Monday, October 19, 2009

lagha~

bukan tak tahu.
bukan tak perasan.

tapi diri sendiri yang tak ambil peduli. tak nak sedar.

hari tu.
entah kenapa tiba tiba rajin sangat.
aku susun dan masukkan semua lagu yang aku ada dalam hard disc ke playlist.
macam tak ada kerja lain mahu dibuat.
aku sengaja nak periksa. berapa jam yang aku perlukan. untuk habis dengar semua lagu yang aku ada.

lagu lagu tu sebenarnya bukan semua aku pernah dengar. ada yang kawan kawan simpan dan aku tak buang. lagu lagu yang aku dengar pula, kadang kadang ada sampai tiga empat fail.

alizee.
lagu dia yang 'moi lolita' tu pun sudah empat fail. mengada ngada mahu simpan koleksi fail mp3 lah, versi konsert lah, versi live lah dan entah segala mak nenek versi kalau ada, nak disimpan nya!

hah!
berapa jam?
berapa jam baru dapat habis dengar semuanya?
erm...jika dengar tanpa henti,
aku perlukan...


dua ratus tujuh belas jam dan tujuh belas minit!
[muntah!]

kemudian aku masukkan pula bacaan al quran oleh said al ghamdi. termasuklah zikir munajat oleh dr badrul amin.
erm...jika dengar tanpa henti.

baru dua puluh lima jam dan lima belas minit!
itu dibaca dengan tajwid. dan bacaan beliau agak laju.
itu pun malas nak dengar dan baca!

dalam solat, bertuah sungguh lah kalau nak baca surah panjang panjang.
tak ingat tu satu hal lah.
tapi seboleh bolehnya, setiap rakaat nak baca surah al ikhlas atau surah al kauthar saja.
[geleng kepala]

aku tahu, aku sangat lagha.
tapi tak insaf insaf lagi.
itu baru lagu. belum anime. belum drama drama. belum filem filem.

kemudian nak baca buku. baca komik, baca majalah, baca manga lagi.
[keluh]


perhatian : album arctic monkeys dan paolo nutini dah habis muat turun. tinggal album pete yorn and scarlett johansson saja lagi. dan aku nampak tempoh hari, macam ada album muse yang baru. [angkat angkat kening dan buat muka tak insaf]

13 comments:

puding roti said...

isy2..langonya..hik2
tp ok la masukkan jg bacaan al-quran. ada nur tuh kt dahi tuh

Anonymous said...

errkk..tetibe nak terasa lagha jugak bc entri ni.hukhuk..

insaf2..~

ckLah @xiiinam said...

Errrr....


Errrr....


Tiba-tiba ku terkedu.....

Aizuddin Jaafar said...

OH, entri insaf kali ini

coldplay ade bro?

DrNotts said...

sila bernasyid kembali. boleh berlatih untuk nyanyi di kenduri wedding adik aliaa nanti.

tasekM said...

berblog ni pun lagho kan...? :)


.

sharamli said...

ni pahal nk lagh02 ni.?
nk kena tibai?

aliaaroslan said...

asma ul husna pon baru berapa minit kan.. haha.. (peringatan utk diri sendiri jugak)

hyde said...

LAQHA <<< ejaan sepatutnya..

nak tanya ni, sape la y ngaja ko bab2 laqha nie..ish ish ish..kawan2 ko ade eh y simpan lagu n mv dlm hd ko..ape die x de hd ker..

kem salam skit kt dak y aja/pengaruh ko donlod cite,anime,manga,lagu dan lain2.. insaf la weh..

psst, aiza ckp : mugi!! jumpe di padang M nanti okeh!!!

lalalala(bersiul2 keriangan)

mugiwara said...

puding - masukkan saja. bukan nk dengar pun...
hihihi~
pun boleh ada nur ke?

ita - insaf we..insaf...

xiiinam - hihihi..pasal apa tu ye?

si aiz - takde insaf mana pun. haha..
ada weh...ada..

notti - antie, saya tak sanggup nak kasi 'pecah' dewan degn nyanyian saya neh~
hahaha...

tasik - eh...tak semestinye....tak...
hahha~

sha - oi..oi...rilek...rilek..

julie - baca surah al ikhlas tiga kali pun tak munken lebih dua minit. dapat pahala khatam quran. pun malas lagi.
[keluh]

hyde - bukan q tu rumi untuk qaf keh? hahaha...aku bukan reti sgt tukar2 rumi nih..

kau pun kena insaf weh!

[garu kepala] padang m?

DaliaLiyana said...

sekali2 nak buat sumthing utk release tensen leh..tp jgns elalu k...

wos said...

owh!!
terkena sejibik-sejibik kat muka akak yg tak kiut nih..
kalo bab2 agama kemain la liatnyer..
bab2 merapu dlm blog rajin la plak..
iskk.. maluu!!!

mugiwara said...

hyde - padang m tersebut adakah padang mahsyar?
[terus 'sepohon kayu daun nya rimbun'~]

dalia - bila dah sekali sekala, itulah yang tak ingat dunia tu~
hihihi~

kakwos - saya pun liat juge...ni yang nak kena ingatkan diri sinri ni~
huhu~