tak lama dulu.
bila aku beli luggage, malam tu aku pergi mengembara dengan seronoknya. tak apalah. itu boleh diterima. sebab aku suka.
hari tu.
aku pergi karok dengan kawan kawan. bukan lama pun. aku pun menyanyi macam tak menyanyi. tapi malam tu, tiba tiba aku jadi drummer yang hebat. buat persembahan solo. tak pernah pula aku dengar drummer boleh buat persembahan solo. kalau ada yang pernah dengar, sila beritahu aku.
pernah satu hari tu.
pergi popular. cari buku buku best untuk dibaca. salin tajuk mana yang belum mampu nak beli lagi. sebab kena tunggu belanjawan akan datang. malamnya, aku pula jadi buku. apahal pula! aku kata. kalau jadi ulat buku [ulat secara literalnya] boleh juga aku terima.
ada sekali tu.
lepas habis discussion, ada pula meeting petang tu. terpaksa balik lambat. bila dah balik, malam tu sambung pula meeting lagi!
adoi! letih lah. kalau nak suruh aku kerja dua puluh empat jam tanpa henti. ingat aku ni stesen radio ke? agak agak lah kan~
syaithon ni pun tak makan saman.
aku dah basuh kaki, dah baca doa dah sebelum tidur.
degil juga!
nak juga ajak bermimpi yang mengarut ngarut tu!

1 comment:
aku syak ko baca doa masuk tandas,kekekeke
Post a Comment