tahniah buat sepupu aku yang bakal jadi isteri orang esok.
takziah buat keluarga nas yang baru kehilangan seorang ahli keluarga tersayang. al-fatihah.
bila ada kenduri ramai yang seolah olah [maaf kalau offensive] memaksa teman teman rapat atau saudara mara untuk datang. lebih lebih lagi kenduri kesyukuran atau perkahwinan.
aku ialah orang yang tak rajin pergi majlis kenduri. kecuali jika betul betul aku rasa berbaloi untuk pergi [maaf kalau offensive] atau ada orang yang bawa aku pergi. entah. perangai pelik ni, aku sendiri pun tak faham macam mana boleh wujud dalam diri aku.
kata orang, kalau kau tak pergi kenduri orang, orang pun tak mahu pergi kenduri kau nanti.
kata mereka. nanti kau kahwin, tak ada siapa nak pedulikan. nanti kau mati, tak ada siapa nak uruskan.
tapi pada aku, kenduri kahwin atau kenduri arwah yang dibuat sekarang lebih membebankan tuan rumah saja. kesian. itu yang aku rasa [walaupun rasa kesian juga pada makanan yang dibazirkan kerana aku tak datang].
kenduri sekarang mana mahu buat kecil kecil, cukup syarat saja. nanti apa orang kata.
itu sebenarnya yang dirisaukan mereka. kiasu.
[dan mulut mulut jiran jiran yang macam gamp*** ni memang betul betul membencikan!]
aku cuba bayangkan.
orang yang baru mahu mulakan hidup. tapi terpaksa berhabis untuk menggembirakan orang lain dan terpaksa senyap senyap mengeluh sendiri [senyum depan semua orang] kerana memikirkan kos sara diri selepas ini. mungkin ada yang kata, itu adalah apa yang sepatutnya kau dah fikir sebelum kahwin. kalau tak mampu kenapa nak buat yang besar besar. [tunding jari]
ada juga tetamu yang menghulur. tapi kemudiannya bertanya, patutkah tetamu yang menghulur sedangkan kenduri kahwin ni memang untuk menjamu. ini dah macam pergi restoran, makan dan bayar!
entahlah~
dan aku cuba bayangkan juga.
orang yang baru kehilangan. sumber pendapatan akan berkurangan. mungkin tiada langsung. tapi kerana mahu menjamu tetamu atas rasa hormat pada tetamu, dan adat melayu tak biarkan tetamu lapar katanya. maka, bersama kesedihan yang masih belum hilang, kenduri diadakan dan orang ramai [baru mahu] datang. entah ada entah tidak orang yang menghulur. sedangkan mahu gali kubur pun perlu berbayar.
entah siapa sanggup galikan percuma atau merewang bergotong royong seperti di kenduri kahwin. bawa buah tangan pun belum tentu, inikan pula hadiah. [bawa hadiah pergi kenduri arwah kan gila namanya].
entahlah~