Monday, December 13, 2010

hantu kak limah pulang ke rumah filem lapan ribu [anggaran]~

katakan satu filem tu ditayangkan di semua pawagam dua sesi sehari. ini untuk memudahkan kira kira secara kasar saja. oke.
katakan satu filem tu ditayangkan dua sesi sehari. setiap sesi ada satu dewan sebanyak dua puluh baris dengan dua puluh kerusi setiap baris. dan katakan dewan itu penuh setiap tayangan. maka, sudah 800 orang yang menonton. tapi nanti dulu!

bukan ada satu pawagam sahaja. di mesia ni ada berapa banyak pawagam. oke malas nak gugel, kita anggarkan ada sepuluh pawagam saja. aku tahu, mengarut dan tak lojik sungguh kalau cuma ada sepuluh pawagam diseluruh mesia yang ada empat belas negeri yang aman makmur dan sesetengah negerinya diketahui umum ada beberapa pawagam. tapi macam aku kata mula mula tadi, ini untuk memudahkan kira kira saja. oke.

jadi sekarang, jumlahnya ada 8000 orang yang menonton cerita hantu kak limah balik rumah dalam satu hari tanyangannya. tak mahu cakap lah pasal orang yang mengulang ke pawagam menonton kali ke entah ke berapa. sebab aku bukan mahu buat kira kira keuntungan pakcik mamat.

kalau 8000 orang itu ada blog atau facebook atau sekurang kurangnya tweeter, maka sudah ada 8000 orang komen atau ulas pasal filem itu. itu belum lagi mengulang untuk komen. komen pada komen orang lain di blog, komen pada komen orang lain di facebook, komen pada komen orang lain di tweeter. mungkin. tapi itu tolak tepi, kita cuma ambil 8000 komen.

maka, tak payahlah banyak banyak aku nak ulas lagi. tak gitu?

aku tak tahulah kalau filem ni boleh pecah panggung tapi yang pasti filem ni memang kasi pecah perut. oh ya! mulut aku hampir cramp juga.

3 comments:

puding roti said...

tiba2 sy yg penakut ni rs nk pegi tgk citer hantu mak limah ni. awk berjaya mempengaruhi sy. tahniah hoho

k.e.r.i. said...

mana lagi best, ngangkung @ kak limah?

FVN said...

aku jugak yg tak pergi tgk lagi :(