Wednesday, June 30, 2010

tak diingini~

sekarang ni remaja remaja sudah tak perlu takut mengandung luar nikah. dan tak perlu takut dosa bunuh bayi yang tak berdosa. cuma perlu sorok perut selama beberapa bulan. kemudian hantar ke orphancare. mudah.



tapi.
betulkah cara ini? matlamat menghalalkan cara kah?
mungkin mereka fikir boleh membendung gejala buang bayi. tapi aku tak fikir boleh membendung gejala zina.
tak fikirkah apa perasaan budak tu bila besar nanti?
pusat jagaan bayi yang tidak diingini. pada fikiran pesimis aku, budak budak tu akan membesar dalam keadaan psikologi dan emosi yang tertekan sambil berusaha meyakinkan diri bahawa masih ada yang mahukan dia. dia bukan seorang yang tidak diingini.
aduh! susahnya hidup dengan fikiran macam tu....


satu hari nanti, kalau kauorang dah tua [mak bapa kepada bayi yang dibuang tu] dan dibuang, tak diingini oleh anak anak sah taraf kauorang, tak payah lah susah susah tadah tangan mohon tuhan bagi balasan buruk pada anak anak tu. muhasabah diri. tu sebenarnya balasan untuk apa yang pernah dibuat masa muda.

perhatian : peringatan untuk diri sendiri juga....

5 comments:

Nas said...

selagi kita ada kesedaran yang perbuatan tu sgt keji..Insyaallah, Allah pasti lindungi kita.. ^_^

paiseh said...

negara islam. kunun~

Kikuri-hime said...

Memangla tak bole nak bendung zina. Tapi atleast cara ni dpt selamatkan baby yg tak berdosa. Masyarakat kita mmg x malu bab2 berzina tapi malu bab2 anak luar nikah.

Kesian kat baby2 yg dibunuh sebab perasaan malu mak bapak yg tak bertanggung jawab...

Sebab negara islam la kite kene wat camni. Kalu negara bkn islam, depa mane ade bende camni sebab depa tak kisah bela anak luar nikah...

k.e.r.i. said...

ko ada pengalaman buang anak ke?

@tune® said...

nauzubillah...