Monday, March 8, 2010

benjamin button itu aku agaknya~

dia tanya umur aku berapa tahun?

aku jawab umur aku sudah dua puluh lapan tahun.

kata dia aku tak macam dua puluh lapan tahun. kata dia dengan wajah teruja.

habis tu kalau tak macam dua puluh lapan tahun, macam lapan puluh dua tahun kah, aku tanya.

bukan. bukan, kata dia. aku macam baru nak masuk lapan belas tahun. kata dia sambil sengih sengih.

nada bukan mengejek tapi aku tiba tiba rasa terhina [err...tak dapat fikir sinonim yang lebih tepat]. oke. berfikiran positif. aku awet muda, tak makan dek usia. bukannya perangai tak matang dan kebudak budakan.

lepas ni. aku fikir nak jawab umur aku tiga puluh tahun pula. lalu ambil gambar muka mereka yang terkejut kalah beruk.

8 comments:

puding roti said...

besnya awet muda. sy awet tua :(

iina said...

benjamin button lahir jek dah tua.. ko lahir muda apa hahaha.. takpe biar dikata muda.. jgn dikata tua.. :)

Mak Su said...

huiyoo.... mungkin jugak, kannn

sharamli said...

nak sedapkan hati je tu..
jangan ser0n0k sgt!!
perasan!

F A R Y N said...

ko 28 ke? la...mati2 aku ingat ko muda dari aku..ish!

Si Aizuddin said...

Kau dah ambil pmr ke belum ni?

Fyza d.Hana said...

kalau ckp umur yg lagi tua dari umur sebenar.. mmg la org leh buat muka terkejut..
saje je kan sebenarnya... konon2 tunjuk diri da tua.. supaya org boleh kata diri awk tu muda..
ciittt...

mugiwara said...

puding - best kan? :p

iina - hehe...

maksu - ye munken tak munken. :p

sha - ada nada tak puas hati je aku rasa...hahaha...

faryn - ku bukan 28. muda lagi. dan mmg kau lagi tua dr aku.
hahaha

si aiz - tah dh brape belas tahun tah aku dh amek pmr.
hehehe...

fyza - jeles. kan?