Tuesday, December 29, 2009

koir~

izzat ajak tengok koir.
aku setuju. teruja sungguh. lebih lebih lagi katanya koir tersebut adalah koir kebangsaan.

koir.
aku akan terbayang beberapa baris manusia di atas pentas. lelaki dan perempuan di baris berasingan. mencontohi kumpulan nasyid aku fikir. kemudian pakai baju ala ala boria tanpa ropol dan renda. atau kot yang smart habis dan berdiri tegak dengan bahu mengiring.

tapi aku salah.
mereka tak pakai baju ala ala boria tanpa ropol dan renda.
mereka tak pakai kot smart pun.
juga tak berdiri tegak dengan bahu mengiring. [malah bergerak aktif atas pentas.]
itu klise.
[kalau untuk konsert dirgahayu tuanku, mungkin lah begitu aku fikir.]

cuma.
ketika babak mereka mahu masuk ke pentas, aku kerut dahi sedikit.
sebab terasa seperti menonton sketsa budak budak sekolah untuk majlis penyampaian hadiah atau acara talentime. juga buat aku terfikir majlis makan malam pra graduan.

sekali lagi aku silap.
tak patut nilaikan luaran.
suara mereka memang bagus. [kalau tak syafinaz dah tendang awal awal lah]
kurang cekap menari tu bukan masalah besar. mungkin mereka bukan lahir untuk menari.
aku juga. bukan lahir untuk menari. apatah lagi menyanyi.
hurm~


dengan tiket rm10 bertempat di dewan tunku abdul rahman matic, aku rasa ianya berbaloi. terima kasih kepada izzat yang membawa kami.

banyak juga gubahan lagu yang menarik. tapi aku paling suka 'if love has wings'. dan baru tahu komposer asal adalah franz liszt.


perhatian:
1. dan tiba tiba saja aku mahu dengar 'strangers in the night' digubah untuk koir
2. ya. aku lah mamat yang tersalah orang tu. mahu bergambar dengan pemain piano tapi tersalah orang. dan ya. aku masih menanggung malu yang serius sehingga kini.

9 comments:

DrNotts said...

kenapa nama aliaa tak ada dalam tulisan ni? bukan ke dia pergi juga? ke, dia lari ke tempat lain dan meronggeng ke tempat lain!! musykil ni!! "alongggg, kemana awak pergi malam tu???

mugiwara said...

eh! dia ada! [balas dengan segera!]

kami berdua lah yang bergambar sakan dalam hall.
dia kata, kita ja ke yang beria ia.
kata saya, alah...kita kan kali pertama. diaorang tu mungkin dah banyak kali.

[kemudian salah orang nak bergambar sama!]

I'm Seri said...

Salams.

Like this story.

Mak Su said...

maksu masuk koir, tapi bahagian turun naikkan langsir dewan.... hhmmm

DrNotts said...

(masih tidak percaya) mana buktinya yang along pergi sama. bukan saya tak percaya dia pergi tapi saya sangat tidak percaya (hahahah gelak mengilai-widad tolong gelakkan!) so sila letak gambar tanda bukti yang sahih!
"nak kono along ni!" sambil mengambil kayu baseball.

sharamli said...

dah tu..bergambar dengan siapakah?

hyde said...

hurmm..
klo yer pon x nak ajak geng la cordo (trus officially geng la cordo nama diberi k), inform2 la weh...
makan sorang tol la..

iina said...

wah cam best jek koir nie.. last tgk koir rasanya zaman sekolah dulu.. ;)

mugiwara said...

iris - hehe...terima kasih.

maksu - peranan penting juga tu.

auntie - sila lah percaya~ pliss~

sha - bergambar dengan penyanyi penyanyi koir..

hyde - rilek a beb..

iina - ye...seronok~
[boleh mengimbau kenangan masa sekolah juga]