Tuesday, March 10, 2009

marahkan tv, remote dibasuh~

aku pulang dari kerja. lewat sikit hari tu. terus masuk bilik untuk membersihkan diri. selepas semua tugas yang patut diselesaikan sudah beres, aku terus ke ruang tamu.
nak tonton tv.
abang fahmi mengelap remote control.


"kalau aku bagitahu ni, kau mesti marah. kan?"

aku kerut dahi. dia senyum senyum.

"aku terduduk atas remote. jadi, aku basuh remote ni tadi,"

aku dah tak tahu nak cakap apa lagi. susah juga kalau jadi super-hygiene ni.
kalau setakat lap, aku tak kata apa lah. ini siap basuh. agaknya dia yakin air tak masuk dalam remote tu pasal ada plastic cover.
tapi berpada pada lah. tak perlulah sampai nak basuh.
dan nasib baik dia tak basuh dalam mesin cuci. haha~

aku kata ocd, tak mahu mengaku pula nanti.

minggu lepas aku kata nak tukar pakej siaran. dia jawab laju.

"siaran tu tak ada apalah. tu remote tu yang kena tukar,"

nasib baik kau lagi tua dari aku.

12 comments:

F A R Y N said...

OCD tu apa?

apa la Abang Fahmi ko tu..
meh sini aku lempang kasi dia kesedaran sivik sket...ahhaa

Tijah said...

ke dia dah terceret kat remote ko? sampai beria2 na basuh tu?

tasikmerah said...

jah bukan ceret la... kincit. hahaha...


.

SOHO Mama said...

Rasa2nya memang ada ciri2 OCD tuu :P
I pun ada gak ciri2 OCD, tapi tak la se-dasat abg F ni, lagipun pernah takde maid beberapa bulan so daripada ikutkan nak bersih tersusun sana sini setiap masa sampai exhausted yg amat sangat..tutup mata je laa kat habuk sikit2 tuuuu.

Utk sesiapa yg nak tahu, OCD ialah Obessive Compulsive Disorder, maknanya seseorang yg obses hendak semua benda betul, bersih, tersusun dsb SETIAP masa & amat "terganggu" kalau dia tak perbetulkan/bersihkan/susunkan..sesiapa pernah tengok siri MONK kat Starworld? Haaa itulah OCD yg sebenarnya..

Sorry Mugiwara I bagi "kelas" lak kat sini :P

arfahadnan said...

mak aih...

sampai cuci remote...

haih..

Mak Su said...

basuh remote? biar betul... tak pernah dibuat dek orang

mugiwara said...

faryn - ocd ialah obsessive compulsive disoder....haha...ye..silakan..bg pihak aku.

tijah - saya takkan sentuh remote tu kalau btol!

tasikmerah - .....sekalipun ianya adalah sekadar kincit! wahaha~

soho mama - ha? seriyes?
saya sgt rimas ngan org cmni sbnrnye...huhu~
err...sekali pandang, mmg ada ciri2 ocd la...haha.

arfah - aih~

maksu - tapi dia dh buat!
saya tak terkata dah~

Monkey D Luffy said...

hygiene ker? bengong?

mugiwara said...

luffy - itu paling koman je tu~

SOHO Mama said...

Woittt jgn lah anda judge a book by it's cover onlee ahhhh :P

mugiwara said...

soho mama - haha...1st impression je...lama2 msti dh phm & xkesah. lgpn bknnye ocd tu xbaik. cuma org yg xbiasa akan rasa rimas. tu je...

ah..ada 1 prog dlm tv. xingt channel apa. pasl housewives yg giler-super-duper-pembersih! sy rasa annoying je plak...haha!!!

atiza said...

berkerja dalam chaos (aka bersepah) menunjukkan individu itu kreatip..

tak masuk isu langsung..