Saturday, October 24, 2009

tentang : peperiksaan~

1. jujur aku katakan. aku pernah meniru dan dapat markah lebih daripada orang yang aku tiru. marah lah kawan tu!

2. kerana gagal dua mata pelajaran untuk ujian bulanan, aku [dengan kawan kawan senasib] di hantar menadah punggung untuk disebat oleh cikgu ipin.

3. setiap kali ujian akhir semester. tak kira ketika diploma atau ijazah. aku akan duduk di tepi tingkap, meja ke empat dari depan. dan orang di depan, belakang serta kanan aku adalah orang yang sama biasanya.

4. bila aku lambat ambil tempat atau disusun semula mengikut pensyarah, selalunya aku akan dapat tempat di tengah dewan.

5. bukan nak cari alasan markah aku rendah tapi bila duduk di tengah dewan aku tak dapat fokus kerana kawan kawan, ramai yang kakinya tak reti nak duduk diam. asyik bergerak gerak macam orang parkinson. maaf.

6. seronok periksa di asrama kerana waktu malam aku boleh belajar di rumah warden. budak budak yang tak pandai ambil kesempatan mungkin cemburu. mungkin kutuk aku suka bodek. aku peduli apa.

7. aku dan kawan kawan selalu bertanding markah siapa paling tinggi. aku cuma boleh riak dalam matematik dan agama saja lah. yang lain. hampas!

8. bila musim periksa tiba, masing masing hantar sms berdoa dan ucapkan selamat berjaya. bagus untuk motivasi sebenarnya. erm...dah lama tak ada ucapan selamat sejak habis belajar.

9. sebelum periksa, masing masing insaf dan jumpa cikgu atau pensyarah minta maaf dan minta halalkan ilmu. ambil berkat supaya ilmu tak jadi sia sia.

10. sudah jadi kebiasaan dan budaya agaknya. bila musim periksa sudah dekat akan ramai lah orang buat majlis solat hajat dan bacaan yasin. dan banyak juga orang yang anjurkan qiamulail.

11. sebenarnya, peperiksaan atau ujian bukan sekadar melalui kertas saja. boleh jadi ujian dari segi kehidupan yang kita tak sedar kita sudah berjaya lalui. maka kita makin matang dan makin kuat.




erm....kan aku dah kata sebelum ni. aku sesuai jadi guru kaunseling~
[gelak]

12 comments:

Nas said...

susunan mase exam..
barisan dari depan ke belakang..

zaireen~
ko~
iliy~
aku~

ala2 kering idea, pandang luar tingkap sambil juntai2 kan tangan..cari ilham..

dari dip sampai degree aku rase..rindu nak exam~

Unknown said...

Mmg ramai yg goyang2 kaki. Bukan masa peperiksaan je, kalau borak2 pun mcm tu...aihhh I pun kureng tahan tengok!

Anonymous said...

exam....jap g kul 2pm...
open book...tp book xde...ape cer?

mugiwara said...

nas - itu tak termasuk 2 meja kosong tempat lec letak barang....kikiki...

juntai2 tangan tu ko perli aku ke weh~
juntai tangan sebab sejuk we...

soho mama - rasa annoy je...kan?
[keluh]

hafizi - aiyok~
cepat buat short note.
gudlak~

sharamli said...

1.ku p0n penah gak meniru..

2.slalu fail add maths..bkn slalu tp xpenah lulus sbnrnya..muahaha..

3.dewan kit0rang xde tingkap..pintu je k0t..

4.xpenah d0k tgh2..

5.ku xpernah salahkan 0rg lain kal0 markah rendah...baik kn ku?

6.mungkin aku p0n akn kutuk k0 kaki b0dek..

7.aku p0n nk riak gak..
1st time waktu spm add math ku dpt A..

8.kasi n0 f0n..ku bg sms mcm ni gak..nk?

9.lps priksa p0n kena jmp gk...ckp time kasih..kn3..

1o.yg ni p0n bt0l jgk..d0a dan tawakal..

11.ku matang jgk...sbb tu tetiba ku rasa jari ku kuat sgt2 sampai taip k0men p0n dah jadik mcm entry..

paiseh said...

tak student la kalu x meniru~

Aimi Zubir said...

Nas, rindu nak exam? aku ade exam jumaat ni, g lah gantikan aku. :P

mugiwara said...

sha - haha...kau makin rajin taip panjang2~

paiseh - tp ada org kata, biar berjaya dengan maruah. kalau nak gagal pun gagal bermaruah.

aimi - kikiki....aku rasa nas patut tukar statement.
'rindu nak masuk dewan exam ketika orang amek exam~'

DrNotts said...

meniru!

kaunselor!

memang matching.

mugiwara said...

notti - auntie~ saya nak jadi jenis yang macam 'orang yang dah buat salah lalu insaf dan mahu ajak orang buat baik dengan berkata jangan buat begitu atau kau akan jadi menyesal macam aku ni'....boleh kan?

kikikiki~

atiza said...

soho mama masa kat sekolah dulu budak baik2 dan rajin study..dia agak 'method' skit...hehehe

mugiwara said...

atiza - owh..oh!
disyaki, dia ialah buruan orang yang lambat pick up macam saya ni~
hahaha~