Monday, December 14, 2009

cindian~

ganesh ketuk pintu. mungkin mahu berborak lagi hingga larut malam.
yalah. bukan senang mahu jumpa orang dari negara sendiri di bumi orang. lagi pula dia sudah beberapa bulan tidak dapat teman berbual yang sama pemikiran. er..aku agak saja.

tapi aku tolak dengan cara baik. kerana esok perlu bangun awal dan bertolak ke destinasi seterusnya lebih awal. sudahlah seharian merayap entah ke mana. letih. dan juga mengantuk.

ganesh ini. walaupun berpangkat agak tinggi tapi masih melayan orang bawahan dengan baik. dari perbualan yang singkat, aku kagum dengan nya. pengalaman dan cara dia melihat serta berfikir. unik dan menarik.

seperkara lagi tentang ganesh.
dia cindian. dengan mata sepet cina, kulit sawo matang melayu dan tutur kata dengan pekat lidah india, aku kadang kadang jadi pelik. [walaupun tahu dia kacukan dua bangsa, aku masih rasa pelik. unik mungkin lebih elok.]

aku tanya,
do you speak chinese..err.. i mean mandarin.
dia senyum. angguk.

aku tanya lagi,
how about tamil?
dia senyum lagi. angguk lagi.


aku tak sambung tanya. aku nganga saja. terkebil kebil.
lalu dia kata,
you think i'm cool. huh?
sambil kenyit mata. dan tepuk bahu aku.

aku angguk.
kagum~

8 comments:

puding roti said...

aduyai.kita mmg mudah tergoda dgn chindian

Pekerja Kontrak said...

memang kool gila.....

sharamli said...

dah jatuh cinta ke sampai ternganga terkebil2

mugiwara said...

puding - tapi kena kontrol juga...

pk - ya. sangat. gila. kool.

sha - mana boleh!
ganesh!
tu nama lelaki. dia lelaki weh~

sharamli said...

k0 bagitau ari k0 suka LELAKI kan..jgn nak berdalih...

julietchun said...

aku harap dia pun tau berbahasa melayu :D

Guten Tag said...

hahahah..

mugiwara said...

sha - eh...manade...

juliet - ya. dia tahu. dia tahu 4 bahasa. kagum.

guten tag - :D