Friday, December 18, 2009

bergilir~

semalam.

babak satu.
selepas perlawanan akhir bola sepak sukan sea. seorang wartawan stesen tv menemuramah penyokong pasukan bola sepak tempatan.
katanya antara lain, kepada pengkritik bola sepak, penyokong pasukan luar; kembali lah ke pangkal jalan.

aku kata, kau pun duduk menghadap skrin tengok bola tak ingat maghrib, lagi nak nasihat 'kembali ke pangkal jalan'.

cik kapitalis kata, eh! mana tahu. kot kot dia orang gilir gilir sembahyang maghrib. macam masa perang~

senyap.
aku pandang cik kapitalis.
kami pecah ketawa.


kelakar lah kalau dia orang nak gilir gilir solat. doa awal dan akhir tahun tak mahu cerita lah...

oke lah. berfikiran positif lah~


babak dua.
cik artis balik rumah dari mengaji di rumah cik besah. kami kerut dahi. tengok jam dinding.

kata cik kapitalis, apa pasal sekejap sangat mengaji ni? dia ni mengaji ke tak ni?

aku syak. dia potong giliran. tak mahu terlepas berita terkini dari padang bola negara orang.
aku terbayang. muka bengis dia halau orang yang datang awal sambil berkata, kalau kau tak nak kena belasah. baik kau bagi aku dulu.

[ketawa]

6 comments:

jimah said...

pasal maghrib tu, maybe gak drg semayang.. tp akhir waktu.. think positip itu AMAT penting..

tasekM said...

aku maghrib pukul 8. haih..


apa nk jadi pun entah.

:)

sharamli said...

sure befikiran p0sitif?

julietchun said...

aku rasa cik besah yg halau cik artis balik sebab dia pon nak tgk bola,hahahhaah. aku berfikiran positifkan.

atiza said...

macam main sep sep sep tom tom tom lak...

mugiwara said...

jimah - ya. munken juga. lepas mesia dapat gol, mereka terus solat n sujud syukur~

tm - hihi..

sha - sure...ngehehe..

juliet - haha...positip ni positip...

atiza - eh? ye ke?