Thursday, March 5, 2009

rawak dua puluh lima kali~

25 perkara sepanjang 25 tahun di dunia ini~

er...hujung tahun ni baru 25....kot!

1. aku sangat comel. sekurang kurangnya semasa aku berumur satu tahun dahulu, aku sangat comel. aku rasa tak salah sekiranya aku masih berperasaan begitu comel ketika usia sebegini. kan?

2. kalau demam, sangat sensitif pada bau. bau yang pelik atau masakan goreng goreng mampu membuatkan aku mual.

3. bila sudah terlalu marah, air mata ni mengada ngada nak mengalir keluar juga. huh! hilang kejantanan aku. haha.

4. aku mula sekolah (tadika) ketika umur 4 tahun dan masuk darjah satu ketika umur 6 tahun. tapi aku segan nak kata aku genius. hihi.

5. aku pendiam. tak ramai kawan. sebab orang tengok muka aku macam budak sombong. dulu. perasaan aku begitu.

6. di asrama, tak ada siapa yang nak buli aku. masing masing nak back-up aku. er...aku fikir macam tu lah. hakikatnya?

7. aku banyak kali dapat markah penuh dalam matematik semasa tingkatan 4 dan 5 tetapi banyak kali gagal dalam matematik tambahan pada tahun yang sama. ironi kan?
er...sekarang guna kalkulator saja~ haha.


8. telefon bimbit aku cuma mampu bertahan 4 tahun sebelum aku beli yang baru. bulan lepas.

9. aku sangat suka nombor sembilan. tanpa sebab. jangan tanya aku lagi.

10. aku sangat rindukan lolly. dia cuma pulang ketika cuti semester saja. masa tu, nak tidur pun aku akan peluk dia. serius.

11. terasa macam hendak main layang layang. tapi sekarang musim hujan.

12. aku sudah hilang kiraan. berapa ramai mak angkat aku ya?

13. aku tidak pernah menderma darah. aku teringin sebenarnya.

14. aku ringan tulang. mak tak pernah cakap begitu tapi aku tahu. sebab, yang selalu emak suruh untuk ke kedai ialah aku.

15. semua orang tak setuju kalau aku pilih perempuan yang lebih tua jadi pasangan aku. tua satu hari boleh tak?

16. seboleh boleh nya, aku akan mengelakkan diri menonton cerita hantu. baca buku seram tak apa. tamar jalis misalnya.

17. sambil tunggang motor, aku akan menyanyi atau menjerit. kalau kau nampak aku goyang goyang kepala atau badan, jangan pula kata aku tak tahu bawa motor.

18. setiap kumpulan kawan kawan yang kenal aku, akan kenal aku dengan perwatakan berbeza. dan panggil aku dengan nama yang berbeza. tak tahu kenapa jadi begitu.

19. hari hari aku dapat makan percuma untuk makan waktu rehat ketika sekolah menengah. terima kasih mak cik!

20. mak angkat aku berniaga di kantin sekolah. itulah mak angkat yang paling aku ingat. tetapi sudah lost contact. derhaka kah aku?

21. kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. tapi aku. sudah jatuh longkang, ditimpa basikal! haha.

22. ramai saudara mara dan kawan kawan aku lahir hujung tahun.

23. aku suka warna ungu selain kuning dan jingga. warna kesukaan ini bertukar mengikut keadaan.

24. tak suka anjing! benci! sangat benci! err...saya takut anjing....huhuhu~

25. entri ni aku buat macam untuk 25 entri akan datang. aku dah jawab tag kau, izzat. aku tak tahu nak tag siapa. er...siapa yang belum pernah buat, sila buat. cuma senaraikan 25 perkara tentang diri kamu. macamana?

14 comments:

Tijah said...

aku fes kah?

Tijah said...

yer...aku fes nampaknyer tadi...

aliaaroslan said...

sudah lah, jangan perasan engko tu genius okkk.. aku lagi genius, masuk darjah 1 masa umur 5 tahun.. sapa lagi genius huh? *muka berlagak*

nasiblah mak angkat aku sorang tu jek kat pasir panjang.. yang tu pon tak larat nak pegi tengok.. durhaka jugak tak?

addyaholix said...

tunggu entri "yang kamu patut tahu tentang aku". aku masih berkira-kira mahu publish atau tak. haha!

Unknown said...

I pun mengalir air mata kalau sgt2 marah..samo la kito I pun takut tgk cerita hantu hee hee..& takut anjing gak huu huu..!

FARYN said...

aku pun lahir ujung thn jugak!!
hhehehe

Kapten Luffy said...

panjang gila tag ni.

nombor 5 kita sama..

aku dah derma darah sekali tahun lalu. tahun ni nak buat kedua kali plak... best wooooo

sharamli said...

mas0k 2 ta0n sah xc0mey kn..kn..

kt h0stel dlu bkn xm0 buli...tkut nagis je k0t...hua3

Farie Amrah said...

comel?
wekkk!! puke.. puke.. ;P

kotaklimasegi said...

2. aku selsema sensitive terhadap bau rokok.. rasa nak muntah dan rasa nak sepak org yg hisap rokok sebelah aku..

7. maths ngan add maths fav subject.. dan pernah markah add maths lagi tinggi dari maths.. lagi ironi kan..

9. aku gak suka no 9 tanpa sebab selain no 5..

10. sapa lolly?

13. aku byk kali menderma darah.. best.. cer try..

15. nampaknyer aku tak leh jadi gf ko.. huahuahua..

24. suka anjing.. sbb comey (for certain species).. xleh bela sbb haram..

25. aku sebenarnya nak komen sumer 24 perkara di atas.. tapi panjang sangat ler pulak..

CIVIC Power said...

Selamat 25

RY said...

huhu...

nak bgtau dia dah 25 la tu.

bila nak kawen?

lalala

mugiwara said...

tijah - ye...

tijah - ye...fes! tp sy xmo kasi hadiah pon...wakakaka~

julie - aa...takleh nk perasan la ni? ah.tak kira!

ya! kau pong durhaka~ sumpah jd peti ais!

addy - publish la...mana tahu kalau kalau dapat tahu juga apa yang tak patut tahu tentang kau...
hihi~

SOHO - kalau ketawa banyak pun boleh keluar air mata.
err...bukan takut tgk cter hantu la...(ayat taknak ngaku~ huhuhu~)

faryn - yay~ nk sambut sama2 keh?

luffy - kalau no 5 sama, kau pun mesti byk berangan kan?
aku nak derma darah tp tak boleh...

sharamli - semakin comey~
hihihi...tgk muka aku innocent, suci cm bdk kecik, xsmpai hati nk buli...kihkihkih~

farie - apsal? jeles? ada tanda2 jeles tu...

arfah - haha...aku pun taktahu nk komen balik camana nnt...

civic - huhuhu~ blom~

razor - tu kebetulan je...

err...kawen tu soklan taboo~

hihihi~

nico izzat said...

akhirnyer....lama aku menunggu...ko pun suka no 9...sama la..pasal anjing memang sudah diketahui...camping babe...dan ko memang comel dr azali...hi hi