aku tegur bona. aku panggil dia bonamona. sengaja nak menyakat.
tapi nama dia macam lagu kumpulan suju pula. maka dia jadi bangga.
aku kata sikit masa lagi nama aku pula jadi lagu kat jepun. aku kata, aku mahu ayumi yang nyanyi lagu yang tajuknya tu nama aku.
bona kata nama aku biasa saja.
lepas tu aku kata, bila orang dah nyanyi nyanyi nanti, dah tak macam biasa dah....
bona kata, kenot. tak sesuai.
kata bona lagi, susah. nama orang laki orang tak buat lagu. perempuan ja.
tapi bila fikir fikir balik, aku rasa tak mahulah nama aku orang buat lagu. nanti pergi mana mana ja, orang nyanyi nama aku pula. [perasan]. pelik ja nanti.
dan jijik pula nanti aku rasa.
bona ketawa. bona kata, malas ja nak cakap tadi. takut kecil hati...
dan sampai sudah, terbayang bayang orang nyanyi nama aku bagai nak rak.
aduh! jijiknya!!!
3 comments:
Wahhh!!! Aku tak sangka kau layan gak Suju... hahahah...
Aku harap satu hari nnt, impian kau 'aku mahu ayumi yang nyanyi lagu yang tajuknya tu nama aku.' akan tercapai hendaknye...
"mugi oh mugi"
macam tu ke agak-agak lirik lagu dia?
Tu dah mcm lirik, katak oh katak.... hahahah...
Post a Comment