Saturday, March 28, 2009

fear factor~

pernah. banyak kali juga. cik kapitalis kata pada aku "kata. cuti, hari ahad nak belajar bawa kereta,"

mak pun dah bising bising suruh aku berlatih bawa kereta. tapi aku selalu bagi alasan dan berdalih. erm...adalah sebabnya. [keluh]

tempoh hari, ketika dia mahu hantar aku ke stesen keretapi, abang fahmi kata pada aku. "kau ni. pergi lah belajar bawa kereta. bila lagi kau nak mula?"
lalu aku pun tanya semula pada dia, "boleh tak kalau saya bawa kereta ni?" sengaja tanya begitu sebab dia tahu cara pemanduan aku yang selalunya menuju ke longkang atau tiang lampu isyarat.

dan dengan yakin dan selamba dia jawab,"boleh!"

katanya lagi, "aku tak kisah. sebab kau banyak duit. kalau ada apa apa jadi kau lah yang bayar!". [ketawa]

ceh~ tak nak bertanggungjawab pun kalau aku kena saman atau kemalangan. tapi aku faham. mana ada orang berani bagi aku bawa kereta mereka tanpa syarat syarat yang ketat, selepas tengok cara aku memandu. aku memang hebat! [ketawa besar]

10 comments:

sharamli said...

dah hebat...nak blaja ap lgik..
adei....

addyaholix said...

aku dah masuk 26 tahun. dan aku masih belum ada lesen kereta. haha!

Monkey D Luffy said...

aku baru ada lesen berapa bulan lalu ;p

cik tasha shafzan said...

salam perkenalan..
saya baru form4, tapi tahun lepas ayah saya dah bagi saya bawak kereta auto..
seronok!!
kalau kereta manual pulak, saya baru cuba tukar2 gear je..
ayah saya tak bagi saya turunkan 'handbrake' lagi lorh..
hahaha..

@t00neY r00neY® said...

ketawa besar-->>
xleh bawak kete lg?

tape..pablik tsport manyak

mugiwara said...

sharamli - hebat...hebat ada makna tu~

addy - [ketawa] lesen motor ada kan?

luffy - sebelum ni bawa kereta/motor tak? tanpa lesen?

tasha - kata orang perempuan lebih sesuai bawa kereta berbanding motor. lebih baik belajar. nanti kalau bf malas atau tak tahu bawa, boleh tolong bawakan.....[ketawa]

@toon - ya. bagus juga naik public transport sebenarnya...
[ayat nak sejukkan hati]
[senyum simpul]

tasikmerah said...

gua dulu ujian jalan raya 2 kali. ha ha.


.

Mak Su said...

whoaa.. jgn memain ek.. hihihi

Fyza d.Hana said...

sape yang berjiwa kental je boleh duduk di sebelah pemandu seperti kamu...
saya da pernah.. memang sangat haibatt..

mugiwara said...

tasik - gua, ujian keter skali jek...motor smpai 3kali...psal tu la bawak moto lagik pndai dr bawak keter...

maksu - ya...jgn memain~ [giggle]

fyza - hahahaa....itu memang tepat!
[ketawa besar]