entah apa yang emak tak puas hati, aku pun tak dapat nak pastikan.
dulu.
kawan aku kata,"kau cemburu dia tak gunakan nama kau ya?"
bila aku cakap pada dia,"sekarang ni asyik asyik, buat lagu tajuknya nama perempuan. dah tak ada idea lain ke?"
hah!
ada rasa macam deja vu tak?
********
tempoh hari aku pergi gunting rambut.
ada lagu rozana dari radio.
brader sebelah dah kerut kerut dahi. tunduk. kaki tak senang duduk.
kemudian, lepas lagu sudah habis, keluar pula lagu bpr.
ewah~ terus menyanyi masa tu juga. macam nak balas dendam tak menyanyi lagu sebelum ni.
aku syak.
dia tak mahu orang tahu dia peminat setia rochang noh lah.
haha.