Monday, December 28, 2009

silap~

hari tu.
che ayien cakap pada aku, nenek orang masuk hospital. ni tak tahu lagi nak balik kampung ke tak.


kata aku, balik saja lah.
kemudian aku diam. aku takut salah cakap.


dulu,
oleh kerana kebosanan dan sudah letih buat tutorial, aku hantar sms lucu lucu dan konon konon comel kepada kawan kawan.
rupa rupanya, ayah ruby baru meninggal dan masing masing balas mengatakan mereka ada di rumah ruby.
merah padam juga muka aku.

dulu,
aku dapat tahu teman lelaki mid meninggal kerana lemas.
aku telefon dia dan tanya, mid. kau biar betul ni mid. aku tanya dengan nada serius aku fikir.
dan dia jawab, betul lah! kau ingat perkara mati mati ni boleh buat main main ke?
aduh! pedih juga telinga. tapi salah sendiri. rasakan!

maka.
bila che ayien kata neneknya masuk hospital kena stroke, aku tak jadi cakap yang bukan bukan. kadang kadang mulut aku ni terlepas cakap juga yang bukan bukan tak kena tempat.

sebelum keluar lemah dari bilik aku dia kata, mesti emak tengah sedih sekarang ni.
aku langsung hilang kata kata. teringat pada opah yang masuk hospital. tapi aku sebagai cucu durhaka, tak pergi jenguk pun. orang lain semua balik kampung. tapi aku tak.
astaghfirullah~

7 comments:

Rozita said...

lucu biar kena pd tmptnya ye. jgn waktu org tengah kesedihan.
pi la lawat nenek yg sakit tu..

Unknown said...

I pun tak terlepas dari benda2 ni..ada je "sibuk" dengan itu ini sampai menjenguk orang sakit pun tak sempat. Tapi kdg2 terfikir..kalau I buat macam tu, I sakit nanti ada ke yg nak jenguk?

julietchun said...

ada masa ni jenguk2lah orgtua, nanti kita pasti merindui mereka bila mereka dah tiada.

mugiwara said...

rozita - ye..kadang2 tak tau situasi orang lain macam mana.

erm...rasa ralat jugak.

soho mama - macam pergi kenduri juga. sesetengah orang pergi kenduri sebab takut kemudian nanti orang tak nak datang kenduri kita.

juliet - hari hari jumpa mak dan abah. kami duduk rumah mak abah lagi...

FARYN said...

ada sbb nape ko tak blk tu..bukan durhaka...

hyde said...

fuh..cuak aku..
aku ingat nak cite pasal kebodohan aku menghantar sms di octopus aritu...(dah ready bukak tingkap)fuh..selamat...

p/s:weh, kat mane aku last bace?? seyes lupe dol

mugiwara said...

faryn - huhu..kau budak baik faryn...huhuuhu...

hyde - kau buat aku fikir satu perkara penting yang aku lupa nak log in kat sini.