Thursday, December 30, 2010

status~

oke. ini adalah beberapa status dan komen yang sempat aku kutip dari kawan kawan di facebook.
nama dari profile terpaksa ditukar atas alasan privacy.

zul - perghh..siap standby bomoh hujan kt bung karno takut presiden kena hujan..haha..mcm2 hal la diorg ni..

izat - en fahmi sudah mula temper...sat lagi kalau dia tampar teammate dia pun mmg patut...

fiza - alhamdulillah.. syukur.. kita menang akhirnya..tp jgn cpt lupe diri..

izat - mode for malaysia!!!

zul - ap la guna menang semua game kt bung karno kalo x dpt angkat piala aff..haha 

saril - kompem jersi msia laris la weh!!!

izat - fahmi adalah calon menantu kesayangan ibu-ibu malaysia mlm ini... hihi

ida - weh, rumah tgga aku tergugat dek kerna budak fahmi ni...

fiza - abam-abamku menang.. yeahhhh!!..dapat cuti free.. yeaaaaaaaahhh!!!

aiza - kumplan lala! kumplan lala adeeeeeee lalalalalalla..hahaha..cop2..mustahil ko tgk bola... perlu ke aku tny ko soklan y same aku tny si ayoi..hikhik .ok2....testing skit...ape beza kad kuning dan merah?

rosman - "Congratulations 2 Malaysia who beat Indonesia in the Suzuki cup final. I played against Malaysian u23 team 18months ago, quite a good team." Rio Ferdinand .. From Twitter

nas - Tangan bahu ke bahu kwn sebelah!!!kaki melompat kiri dan kanan!!\0/
  
ain - skrg tgh perang twitter/facebook btwn msia n indon
 

tahniah.

tapi walau apa pun, aku tetap sedikit keciwa.



mana coli laser!!!!

Monday, December 13, 2010

hantu kak limah pulang ke rumah filem lapan ribu [anggaran]~

katakan satu filem tu ditayangkan di semua pawagam dua sesi sehari. ini untuk memudahkan kira kira secara kasar saja. oke.
katakan satu filem tu ditayangkan dua sesi sehari. setiap sesi ada satu dewan sebanyak dua puluh baris dengan dua puluh kerusi setiap baris. dan katakan dewan itu penuh setiap tayangan. maka, sudah 800 orang yang menonton. tapi nanti dulu!

bukan ada satu pawagam sahaja. di mesia ni ada berapa banyak pawagam. oke malas nak gugel, kita anggarkan ada sepuluh pawagam saja. aku tahu, mengarut dan tak lojik sungguh kalau cuma ada sepuluh pawagam diseluruh mesia yang ada empat belas negeri yang aman makmur dan sesetengah negerinya diketahui umum ada beberapa pawagam. tapi macam aku kata mula mula tadi, ini untuk memudahkan kira kira saja. oke.

jadi sekarang, jumlahnya ada 8000 orang yang menonton cerita hantu kak limah balik rumah dalam satu hari tanyangannya. tak mahu cakap lah pasal orang yang mengulang ke pawagam menonton kali ke entah ke berapa. sebab aku bukan mahu buat kira kira keuntungan pakcik mamat.

kalau 8000 orang itu ada blog atau facebook atau sekurang kurangnya tweeter, maka sudah ada 8000 orang komen atau ulas pasal filem itu. itu belum lagi mengulang untuk komen. komen pada komen orang lain di blog, komen pada komen orang lain di facebook, komen pada komen orang lain di tweeter. mungkin. tapi itu tolak tepi, kita cuma ambil 8000 komen.

maka, tak payahlah banyak banyak aku nak ulas lagi. tak gitu?

aku tak tahulah kalau filem ni boleh pecah panggung tapi yang pasti filem ni memang kasi pecah perut. oh ya! mulut aku hampir cramp juga.

Thursday, December 9, 2010

harijadi~

hari ini harijadi cik kapitalis.
hari ini juga filem hantu kak limah balik rumah ditayangkan.

hari ini kami nak tengok filem itu.
dah suruh cik botani belikan tiket. dah bagi duit untuk dia belikan tiket aku. cik kapitalis pun dah bagi duit untuk belikan tiket dia.

tapi semalam cik botani pulangkan duit aku tu. ceh! tak laku duit rm50 aku tu rupanya.
dia tak pulangkan duit cik kapitalis. ceh! kapitalis menggunakan kuasa kapitalisnya.

oh! tak apa.
yang untung aku. kapitalis kadang kadang bagus juga dibuat begitu. pedulikan harijadinya kah, hari belum jadinya kah. haha.

yay!
cik kapitalis belanja tengok wayang sempena harijadi beliau~



kemaskini:

dah kena marah dengan cik kapitalis bila dia dapat tahu.

dia kata, jangan ingat tiket free ya. kena bayar!
dia marah dalam ym.

huu...kena marah~

Monday, December 6, 2010

amoi~

hari tu berjalan jalan kat bukit bintang.
entah ceruk mana entah aku pusing pusing pun aku tak tahu.
sedar sedar dah tempat tak ramai orang. malam. gelap. lampu pun macam lampu tidur.
kena patah balik ni. kata aku. sesat dah ni. ketawa dalam hati.

sekali ada suara tegur. buat aku terkejut ja.
rupanya apek ni nak jual 'ayam'.
abang, amoi. amoi. cun punya amoi.
aku yang terkejut tadi, lagi lah naik seram.
meremang bulu bulu dibadan. dup dap dup dap jantung aku.
aku kata tak nak.
amoi. amoi. murah saya kasi, bang


celaka!
lagi laju lah aku jalan.
nanti tak pasal pasal gugur iman aku. aku bukan kuat sangat.
nasib baik dia tak tarik tarik tangan macam makcik hari tu.


err....aku macam terdengar dia cakap kasi murah, tak sampai rm50!
tu mesti bawa penyakit tu.
aku tak nak beli penyakit.
[tu la namanya cari penyakit]

Saturday, December 4, 2010

tarik~

aku tak berapa suka sangat dengan penjual penjual yang suka tarik tarik pelanggan. tarik secara harfiahnya.
kalau dia bising bising dengan mikrofon ke, jerit jerit untuk tarik perhatian pelanggan masih lagi aku boleh abaikan. ni sampai nak tarik tarik tangan aku ni apahal pula.

nak bagi flyers, aku ambil. nak calit krim entah apa kat muka aku, aku tolak. lepas tu tak payah la nak paksa paksa, tarik tarik tangan saya makcik. malu tu satu hal lah kan. lepas tu yang makcik nak bersungut saya tak nak cuba produk makcik tu kenapa.

oke lah. disebabkan makcik cuma nak mencari rejeki halal, saya tak marah marah makcik lagi. dah. sudah sudah lah bersungut ye makcik. cik artis senggugut pun tak sesungut macam makcik. kalau bersungut sangat, nanti rejeki lari. macam saya lari dari makcik tu. mungkin rejeki  lari lagi laju dari saya kot....

Thursday, December 2, 2010

lepas~

cik botani sudah konvokesyen senin lepas.

tahniah!

Wednesday, December 1, 2010

tahniah~

kepada kawan kawan yang bakal dan baru melangsungkan perkahwinan.
aku ucapkan tahniah dan doakan insyaAllah yang baik baik saja untuk kalian.
kalau aku tak datang jangan kecil hati.

kepada yang baru mendapat cahaya mata.
juga. aku ucapkan tahniah.
aku doakan insyaAllah yang baik baik saja untuk kalian.


yang masih mencari pasangan yang sesuai.
sama macam aku ni.
sama sama lah kita menyanyi lagu rabbani, cari pasangan.