakyat dan sampai di stesen cempaka baru tersedar yang aku tersalah beli tiket.
apa cerita. temuduga hari khamis pukul 10 pagi. beli tiket hari khamis pukul 9 malam.
sengal!

Tuesday, March 17, 2009

rumah hantu~

inilah hantunya~ haha.



aku tahu memang kerja orang orang interior design untuk mencantikkan ruang rumah contoh.
tapi siapa boleh bagitahu aku, mana datangnya idea untuk gantungkan gambar ni di laluan naik ke bilik tidur?
tahu tak, lukisan ni menakutkan? (maaf kepada sang pelukis)

buat aku terperanjat saja. lampu tak pasang. suasana agak sejuk menambah seram.
alamak! aku terkutuk rumah contoh. kalau tak ada orang nak beli rumah nanti, tak dapat bonus~
kau orang jangan tak beli ya! haha~


perhatian : kalau enchek bos tahu aku letak gambar ni dan komen pasal rumah contoh dia, agaknya dia maafkan aku tak?

Monday, March 16, 2009

s.k.o.m.k.h.p.k.j.c.d.p.w.b~

kau fikir, kau sudah tahu semuanya tentang malaysia?
kau fikir, kalau dapat masuk kolej, universiti terkemuka, kau sudah genius?
kau fikir, dengan 10a, 20a, 4flat atau dean's list kau sudah handal tentang malaya a.k.a malaysia? sudahlah~

kalau kau tak pernah tahu tentang asal usul 'along' kau janganlah sewenang wenangnya nak kutuk kutuk mereka.
kalau kau tak tahu apa dan siapa skomk dan aktiviti aktiviti skomk tu, jangan berlagaklah~

kalau nak jadi rakyat mesia, kau kena tahu apa kejadah maknanya huruf huruf tu.






tak wajib pun sebenarnya....hehe~


perhatian : kalau ada sesiapa yang mengalami masalah emosi dan mental selepas intro diatas, itu hanyalah delusi diri sendiri. harap maklum. untuk mengatasinya, cuba sebut laju laju "the sixth sick sheik's sixth sheep's sick". haha~

Wednesday, March 11, 2009

takdir sudah ditentukan~

hari/tarikh : ahad/22 februari 2009
tempat : tempat perkhemahan
peserta : kawan kawan sepermainan ketika belajar. (tapi kami tak main main masa kuliah. serius!)
lagu latar belakang/lagu tema : i'm yours - (sepatutnya didendangkan oleh) jason mraz (tetapi kami tak mampu bayar beliau. jadi terpaksalah 'peserta' perkhemahan yang menyumbangkan lagu itu.)
tugasan : mengemas khemah....


haih~
siapa yang tak mengikut arahan ni...
nak menyanyilah...

ada masa nak rasa kagum pula...

tu. ada yang masih makan!

dan. yang seorang ni, sibuk nak ambil gambar~



teringat kata izzat. dah macam cerita titanic. orang sibuk sibuk selamatkan diri, dia semangat nak menyanyi...
tapi ianya sangat menyeronokkan!


perhatian: gambar diambil menggunakan kamera telefon tangan. kualiti tidak sehebat diloz. sekian harap maklum.
huhu~ bila duit terkumpul nak cukup!

Tuesday, March 10, 2009

marahkan tv, remote dibasuh~

aku pulang dari kerja. lewat sikit hari tu. terus masuk bilik untuk membersihkan diri. selepas semua tugas yang patut diselesaikan sudah beres, aku terus ke ruang tamu.
nak tonton tv.
abang fahmi mengelap remote control.


"kalau aku bagitahu ni, kau mesti marah. kan?"

aku kerut dahi. dia senyum senyum.

"aku terduduk atas remote. jadi, aku basuh remote ni tadi,"

aku dah tak tahu nak cakap apa lagi. susah juga kalau jadi super-hygiene ni.
kalau setakat lap, aku tak kata apa lah. ini siap basuh. agaknya dia yakin air tak masuk dalam remote tu pasal ada plastic cover.
tapi berpada pada lah. tak perlulah sampai nak basuh.
dan nasib baik dia tak basuh dalam mesin cuci. haha~

aku kata ocd, tak mahu mengaku pula nanti.

minggu lepas aku kata nak tukar pakej siaran. dia jawab laju.

"siaran tu tak ada apalah. tu remote tu yang kena tukar,"

nasib baik kau lagi tua dari aku.

Friday, March 6, 2009

nafsu dan 'harimau'~

'harimau' sudah mengaum sejak hujung bulan lepas.

nafsu sudah ada.

masa pula kengkangannya.

kalau lambat, nafsu hilang pula nanti.

ah! esok esok carilah mana mana kedai buku yang best. mahu cari buku dan novel lama.

di amcorp mall ada. tapi susah nak selongkar. aku lebih suka di the mall. sudah lama tak singgah di kedai yang jual buku buku lama tu. agaknya ada lagi atau tidak buku buku menarik yang aku jumpa dulu. mungkin sudah terjual.


sudah lama aku tak singgah ke sana.
sudah berkali kali ajak cik kapitalis.
entah bila ada masa terluang ya?
sejak masing masing mula bekerja, susah nak ada masa terluang. jika ada pun, pasti ada saja aktiviti terisi dalam jadual.

perhatian : sila lihat kolum iklan/pengumuman di bahagian bawah. terima kasih.

Thursday, March 5, 2009

rawak dua puluh lima kali~

25 perkara sepanjang 25 tahun di dunia ini~

er...hujung tahun ni baru 25....kot!

1. aku sangat comel. sekurang kurangnya semasa aku berumur satu tahun dahulu, aku sangat comel. aku rasa tak salah sekiranya aku masih berperasaan begitu comel ketika usia sebegini. kan?

2. kalau demam, sangat sensitif pada bau. bau yang pelik atau masakan goreng goreng mampu membuatkan aku mual.

3. bila sudah terlalu marah, air mata ni mengada ngada nak mengalir keluar juga. huh! hilang kejantanan aku. haha.

4. aku mula sekolah (tadika) ketika umur 4 tahun dan masuk darjah satu ketika umur 6 tahun. tapi aku segan nak kata aku genius. hihi.

5. aku pendiam. tak ramai kawan. sebab orang tengok muka aku macam budak sombong. dulu. perasaan aku begitu.

6. di asrama, tak ada siapa yang nak buli aku. masing masing nak back-up aku. er...aku fikir macam tu lah. hakikatnya?

7. aku banyak kali dapat markah penuh dalam matematik semasa tingkatan 4 dan 5 tetapi banyak kali gagal dalam matematik tambahan pada tahun yang sama. ironi kan?
er...sekarang guna kalkulator saja~ haha.


8. telefon bimbit aku cuma mampu bertahan 4 tahun sebelum aku beli yang baru. bulan lepas.

9. aku sangat suka nombor sembilan. tanpa sebab. jangan tanya aku lagi.

10. aku sangat rindukan lolly. dia cuma pulang ketika cuti semester saja. masa tu, nak tidur pun aku akan peluk dia. serius.

11. terasa macam hendak main layang layang. tapi sekarang musim hujan.

12. aku sudah hilang kiraan. berapa ramai mak angkat aku ya?

13. aku tidak pernah menderma darah. aku teringin sebenarnya.

14. aku ringan tulang. mak tak pernah cakap begitu tapi aku tahu. sebab, yang selalu emak suruh untuk ke kedai ialah aku.

15. semua orang tak setuju kalau aku pilih perempuan yang lebih tua jadi pasangan aku. tua satu hari boleh tak?

16. seboleh boleh nya, aku akan mengelakkan diri menonton cerita hantu. baca buku seram tak apa. tamar jalis misalnya.

17. sambil tunggang motor, aku akan menyanyi atau menjerit. kalau kau nampak aku goyang goyang kepala atau badan, jangan pula kata aku tak tahu bawa motor.

18. setiap kumpulan kawan kawan yang kenal aku, akan kenal aku dengan perwatakan berbeza. dan panggil aku dengan nama yang berbeza. tak tahu kenapa jadi begitu.

19. hari hari aku dapat makan percuma untuk makan waktu rehat ketika sekolah menengah. terima kasih mak cik!

20. mak angkat aku berniaga di kantin sekolah. itulah mak angkat yang paling aku ingat. tetapi sudah lost contact. derhaka kah aku?

21. kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. tapi aku. sudah jatuh longkang, ditimpa basikal! haha.

22. ramai saudara mara dan kawan kawan aku lahir hujung tahun.

23. aku suka warna ungu selain kuning dan jingga. warna kesukaan ini bertukar mengikut keadaan.

24. tak suka anjing! benci! sangat benci! err...saya takut anjing....huhuhu~

25. entri ni aku buat macam untuk 25 entri akan datang. aku dah jawab tag kau, izzat. aku tak tahu nak tag siapa. er...siapa yang belum pernah buat, sila buat. cuma senaraikan 25 perkara tentang diri kamu. macamana?

Wednesday, March 4, 2009

bila rasa lapar~

"bos! public phone satu pinggan!"
"orait~"

ah~ di mesia sekarang macam macam boleh makan. syurga makanan kan di asia. tengoklah di mesia saja, ada pelbagai jenis nasi goreng. nasi goreng thaipukit tu belum rasa lagi.


apa menu yang kau teringin nak rasa?