Sunday, December 20, 2009

tenaga~

tempoh hari.
pulang dari tempat kerja.

melewati padang berdekatan rumah pangsa minangkabau.

budak budak remaja main bola sepak. anak anak kecil main basikal. ada yang main kejar kejar.

aku. tengok saja.
aku. letih. baru pulang dari tempat kerja.

badan sudah tak bermaya. aku rasa seperti tenaga sudah mula dihakis usia. seperti ianya adalah raksasa yang berumah dalam diri aku yang menyerap tenaga aku. parasit. ya! parasit raksasa. adakah usia itu parasit?

tapi aku juga sedar kesan usia terhadap manusia. cuma enggan terima.
rupanya aku bukan muda lagi. [tapi tidak lah tua sangat]
aku patut. dari dahulu lagi aku patut bersedia untuk hari hari begini.

alangkah seronok nya waktu muda.
ada tenaga dan badan yang cergas. berlari dengan stamina. aktif.
aku cemburu dengan orang muda yang bertenaga.

muda.
ya. muda.
ini lah salah satu daripada lima perkara yang selalu aku tidak endahkan.

6 comments:

sharamli said...

aku muda lgik...

heeee

HaNiM JeFF said...

yerrrr~~~
makin tua makin kurang metabolisme..akibat nyer>>GEMUK..(kate2 tuk diri sendiri)..
(T_T)

puding roti said...

bc entri ni br sedar diri snd pun sudah tua. huk huk

Rozita said...

baru terasa..akk lagi lah tua
tenaga..boleh ler, setakat nak masak nasi tu..no hal :)

Aizuddin Jaafar said...

aku yang agak muda ini pun tak ada masa untuk semua itu walaupun ada banyak tenaga dan stamina

mugiwara said...

sha - tahniah~
huhu~

sifu - adekah saya pun bakal begitu?
patutkah saya bersyukur sekarang?

puding - huk huk.

rozita - nasi goreng kampung dengan telur mata kasi goyang satu!

si aiz - nikmati masa muda dengan berfaedah!