Saturday, December 4, 2010

tarik~

aku tak berapa suka sangat dengan penjual penjual yang suka tarik tarik pelanggan. tarik secara harfiahnya.
kalau dia bising bising dengan mikrofon ke, jerit jerit untuk tarik perhatian pelanggan masih lagi aku boleh abaikan. ni sampai nak tarik tarik tangan aku ni apahal pula.

nak bagi flyers, aku ambil. nak calit krim entah apa kat muka aku, aku tolak. lepas tu tak payah la nak paksa paksa, tarik tarik tangan saya makcik. malu tu satu hal lah kan. lepas tu yang makcik nak bersungut saya tak nak cuba produk makcik tu kenapa.

oke lah. disebabkan makcik cuma nak mencari rejeki halal, saya tak marah marah makcik lagi. dah. sudah sudah lah bersungut ye makcik. cik artis senggugut pun tak sesungut macam makcik. kalau bersungut sangat, nanti rejeki lari. macam saya lari dari makcik tu. mungkin rejeki  lari lagi laju dari saya kot....

3 comments:

Rozita said...

terdesak nak tambah pendapatan..mcm2 cara org meniaga

Si Aizuddin said...

Kalau meniaga minyak dagu macam tu boleh musnah negara.

Irah Aizi said...

huyyo.... boss kene tarik tangan..
untunglaaaaa kene tarik tgn nye pun..~~
sesungut tu bukan binatang punye anggota badan tu ke????? o_o