Thursday, February 19, 2009

matlamat menghalalkan cara~

cik kapitalis bersuara tempoh hari. teringin nak makan menu baru kfc katanya.
puncanya aku dah dapat agak. mesti sudah baca entri azizi abdullah.
sah. memang betul dia rujuk entri itu.

aku cebik.
kemudian.
otak aku teringat semula butir butir dalam pelajaran titas, beberapa tahun dulu.
'matlamat menghalalkan cara'
ya. masyarakat mesia amat mudah diperdaya. apatah lagi jika bahan yang digunakan adalah makanan dan hiburan.
itulah senarai teratas umpan paling laris dan popular untuk mengalihkan perhatian muda mudi kita.

dan.
che' moon dan che' ayien merancang mahu makan tengah hari di mekdonel. mengajak aku juga.

aku tak mahu. tiada selera pula kebetulannya.
terasa sangat bersalah kata mereka. tapi teringin sangat. tak tahan dengan nafsu makan.
ya. kalau pasal makan memang orang mesia cepat kalah.

dan.
tempoh hari. selepas sesi audit untuk projek g, syarikat i di ampang, kami di bawa mengisi perut.
berdekatan stesen lrt ampang park terdapat sebuah balai polis. belakang balai polis terdapat sebuah kompleks yang kau lebih tahu namanya dari aku. sekarang sudah roboh.
aku baru tahu.

itu bukan isu.
yang menjadi isu ialah kami lapar. dan mahu makan.
lalu 'tuan rumah' mendahului menunjuk jalan. kami melangkah penuh yakin ke pizahat. tanpa riak muka bersalah.
dan selepas makan, sebelum meneruskan sesi audit, kami mengeluh pada diri masing masing. mencela pada penindasan terhadap orang muslim palestin.
jelas. sungguh jelas terpacar cahaya seorang hipokrit di wajah kami.
dengan alasan. orang yang belanja, bukan guna duit kita.
atau. terpaksa. kira darurat-lah ni. nanti mereka kecil hati.

kemudian aku teringat kembali butir butir dalam pelajaran titas, beberapa tahun dulu.
'matlamat menghalalkan cara'
entri encik azizi diterima pakai. haha.


aku pun antara orang orang yang terpedaya. pasal makan, aku memang kalah.
huhu~

21 comments:

Mak Su said...

aku tak mahu terlibat ngan boikot. aku cuma usaha nak elakkan selagi terdaya. so far, ok. aku tahu, aku juga makhluk yg mudah tertipu dengan kata2 manis :(

CIVIC Power said...

Skang McD wat promo lunch Rm 5.95 aje.. dari 12 tgh hari sampei 3 ptg.. Hah macam mana tuuu..
Pergi makan (murah dari biasa) lepas makan (teringat orang teraniaya)..
Urm.. teman makan nasi kandar ajelah

sharamli said...

asalkn bnda mkn tu halal

tasikmerah said...

aku hari tu pun kalah dgn mekdi. prosperity sungguh menggoda. haih~



.

arfahadnan said...

baru makan pizza semalam..

org belanja..

waaaa....

mugiwara said...

maksu - di mesia, bila nk boikot, kita yg tersepit. sbb xde alternatif. lgpn nafsu makan sy mmg susah nk kawal. huhu.

civic - td bru dpt sms promo kfc. macmana tu?

sharamli - ye kan? xbek haramkan apa yg dh dihalalkan...
makan makanan yg halal dan bersih.
'bersih' tu yg slalu dikhuatiri.

tasik - haih~ apa nk jd ni?

mugiwara said...

arfah - org nk belanja. xkan nk demand2 kan?
aku paham....aku paham...
huhu...

julie^beth said...

aku pon selalu aje kalah dengan makanan.. lagi pulak time2 nak cepat, ape lagi, terus fikir fast food.. so far ok lagi.. doakan aku terus kuat.. kita manusia biasa.. syaitan sentiasa ada disekeliling.. huhu

SOHO Mama said...

I pun tak tau la nak ckp pasal boikot2 ni..kesian jugak tengok anak2 melayu yg keja kat mekdi, pizahat etc..? Mcm diaorg pulak yg bersubahat dgn apa yg terjadi at the other side of the world..?

Tadi baru Amsyar tanya, "Mama, Kit Kat tu dibuat kat Israel ke?" *gulp*

Monkey D Luffy said...

susah ek... hehehe

MaNuSiA_RuMiT said...

nasib baik aku masih lagi bertahan..

Kikuri said...

Ayam goreng taruk kunyit ngan garam, lagi kaw2! Takyahla pegi kentaki...

Pastu, lempeng cicah sambal tumis lagi mengancam dari pizahat. Aku still boikot and so far, still strong!

@t00neY r00neY® said...

haih..
cane nih...

aku yg kompius..

kakpiah said...

akak sampai ari nih masih bertahan tak makan kt mekdonel lagik.. mati selera gitu..
walhal dedolu seminggu paling kurang tiga kali musti terjah ke sana... kfc lagik la.. dah kat setawon kott tak makan....

atiza said...

akak ada mekdi nya voucher RM20 hadiah besday from Bank...nak expire bulan April ni..how?

Nas said...

statkat ni aku berjaye lg..\0/ tp bln lepas baru mkn sbb besdei party sepupu aku,hidang kfc,pizza hut,air coke..sume yg boikot tuh..huhu...berjaye dlm x berjaye...huhu

wahyudimy said...

After all,everyone deserve to choose:-)

mugiwara said...

julie - bagus...bagus...

SOHO mama - rasa seba salah kan?

luffy - agak2, susah x?

manusia rumit - sampai bila tu?

kikuri - escapism yg bgus~

@tooney - sama2 la kita konpius yek~

kakpiah - ewah~ mati selera...okie la saya percaya...

atiza - kak, itu taktik tu....tp kalau tak gnekan, membazir lak. kan? kan? huhuhu~

nas - kau tewas la maknanya tu!

wahyu - apa pilihan kamu?

jon hafkian said...

i thought kit-kat tu buat kat China.
sebab kes melamine tuh
n orang kata jgn makan kit-kat
sbb ada melamin

yes...everyone deserve to choose
something to ponder
kalau mkn kat kedai mkn
abis die ketuk kita harga mahal2
kalau bkn org die(bangsa die)
cth g nasi kandar,tapi aku bkn anak mami
habislah duit aku nk byr
mau kene draw duit dr atm
ahaks....

so mmg aku suka mkn fastfood je kalau keluar
mana ada die kasi aku harga mahal
hanya krn aku ni melayu bkn anak mami

Fyza d.Hana said...

on da way balik umah dari ofis.. hari2 tgk billboard besar pasal promo lunch mcD tu.. aii..hari2 digoda.. aii..camner tu??

mugiwara said...

jon - haih~ apa boleh buat...

fyza - kuatkan semngat. kamu boleh! (tiru iklan kfc.haha.)