Friday, November 13, 2009

dingin~

mak.
dah berapa kali tegur aku.
jangan marah pada hujan. hujan tu rahmat. hujan tu dari Tuhan. samalah macam kita marah pada Tuhan secara tak langsung. kalau marah hujan tu turun.

terus aku diam. tak marah marah. tak mengeluh. tak mahu lah aku jadi macam orang hindu dalam cerita hindustan tu. tuhan diaorang selamba saja dijadikan tempat marah marah. maki hamun. sumpah seranah. kata tak buat kerja.
si bodoh!

tapi.
aku cuma tak berapa suka pada hujan. bukan selalu. kadang kadang saja. aku bukan mahu jadi hamba Nya yang tak bersyukur. cuma. bila hujan, aku ada satu perasaan yang tak senang. yang menjengkelkan. selalu rasa melankolik [cewah!].
dan selalunya hati aku akan jadi dingin dan kebas. mati rasa. kejam.
dan selalunya hati aku seperti beku jadi ais. jadi batu. dengan rekahan besar. dengan serpihan tajam. yang seakan menusuk.
dan berapa banyak peristiwa hitam terjadi ketika hujan. itulah bahagian paling aku nak lupakan.

dan.
yang pastinya.
aku tak suka hujan ketika sedang bercamping!
mimpi ngeri!

16 comments:

Paan Ovrtd said...

Aku tiap kali hujan mesti KLMJ (kenangan lalu mengusik jiwa). Damn ah!

hnshzk said...

kalau hujan bawaklah payung...

Luca DK said...

noh hujan?

julietchun said...

org kata kalo hujan perut cepat lapar, kalo betul bulehlah ko naikkan badan sikit dimusim hujan ni,kekekekeke.

sharamli said...

hujan2 la best..bleh tid0...

famia said...

sekali seumur hidup.
cuba diri tengah hujan.
mendepangkan kedua2 belah tangan.
tutup mata.
dan jangan fikir apa2.
dengar saje bunyi hujan.

ada kata-kataNya yang nak disampaikan. cuba hayati.
mesti terdengar.

kalau....

berjaya menghayati hujan.

hyde said...

aku pon X suke hujan..
lagi2 y cakap 'nama saya RAIN'..
lalala

mugiwara said...

paan - sentimental gak ko ni...tak sangka~

nisa - sediakan payung sebelum hujan? raincoat je...

luca - bukan.

juliet - tetibe tingat cucur udang cicah sos dimakan panas panas masa hujan.
yummy!

sha - yang ko tau itu jelah. asik berhibernasi je...

famia - pergh~
serius.
ayat kau buat aku terkedu sekejap.

hyde - kau sengaja lari dari kenyataan!
hahaha~

addyaholix said...

aku suka hujan. kerna hujan bawa pergi hati aku yang kosng jauh-jauh dari aku. dan hilang dalam bising titik hujan diatas atap...

tapi aku tak suka hujan cuma bila time balik kerja. habis basah kuyup! ;p

Umie said...

aku suka main hujan tapi aku tak suka group HUJAN tu...hohoho

mugiwara said...

addy - kalau lah hujan juga boleh basuh hitam hitam hati aku~

hahaha. aku lagi lah!
[inilah nasib penunggang motor...kan?]

umie - tak suka band hujan plak...nape?
best pe~
hihihi~

tasekM said...

aku. bila lihat rintik hujan. ingatan kembali berpatah balik ke 25 tahun dulu.







hmmm... susahnya hidup masa tu...



.

puding roti said...

suka hujan bila dlm umah. buleh tido

mugiwara said...

tm - tapi orang len bleh ingat perkara2 gembira...
tatau nape~
kan?

puding - ooo~ selama ni tgh berhibernasi la rupanya~
cepat sediakan hidangan tuk kami singgah laman nanti!
[sedang cuba untuk garang]

macha_sezs said...

jangan main hujan.nanti demam.

marah mak aku.

mugiwara said...

macha - demam boleh cuti! yay!