Tuesday, March 30, 2010

mengundur diri sambil berpeluh peluh~


ok ow~
oke. cik kapitalis dah marah.
aku kena bertenang. sambil fikir langkah berjaga jaga....
[jalan berjingkit jingkit mengundur secara perlahan lahan dan senyap dengan tangan bengkok macam kanggaroo]





[dari kejauhan ketawa ke-syaithon-an]
masih tak insaf.....

ala...supporting la sikit~
kikiki~

menjauhkan diri dari cik kapitalis~

hari sabtu lepas.
aku kerja. cik kapitalis tak.
maka tak dapat ikut dia pergi pesta buku tahun ni.
bagus juga. boleh berjimat.

tiba tiba petang tu sms dari cik kapitalis masuk.
wei. sinaga ada pula kat sini. macam mana nak ambil gambar dia. alahai.
[baca dengan nada gelabah dan kecewa]

terus teringat tempoh hari. dengan ym. dia bagi tajuk lagu nassier wahab. kami berborak kurang lebih begini;

aku : mula mula dulu naga. baru baru ni si razis ismail. ni nassier wahab pula.
cik kapitalis : nassier wahab pangkah awal awal ye!

aku syak. dia berkenan dengan orang berkumis. macam pak joko?
tak!
bukan!
tapi...

mungkin macam pakcik naga!


[lariii~]
[sambil ketawa ke-syaithon-an]

Monday, March 29, 2010

rawak : yang tak perlu tahu~

1. peraturan pertama yang aku belajar bila masuk sekolah, salah siapa siapa saja jika orang kata kamu jahat.

2. kawan kawan aku sudah buat perkara terhebat dalam hidup masing masing. jumpa orang yang hebat. mereka juga orang yang hebat. 
aku? sedang mencuba...

3. sejak akhir akhir ni mudah benar aku mencarut. [pandang kiri kanan mahu cari kambing hitam]

4. aku tak kisah jadi tikus putih makmal jika aku betul betul adalah seekor tikus putih makmal. sila jangan cabar kesabaran aku. aku seirus ni. [tengok mata. tak berkelip!]

5. bila camping, akan ada -biasanya- game...err...so-called game yang dinamakan truth or dare. dan mestilah setiap kali aku kena aku akan pilih DARE! sampai mereka dare aku untuk tak cakap 'dare' bila aku kena lagi. turn out, memang aku juga yang kena lepas tu! konspirasi!

6. kawan kawan aku tu, satu saja yang nak tanya. tentang cerita cinta aku. [keluh]

7. kenapa masih lagi mimpi yang sama seperti empat lima hari yang lepas? masalah juga ni.

8. rasa nak lempang white queen. gila hipokrit dan plastik!

9. stik, lamb-chop, tomyam kong, roti canai restoran gembira, lunch meal mekdi, nasi goreng pattaya, pizza domino nak pepperoni beef lebih keju, keropok lekor depan kolej jati seksyen 3 shah alam, mimegi perisa tomyam pecah telur dua biji.

10. selera aku yang bukan bukan saja sejak balik kemboja.

*kemaskini jam lima - banyak betul kesalahan ejaan. maaf ya. aku biarkan saja tanpa betulkan.

Friday, March 26, 2010

mengira pasir halus yang jatuh satu...satu~

jika terbalikkan hourglass itu membolehkan masa juga berundur, manusia tetap tidak berubah dan belajar dari kesilapan.

kerana.....

manusia adalah ego.
*****

minggu ini terasa terlalu cepat. atau aku yang terlalu ketinggalan.
rasanya macam baru semalam mak balik kampung.
rasanya macam baru semalam aku jalan jalan cuci mata sehingga merah dan bengkak mata sebelah kanan selama tiga hari. hah!
dan rasanya macam baru semalam lepak lepak habiskan makanan kawan aku yang tak habis...

ya. tengah lapar ni~

Tuesday, March 23, 2010

bila terlalu banyak nak cerita, otak pun jadi tepu~

dengan komputer yang lembap nak mati.
tambah lagi dengan keyboard yang macam minta dihentak ke dinding. kadang kadang rasa nak hentak ke skrin komputer pun ada.
maka, aku pun pura pura sibuk.

*****
sudah lama tak blog hopping macam selalu.
sudah lama tak bergurau senda di alam maya. [jijik pula ayat ni!]

*****
mulai hari ini. [sebenarnya sudah mula sejak awal tahun]
fokus pada impian.
lelaki yang berimpian dan mengejar impiannya adalah lelaki sejati!
lelaki yang menghina impian orang lain adalah tiada k***. oke kasar sangat. maka tukar.

orang yang menghina impian orang lain adalah 'belacak'!
[tekan 'like']

Tuesday, March 16, 2010

kenapa ayam melintas jalan pun nak kecoh~

alamak!


tapi aku fikir. ini cuma kebetulan.
tapi cik kapitalis. aku tengok macam dah cuak.
gara gara entri aku yang ini lah. aku agak saja.


tiba tiba ada persidangan bisik bisik pula kat sini.
isi perbincangan bukan isu main main. serius sehingga boleh tutup periuk nasi orang.
aku agak saja.


tapi kalau kebetulan.kalau lah...
kebetulan macam ini memang menakutkan.
habis lah cik kapitalis~

Monday, March 15, 2010

sudah kena ikat perut biar sampai pinggang macam kerengga~

kena berjimat.

ada pesta buku bulan ni.
aku nak pergi.
tapi kalau pergi dah tentu tak balik tangan kosong.
kurang kurang dua ratus berhabis.

boleh dapat elak cukai.
tu aku tau.

tapi aku dah kena berjimat ni.
sekarang kat kemboja.
rasa tak seronok pula nak boros boros begini....

tabah lah ya...[pesan pada hati sendiri]

Saturday, March 13, 2010

kemas kini secara pantas~


bila lalu kedai, diaorang cakap bahasa yang aku tak faham.
bila lalu sebelah tuk tuk diaorang, cakap bahasa yang aku tak faham.
ya aku tahu kulit aku tak berapa nak cerah. 
putih.
tapi putih putih susu coklat saja.
tapi takkan tak ada beza langsung dengan orang kemboja....

walaupun bandar/pekan, malam mereka sunyi walaupun baru pukul 9 malam.
tak lah macam kat depan rumah aku tu. selagi nampak bulan, selagi tu duduk luar.

[ditaip pada jam sepuluh malam waktu tempatan. mesia cepat sejam]

Thursday, March 11, 2010

aku mati ketika tenung dada kau~

ketika aku tenung kau. jangan kau marah.
ya. ketika aku tenung dada kau.
jangan kau marah.

aku bukan tenung dada kau sebenarnya.
yang aku tenung baju kau.
ya. butang baju kau secara persisnya.

bukan. bukan butang yang lain. 
yang semulajadi ada pada kau tu.
ini butang baju secara literalnya.

aku sangka kau kidal pada mulanya.
tapi sangkaan aku meleset.
baju perempuan memang butang bajunya dipasang lain dibanding dengan lelaki.



curiousity killed the cat.
if it was literally
true.
i have
died long before~

Tuesday, March 9, 2010

sesi mari membaca akhbar secara atas talian~

hari ini ada perbincangan ilmiah dengan aiza. tak berapa ilmiah pun. macam bincang untuk buat buku skrap pun ada aku rasa.

aku : oke. aku cuma terpikir kes dera saja ni.
aiza : owh...ermm....dera yang kena sepak
aiza : pastu india mati tu?
aiza :haa...oke oke..itu tau
aiza : tapi kalau politik atau dunia tak tahu beb

aku : cerita pasal mogok
aiza : mana ada
aku : nelayan mogok ke apa entah
aiza : yakah?

yada..
yada..
yada..

aku : yang nelayan mogok tu aku baru dengar pagi tadi. kau pergi check kesahihan nya
aiza : oke
aku : isu bencana alam penting tak?
aku : turki pun ada gempa bumi semalam
aiza : bagus. apa lagi yang kau tahu
aku : pergi baca sokabar online
aiza : kau bagitahu saja lah
aku : pemalas. kan?!
aiza : aku cari si nelayan ni
 
yada...
yada..
yada..

aku : kes kartika tunggu keputusan sultan
aiza : kartika. yang minum arak?
aku : ya

yada...
yada...

aiza : 9 dah jumpa turki gempa bumi...nelayan mogok tak ada pun?
aku : ya ke? aku kena tipu lah ni
aiza : kau dengar mana?

yada..
yada...

aku : grandprix f1 start bila?
aku : piala dunia start bila? dan kat mana?
aiza : kau agak agak la. f1 kat singapore kan

aiza : berita utama semua politik
aiza : model ekonomi baru!!!
aku : ha! tu kena tahu
aku : [oke tiba tiba ada 'pencarian kacak bergaya'??? wth!!]
aiza : ape tu dol? [ketawa guling guling]
aiza : model ekonomi belum digubal lagi

yada..
yada..

aiza : isu balak lah weh
aku : isu balak?
aku : [pecarian 'wth' ni kau tengok kat kosmo]
aiza : balak haram
aiza : lepas tu tiba tiba
aiza : umie aida pilih tarikh lahir erma nikah di mekah

aku : bruni tak pakai coli tarik perhatian
aiza : [belasah] ngoii!!!
aku : [ketawa] kat berita harian

yada...
yada..

aku : tahu sikit saja lah.
aku : mungkin isu isu semasa ni dia akan tanya pendapat.....
.
.
.
.
aktiviti berlanjutan dengan sesi soal jawab nama nama menteri.
dan berakhir dengan....

"jangan lupa juga donlod lagu lagu best.
ready untuk karok nanti."
[ketawa]

Monday, March 8, 2010

benjamin button itu aku agaknya~

dia tanya umur aku berapa tahun?

aku jawab umur aku sudah dua puluh lapan tahun.

kata dia aku tak macam dua puluh lapan tahun. kata dia dengan wajah teruja.

habis tu kalau tak macam dua puluh lapan tahun, macam lapan puluh dua tahun kah, aku tanya.

bukan. bukan, kata dia. aku macam baru nak masuk lapan belas tahun. kata dia sambil sengih sengih.

nada bukan mengejek tapi aku tiba tiba rasa terhina [err...tak dapat fikir sinonim yang lebih tepat]. oke. berfikiran positif. aku awet muda, tak makan dek usia. bukannya perangai tak matang dan kebudak budakan.

lepas ni. aku fikir nak jawab umur aku tiga puluh tahun pula. lalu ambil gambar muka mereka yang terkejut kalah beruk.