Thursday, July 29, 2010

jadi ikan puyu~

sudah dua hari.
ya. dua hari ni aku jadi ikan puyu.
bodoh ja rasanya duduk menghadap komputer tak ada internet.
buat kerja tanpa selingan internet sangat bosan rupanya. atau.

atau aku sudah larut dengan internet?
mungkin juga aku sudah ketagih dengan internet.
adakah ini bayaran yang terpaksa aku beri untuk kemajuan?
[cewah! macam mat belia pula]


cerita lain.

ada dua orang mamat nak beri dua tiket premier cerita salt pada aku dan cik kapitalis.
dan. aku yang bijak lagi cerdik ni pun menolak.
kalau cerita tu best, memang aku akan ketawakan diri sendiri dulu!

cerita lain.

lain kali kita cerita ya.

Tuesday, July 20, 2010

diari seorang lelaki~

1. aliaa sudah terima pengajaran. jangan bawa aku tengok cerita seram. jadi dia cari orang lain untuk tengok cerita mantra.
2. cik kapitalis ajak tengok mantra. tapi ajak ajak ayam saja tu. eleh...faham sangat dia tu. nak belanja tengok wayang? tak mungkin.
3. lagi enam hari sebelum hantar surat letak jawatan.
4. tak sabar sabar nak tengok anak mid dan muin.
5. sejak buka akaun facebook, sudah kurang singgah di sini.
6. kemaskini status di facebook lebih cepat.
7. bukan tak ada masa kemaskini 'harta karun' tapi malas.
8. itulah pasal. asal sampai di ofis ja, mata secara otomatis jadi kuyu, badan pula jadi lesu. malas sungguh!
9. mendaki bukit bersama sama enchek bos dan enchek pengawas. pancit pula! stamina sudah tak ada akibat malas bekerja mungkin.
10. perut sudah mula menunjukkan tanda tanda yang menakutkan. saiz seluar yang selama ini 28 akan bertukar menjadi 30 kah?
11. pergi pesta bon odori di shah alam bersama aiza dan nas setelah diajak oleh kerol. hampeh! tak nampak pun batang hidung si kerol. aku syak dia pun menari dalam bulatan bersama sama puak puak jepun yang lain. boleh ke? bukan itu perayaan buddha jepun untuk memperingati nenek moyang ke?
12. hari ahad bermalas malasan dalam bilik. rancangan untuk mengemas buku langsung tak jalan. sekali lagi. hampeh!
13. malam ahad ada konsert dir oleh koir kebangsaan. nyanyi lagu lagu sudirman. tapi sound system tak berapa menepati selera.
14. sepatutnya meja aku makin kurang kertas kerja tapi sebaliknya pula yang berlaku. macam tak bagi aku letak jawatan ja.
15. berdoa penyakit aku ni akan hilang. penyakit malas ni la~

Wednesday, July 14, 2010

lolly sudah parah~

lolly dah parah.

mood?


hilang dibawa angin bayu.





tiba tiba rasa nak menyanyi!

Tuesday, July 13, 2010

burung sudah terbang

tadi petang.
selepas dengar bfm.
dan dan tu aku terasa macam nak bedah otak p ramlee. kalau ada lagi. 
[orang ketiga dalam senarai aku selepas eiichiro oda dan dr. mahathir]

beliau memang sangat mendahului zaman. tak kira dalam filem yang mana pun.

juga.
jangan kata kau tak suka cerita cerita beliau dan tak ingat satu pun dialog filem filem beliau.
tipulah...

tapi kenapa nak bedah lepas dengar bfm?

sebab.
dia beritahu, wall post dalam facebook tu sebenarnya sudah ketinggalan. zaman p ramlee dah buat dah. cuma. his wall post is literally wall post. tampal kat dinding.

aku suka status 'burung sudah terbang'.
boleh tak, dalam facebook, tukarkan daripada 'its complicated' kepada 'burung sudah terbang'?

perhatian : rujuk cerita masam masam manis

Saturday, July 10, 2010

alasan~

rancang.
nak pergi melaka hari sabtu ni.
makan durian!

tapi semalam che mon kata sabtu ni enchek bos suruh pakai tracksuit. nak ajak jungle tracking la tu...

aku kata pada che mon, tapi saya mc sabtu ni~

Friday, July 9, 2010

pertama kali tengok wayang dengan perasaan berdebar debar~

semua orang pernah ada kali pertama. aku percaya.

tapi semalam adalah kali pertama bagi banyak errmmm...ya agak banyak perkara jugalah untuk aku.

walaupun bukan kali pertama keluar tengok wayang berdua dengan aliaa.

tapi. inilah pertama kali aku tengok wayang guna voucher free.

juga pertama kali tengok wayang cerita siam.
oh ya! cerita hantu pula tu! pertama kali tu....
cik kapitalis pun tak berjaya bawa aku tengok cerita hantu.
dengan aku yang tak suka tengok cerita seram ni. aku syak, kali pertama juga aliaa tengok cerita hantu dengan orang macam aku. haha.

oh ya.
budak budak lelaki sebaris dengan aku pun sama spesis juga dengan aku.
penakut!

haha!
macam mana boleh tak perasaan tu cerita seram. entah berapa banyak kali aku sumpah hantu tu 'bodo!'. [padahal bukan ngeri sangat pun hantu tu. serius.] aliaa kata, bosan lah cerita ni.

aliaa.
sila berkawan dengan cik kapitalis.

Wednesday, July 7, 2010

syaithon yang meletihkan~

tak lama dulu.
bila aku beli luggage, malam tu aku pergi mengembara dengan seronoknya. tak apalah. itu boleh diterima. sebab aku suka.

hari tu.
aku pergi karok dengan kawan kawan. bukan lama pun. aku pun menyanyi macam tak menyanyi. tapi malam tu, tiba tiba aku jadi drummer yang hebat. buat persembahan solo. tak pernah pula aku dengar drummer boleh buat persembahan solo. kalau ada yang pernah dengar, sila beritahu aku.

pernah satu hari tu.
pergi popular. cari buku buku best untuk dibaca. salin tajuk mana yang belum mampu nak beli lagi. sebab kena tunggu belanjawan akan datang. malamnya, aku pula jadi buku. apahal pula! aku kata. kalau jadi ulat buku [ulat secara literalnya] boleh juga aku terima.

ada sekali tu.
lepas habis discussion, ada pula meeting petang tu. terpaksa balik lambat. bila dah balik, malam tu sambung pula meeting lagi!
adoi! letih lah. kalau nak suruh aku kerja dua puluh empat jam tanpa henti. ingat aku ni stesen radio ke? agak agak lah kan~

syaithon ni pun tak makan saman.
aku dah basuh kaki, dah baca doa dah sebelum tidur.
degil juga!
nak juga ajak bermimpi yang mengarut ngarut tu!

Thursday, July 1, 2010

melegakan ketegangan~

sementara tunggu hujan reda sebelum boleh pulang ke rumah. aku. melilau lilau secara liar ke blog blog orang lain yang tiada dalam senarai sendiri. dan aku baru sedar bahawa pemikiran aku sudah jadi tak betul. sejak kebelakangan ni.[selepas baca blog blog tersebut] haha! aku terlalu serius, mungkin. [blame goes to work stress!]

oke. untuk tahu betul atau tak yang aku sudah bukan aku. eceh. mari kita dengar apa kata mereka sepanjang setengah tahun ini. [juga termasuk beberapa tahun lepas] secara rawak.

aimi : eh? bukan kau memang skema sejak dari dulu ke?
nas : insyaAllah aku akan doakan.
kerol : thanks kapten!
cik kapitalis : jangan dekat dengan dia. nanti dia keluarkan gas beracun!
cine : dia lah orang paling last ada handphone. so, aku syak, mesti lah dia susah nak tukar nombor. aku aim dia saja lah.
izzat : jahanam kau!
mak : kau ni dah mental ke? cakap sorang sorang....
cik artis : adik dengan abang sama saja!
aiza : tolong tengokkan obok untuk aku!
lolly : tolong jangan pijak saya. nanti saya mati.
zul : kau nak cari yang mata biru ke mata hijau?
abah : .........
cik kapitalis : si busuk!
aliaa : kau tahu tak?
enchek bos : tolong pergi hantar document dekat client
tiqah : kalau karok, kau mesti nak nyanyi lagu abba kan?
kikuri : nice chatting with you
mid : dah bersalin nanti aku mesej kauorang ya!
mak : kau nak kahwin? nanti aku cari kan. dekat ja. anak cik besah tu!
gdot : macam mana lah aku boleh berkawan dengan kau ni?
aliaa : kau ni kelakar lah.
kerol : sini lah ofis kita. hq dekat depan sana.
abah : kau dah makan belum?
izzat : kau nak aku slow macam mana lagi?!!
aiza : macam mana dengan aktiviti tembak tembak?
che mon : jom lah. ikut pergi europe.
naj : dalam banyak banyak orang kat fakulti tu, macam mana lah boleh kita pula yang terserempak awak dengan budak perempuan yang nangis tu kat tangga fakulti....
nas : raya tahun ni tak dapat lah nak rasa sup daging kasih sayang mak kau.
shahrimi : kau nampak lain lah. dah tak cam. rambut dah tak macam dulu.
uncle kontraktor : itu anak you ke? mata besar macam you lah.

haha...relevan ke?
tapi..
ada banyak lagi....
lain kali aku rekod kan?
haha...
seronok dapat kenal dengan mereka!