Saturday, February 13, 2010

aku pun tak tahu siapa yang kekah bidan sepiah tu~

siapa kekah bidan sepiah?

buku misteri seram penuh aksi ni baru sampai semalam. dah sampai dua dua. aku tempah sebab maskara 19 bertembung dengan aktiviti berkhemah. tak dapat beli di ditu.
owh, satu lagi untuk cik kapitalis. dia pun tak pergi. tak ada teman katanya.
huh! dulu komplen buku buku soljah tak ada isbn. bar kod. tak daftar dengan perpustakaan negara. tak boleh terbit.
ye lah. orang kerja syarikat buku lah katakan~
hah!  tak nak kutuk kutuk dia lagi. mari sambung pasal bidan sepiah.


kulit buku
1. cik kapitalis syak pp adalah paling kiri. aku tak setuju. aku syak yang pakai baju putih antara mamat botak dan mamat baju belang tu adalah pp. kan pp ada iras iras pelakon. ala...yang berlakon cerita cuci tu. yang konon konon nak tackle erapajero tu....

2. syak wasangka kedua. pak cik vovin ialah yang memakai topi yang selalu aku nampak dia pakai. [banyak betul stok topi dia pesen macam tu...] owh! ada ekor harimau!
maum!

3. yang tak berbaju tu mulanya aku ingat dia pakai spender g-string. wah! berpinar pinar sekejap mata aku sebab menyangkakan dia adalah lelaki moden yang berani!
tapi salah. rupanya, tali pinggang dia sama warna dengan kulit belakang dia....kuikuikui....
[err...tok rimau ke? tak ada ekor harimau pun. jenis harimau sekolah ni!]

4. erm...siapa agaknya pemilik tangan berbulu kerinting kerinting pegang ekor harimau tu ya?

 

5. selalunya. kalau pesta buku, pembeli kena beratur untuk kutip tanda tangan penulis. tapi ini adalah layanan terbaik. penulis beratur nak bagi tanda tangan. ya. terbaik!

6. aku rasa pak cik vovin kot yang guna pen dakwat merah tu. baru lepas tanda buku sekolah aku syak. tapi dia tanda tangan atau melukis berudu?

7. aku baca berita muka surat awal. haram tak faham!

8. kemudian aku baca bab pertama. seram juga. [gelak takut takut] kemudian rasa mengantuk sebab baca waktu malam [serius bukan sebab takut]. ingat nak berhenti tapi ternampak, bila selak selak, 'teknik cakar harimau'. terus segar biji mata dan sambung baca.

9. tak faham lah apa tu 'wiki'. juga rasa kasihan pada ustad tu. baru saja kahwin. leha pun tak sempat tulis dalam blog yang ustad tu cukup tak syarat terakhir lelaki idaman leha~

10. aku tengok ada permainan di muka surat belakang. tapi ada beberapa peraturan yang aku rasa tak praktikal.

11 comments:

Aizuddin Jaafar said...

Spoil. Tak apa. Nasib baik sikit je

Pekerja Kontrak said...

ko oder ke??? kat mana???

mugiwara said...

si aiz - haha...spoiler ke?
tak apa. sikit saja kan?

pk - tengok kat sini...
http://sol-jah.blogspot.com/2010/02/siapa-kekah-bidan-sepiah-mula-dijual.html

FARYN said...

seram tak?

iina said...

cam interesting jek buku tuh.. ;)

Fyza d.Hana said...

cceeeeiiiittttttttttttttttttttttttt

mugiwara said...

faryn - seram dia suam suam susu...

iina - interesting....order le...

fyza - nape?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hahaha~

aku dah beli dan baca juga~


sudah review juga~

http://shafaza-zara.blogspot.com/2010/02/siapa-kekah-bidan-sepiah-hidangan.html

mugiwara said...

zara - ko dah pegi masuk forum blom?
tau dah sape yg kekah?
hihihi~

Sindiket Soljah said...

1. Cik Kapitalis betul. Kau salah.

2. Kau betul.

3. Harimau sarkis daaa.

4. Tuan Jenderal Sindiket Sol-jah

5. Kami akan terus memberikan yang terbaik untuk semua pembeli buku-buku kami.

6. Sperma.

7. Jangan kata kau, kami pun tak faham. Ha ha!

8. Kami dah agak, dah.

9. Benda yang itulah.

10. Harap dapat dikongsikan bersama.

Aizuddin Jaafar said...

Aku dah baca. Ok teknik cakar harimau memang best.

Ada masa yang aku rasa sedih atau seram tapi tak jadi sebab ayat-ayat yang digunakan sangat kelakar. Dan malam tadi aku gelak seorang.

Wikipakdia!