Monday, March 23, 2009

mencari cari~

semalam keluar bersama sama cik kapitalis. singgah di borders. mencari cari majalah dewan bahasa dan dewan budaya. juga dewan masyarakat dan dewan kosmik.

tapi hampa. satu pun tak ada. entah dah tak edar di selangor dan kuala lumpur agaknya.

sudah dua bulan aku mencari cari di sekitar kl dan selangor. termasuklah kedai kedai buku yang biasa aku masuk.

tiada.

tempoh hari, ketika aku ke kamunting, aku masuk di sebuah kedai buku.
ha! baru masuk satu kedai, dah jumpa.
agaknya memang di kuala lumpur dan selangor, orang ramai sudah tak minat hendak beli atau baca majalah majalah tu.

nampaknya aku perlu buat tempahan juga akhirnya. sebelum ni tak mahu sebab kemudian nanti, aku tak ada sebab untuk keluar berjalan jalan.

perlukah aku buat laporan pada dbp?

7 comments:

arfahadnan said...

aku beli majalah2 tu masa skool dulu jer..

skang aku sudah tidak membaca lagi.. bukan setakat majalah tu..malah majalah lain pun..

aku malas membaca.. aku baca tajuk jer kalau baca paper..

huahuahua..

@t00neY r00neY® said...

pergi sajer ke dewan bahasa..
insyaAllah..smua ada

mugiwara said...

arfah - takpe...baca tajuk pun boleh tahu apa yg dh jd kt dunia..

@toon - erm..bernas juge~

julie^beth said...

itulah berkat ko pegi kampung apak aku.. hahahhaa. ko ronda mane aje kat tepeng tu?

Monkey D Luffy said...

majalah tu banyak kat libarry

sharamli said...

perlu....

mugiwara said...

julie - xbyk tmpt pn....takot tak sempat nk kejar bas..

luffy - tau....dulu aku g library je....tp kemdian aku rasa tak salah kalo nk beli sinri kan?

sharamli - kau tolong buatkan boleh? hehehe~